Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Wednesday, November 22, 2017

Dato' Nash : Lagenda Rock Sejati

Assalamualaikum WBT. Hai semua. Apa khabar? banyak habuk betul ehh blog ni tidak diselenggara dengan baik oleh tuan empunya blog. Maklumlah kekangan masa yang menyebabkan tidak dapat menyelenggara blog dengan baik. Berapa kali kata nak aktif semula tapi tak aktif juga. Dahsyat betul. Ok cukup kata alu-aluan.

     Ok Siapa kat sini suka lagu rock? Alah lagu yang berentak keras macam batu tu. Kalau tahu baguslah. Tapi hakikatnya lagu rock kat Malaysia ni banyak lembut berbanding keras. Syahdu je dengar. Ada yang putus cinta, kehilangan kekasih, kekasih bersama orang lain, dan macam-macam. namun ada lagu rock yang berkonsepkan ketuhanan. Maklumlah daripada rock juga kita boleh menyampaikan mesej yang berguna buat umat Islam. Sebagai contoh lagu 'Seruan' yang dinyanyikan oleh kumpulan Lefthanded.



     Bercakap mengenai kumpulan Lefthanded, semua peminat rock pasti tahu kehebatan petikan gitar Man Kidal, kelembutan jari pemain bass Yan, Kemerduan bunyi gitar Allahyarham Samad, pukulan dram memukau Allahyarham Man Dayak (Al-Fatihah buat kedua-duanya), dan keunikan suara yang tidak dapat disangkal lagi milik Dato' Nash. Yaa Kumpulan Lefthanded, sebuah kumpulan lagenda yang sangat popular sehingga kini dengan lagu-lagunya menjadi siulan generasi ke generasi sehingga anak-anak muda sendiri yang belum lahir di zaman kegemilangan Lefthanded turut menyanyikan lagu Lefthanded. 

    Lagu seperti Seruan, Keadilan, Semangat Lamina, Tiada Lagi Kidungmu, Debunga Wangi, Ku Dihalaman Rindu, Kenangan Bersamamu merupakan antara lagu-lagu popular kumpulan ini yang sudah pastinya Dato' Nash yang menyanyikan kesemua lagu-lagu ini. (Semangat Lamina pada asalnya dibawa oleh Datuk Ramli Sarip namun persembahan masa kini Dato' Nash sendiri yang menyanyikannya bersama artis jemputan). Ok rasa dah boleh stop kot cerita pasal kumpulan Lefthanded. Lari tajuk ni.


     Yaaa Dato' Nash. Lagenda rock terkenal tanah air. Siapa yang masih tak kenal lagi? Korang kena berkenalan dengan lagenda ini. Ok Dato' Nash merupakan Vokalis kumpulan Lefthanded bermula pada tahun 1986 sehingga 1990 sebelum bergerak secara solo pada tahun 1991 sehingga tahun 1996 lebih kurang laa dan mempunyai tiga buah album solo dan mempunyai lagu yang sangat hit sehingga kini iaitu lagu Pada Syurga Diwajahmu. Kemudian Beliau kembali bersama dengan Lefthanded sehingga kini dan masih aktif membuat persembahan namun kebanyakannya persembahan secara solo atau bergandingan dengan Man Kidal. 

     Mungkin kalau peminat rock yang lain sibuk menceritakan kehebatan Dato' Awie, Amy Search, Mus May, Joey BPR, malah papa rock Datuk Ramli Sarip, tetapi saya lebih gemar bercerita mengenai Dato' Nash. Sejak saya sekolah menengah hingga kini rakan-rakan sudah sedia maklum kalau Fizz artis kegemaran dia mesti Dato' Nash. Sorrylaa yang baru ni kureng sikit minat. Kenapa saya lebih gemar bercerita mengenai Dato' Nash?



     Pertama sekali sudah pastinya vokal yang dimilikinya. Vokalnya sangat hebat. Masih boleh menyanyikan lagu bernada tinggi dengan begitu harmoni. Kata orang tu serak-serak basah beliau tu yang buat mahal tu. Barulah rock ye tak? Walaupun dalam persembahan solonya beliau selalu menyanyikan lagu Ku Dihalaman Rindu, Kamelia dan Tiada Lagi Kidungmu, namun apabila sampai part nada tinggi orang mesti bersorak punyalah. pada Februari 2017 beliau datang ke UKM untuk konsert Diraja UKM. Beliau menyanyikan lagu Ku Dihalaman Rindu, Sudi-sudikah Dikau, dan Pada Syurga Diwajahmu. Persembahannya fuhhh memukau gila wa cakap luu.. Antara persembahan yang paling kuat mendapat sorakan. See? Budak-budak muda pun masih layan lagu-lagu legend.

     Selain itu ialah keperibadian beliau. Dato' Nash kalau buat persembahan, sangat suka bersama-sama dengan peminat. So dia nyanyi sambil selfie dengan penonton, penonton boleh salam beliau, boleh tengok beliau dengan lebih dekat, dan boleh nyanyi sama-sama dengan Dato' Nash. Beliau memang sangat mesra dengan peminatnya dan sangat suka bergurau senda dengan peminatnya. Kiranya tiadalah protokol sangat sampai nak kena ambil gambar kena tunggu turn la, ataupun kena ada pengawal peribadi jaga la.



     So kesimpulannya Dato' Nash merupakan seorang lagenda rock yang sejati. Walaupun tanpa imej rock seperti berambut panjang, gaya percakapannya ala-ala YB sikit, namun beliau tetap lagenda rock. Paling nampak rock bila tau, bila dia mula nyanyi lagu Seruan dan Keadilan. Itu lagu rasa beliau sorang je boleh perform dengan begitu rock. Kalau orang lain yang cover lagu tu, sehebat  mana pun tetap Dato' Nash juga sesuai. haha. Walau apapun Dato' Nash merupakan lagenda kegemaran saya dan tidak akan bertukar sampai bila-bila saya rasa. 


Majulah batu demi rock... Ehhh hahahahaaha

Tuesday, January 10, 2017

Perasaan Lelaki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua. Kali terakhir saya menjengah blog ini ialah pada bulan Jun 2016. Setelah itu saya biarkan blog ini sunyi sepi tiada penghuni. Sungguh hasrat ingin menulis itu ada, namun kekangan masa dan kemalasan itu mengatasi segala-galanya. Hari ini saya ingin meluahkan sedikit perasaan seorang lelaki. Ya. Kata orang, ikut rasa binasa, ikut hati mati. Namun bukan itu yang saya ingin perbincangkan.


     Kita selalu mendengar luahan hati seorang perempuan, kita selalu membaca cerita mengenai perempuan yang sering dikecewakan, kita marah kepada lelaki yang mempermainkan seorang perempuan, kita geram melihat orang yang kita suka bersama dengan orang lain, kita kecewa bila pasangan kita itu menipu kita. Macam-macam yang kita dengar mengenai perasaan. Dan bila kita bercakap mengenai perasaan, sudah pastinya perempuan yang akan lebih memendam rasa katanya, yang lebih teraniaya katanya. Kalau tuduhan keatas perempuan dilemparkan, dipusingkan semula kepada lelaki. Senang cerita semua yang berkaitan dengan masalah perhubungan, mesti salahnya ialah lelaki. Namun adakah semuanya itu salah lelaki?

     Dalam adat orang melayu, kita selalu mengatakan bahawa perasaan seorang perempuan perlu kita jaga. Perasaan seorang ibu, WAJIB kita jaga, perasaan seorang isteri perlu kita jaga, perasaan seorang kekasih, kita akan jaga kerana kita sayangkan hubungan itu, pendek kata memang dikatakan perempuanlah segala-galanya. Betul, tidak dinafikan bahawa seorang lelaki perlu menjaga perasaan, memimpin, membimbing perempuan kerana lelaki merupakan seorang ketua. Namun timbul satu persoalan penting, adakah perasaan lelaki itu tidak perlu dijaga? Hal inilah yang saya ingin huraikan sebenarnya. 


     Biasa kita selalu mendengar bahawa perempuan tidak suka pasangannya berkawan dengan perempuan lain. Tidak suka pasangannya ada hubungan yang agak rapat dengan perempuan lain. Kenapa mereka tidak suka? Sebabnya mereka berasa takut orang yang dia sayang itu berubah hati. Takut orang lain merampas kekasih hatinya itu. Merasakan kekasihnya itu milik dia sepenuhnya. Lazimnya akan terjadinya pergaduhan sekiranya pasangan lelaki itu mempunyai hubungan yang agak rapat dengan perempuan lain walaupun hanya sekadar kawan biasa. Hal ini memang biasanya berlaku dan saya sendiri sebagai seorang remaja pernah mengalaminya. Kesalahan itu akan diletakkan pada lelaki sehinggakan lelaki berasa serba salah dan dalam dilema. Jadi untuk mengatasi perkara itu, pasangan lelaki terpaksa menjauhkan diri dengan kawan-kawan perempuannya yang lain. Tetapi!

     Kita juga biasa mendengar dan lelaki kebanyakannya merasai sendiri apabila pasangan perempuannya itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Apabila lelaki menegur, pasangannya akan berkata macam-macam. Alasannya ialah sudah berkawan lama, kawan baik, kawan sesama universiti, sesama fakulti, dan paling menyakitkan hati ialah "dia cuma abang angkat". Ya, jika tadi lelaki tidak boleh berhubungan dengan orang lain yang berlawanan jantina, adakah lelaki tidak kisah jika perempuan yang melarang dia berkawan itu mempunyai hubungan yang istimewa dengan lelaki lain? Sudah tentu seorang lelaki juga tidak suka. Tetapi, selalu kita dengar bahawa keadaan seperti ini akan menyebabkan pergaduhan dan lelaki juga dipersalahkan. Kenapa perkara ini terjadi sebenarnya? Adakah lelaki ini hatinya boleh dipermainkan? Adakah lelaki ini hatinya mudah dirawat? Adakah lelaki ini tiada perasaan? Jawapannya ada dalam diri masing-masing. 

     Saya seorang remaja pernah mengalami situasi sebegini. Situasi ini memang sangat menguris hati saya. Saya tidak boleh berkawan dengan perempuan lain, tetapi bekas pasangan saya itu sibuk berabang angkat dengan lelaki lain. Bila ditegur, dimarahnya kita semula. Kata kita ini tidak mempercayainya, dan sebagainya. Itu merupakan antara pengalaman budak-budak remaja seperti saya. Pengalaman itu pembelajaran meskipun ada orang akan berkata siapa suruh bercinta?


     Ada satu lagi situasi. Kita selalu mendengar lelaki menipu perempuan, lelaki mengecewakan perempuan, lelaki memberi harapan palsu kepada perempuan. Biasanya kalau seorang lelaki itu curang. Ya, tidak dinafikan bahawa pada masa kini lelaki memang sangat ramai yang tak guna suka menipu seorang perempuan hingga perempuan itu tidak mempercayai lelaki. Memang selalu kita dengar. Lebih dahsyat lagi ditipu setelah menggadaikan 'body' kepada lelaki. Dalam hal ini memang lelaki semestinya salah. Itu tidak dinafikan. Namun demikian.......

     Adakah perempuan tidak terlibat sama? Adakah tiada perempuan yang berlaku curang, yang menipu, dan sebagainya? Sudah tentu ada. Bukan sedikit, tetapi ramai. Apabila rahsia terbongkar, tetap lelaki salah. Dikatanya lelaki tidak pandai melayan, lelaki itu tidak romantik, lelaki itu tiada masa untuknya, lelaki itu tidak sado, dan berbagai-bagai lagi. Kenapa perlu lelaki juga dipersalahkan? Adakah perasaan seorang lelaki ini umpama bola yang boleh ditendang sesuka hati? Saya juga pernah mengalami perkara ini.

     Situasi lain. Pasangan lelaki dan perempuan berkawan baik. Si lelaki mula sukakan perempuan itu. Pada mulanya perempuan itu suka dan melayani rakannya itu ibaratkan sang kekasih. Namun ia tidak bertahan lama. Kemudian mula si perempuan itu berkata dia tiada masa, dia serik untuk bercinta, dia itu dia ini. Sampai satu tahap, lelaki yang kena marah kerana mungkin lelaki itu terlalu rindu. Persoalannya di sini, jika alasan yang diberikan itu munasabah dan tidak menipu, mengapa awal lagi tidak berterus terang? Mengapa sudah memberi sinar harapan kepada lelaki, ingin tinggalkannya pula? Lelaki ini tiada perasaan ke? Betul lelaki pun ramai buat begini, cuma kisah lelaki dikecewakan ini tidak banyak kita dengar. Jika lelaki itu hanya kawan, kenapa tidak 'friendzone' daripada awal lagi?

     Sebenarnya yang lebih menyakitkan jika kesemua alasan itu adalah tipu semata-mata. Hanya menganggap lelaki itu permainan dikala kebosanannya sahaja. Rupa-rupanya ada kekasih lain. Mengapa perlu menipu? Adakah kejujuran itu merupakan satu kesalahan? Atau memang sengaja ingin melihat seorang lelaki itu tersiksa jiwa dan perasaannya? Yang kena 'friendzone' awal-awal saya tidak ingin ulas kerana sudah nyata mereka hanya ingin berkawan sahaja. 


     Secara keseluruhannya, mengapa begitu rendah seorang perempuan menilai perasaan seorang lelaki itu? Adakah lelaki ini memang semuanya jahat sehingga boleh diperlakukan sebegitu rupa? Bila dinamakan lelaki, mesti salah. Padahal bukan semua lelaki yang sebegitu rupa. Sedangkan lelaki selalu memikirkan bahawa hati perempuan ini bila dah sayang, hatinya tulus. Betul, apa yang saya nyatakan sebentar tadi itu lelaki memang selalu buat. Tetapi adakah kerana lelaki yang buat itu, lelaki lain yang tidak bersalah menjadi mangsa? Perasaan mereka diperkotak-katikkan? 

     Lelaki dan perempuan, muhasabahlah diri kita. Mengapa kita perlu menganiaya hati dan perasaan orang lain dengan begitu teruk sekali? Kalau tak suka, cakaplah tak suka daripada awal. Bukan menipu atau melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Suka pada seseorang itu memang lumrah,tetapi individu itu sendiri perlu kawal perkara itu. Tetapi jangan jadikan perasaan orang lain terhadap kita itu menjadi permainan buat diri kita. Jangan sampai suatu masa nanti, berlaku sesuatu yang tidak kita ingini terhadap diri kita. Pada masa itu tidak perlulah lagi memikirkan apa itu erti penyesalan. 

Aiman Ms