Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Wednesday, November 22, 2017

Dato' Nash : Lagenda Rock Sejati

Assalamualaikum WBT. Hai semua. Apa khabar? banyak habuk betul ehh blog ni tidak diselenggara dengan baik oleh tuan empunya blog. Maklumlah kekangan masa yang menyebabkan tidak dapat menyelenggara blog dengan baik. Berapa kali kata nak aktif semula tapi tak aktif juga. Dahsyat betul. Ok cukup kata alu-aluan.

     Ok Siapa kat sini suka lagu rock? Alah lagu yang berentak keras macam batu tu. Kalau tahu baguslah. Tapi hakikatnya lagu rock kat Malaysia ni banyak lembut berbanding keras. Syahdu je dengar. Ada yang putus cinta, kehilangan kekasih, kekasih bersama orang lain, dan macam-macam. namun ada lagu rock yang berkonsepkan ketuhanan. Maklumlah daripada rock juga kita boleh menyampaikan mesej yang berguna buat umat Islam. Sebagai contoh lagu 'Seruan' yang dinyanyikan oleh kumpulan Lefthanded.



     Bercakap mengenai kumpulan Lefthanded, semua peminat rock pasti tahu kehebatan petikan gitar Man Kidal, kelembutan jari pemain bass Yan, Kemerduan bunyi gitar Allahyarham Samad, pukulan dram memukau Allahyarham Man Dayak (Al-Fatihah buat kedua-duanya), dan keunikan suara yang tidak dapat disangkal lagi milik Dato' Nash. Yaa Kumpulan Lefthanded, sebuah kumpulan lagenda yang sangat popular sehingga kini dengan lagu-lagunya menjadi siulan generasi ke generasi sehingga anak-anak muda sendiri yang belum lahir di zaman kegemilangan Lefthanded turut menyanyikan lagu Lefthanded. 

    Lagu seperti Seruan, Keadilan, Semangat Lamina, Tiada Lagi Kidungmu, Debunga Wangi, Ku Dihalaman Rindu, Kenangan Bersamamu merupakan antara lagu-lagu popular kumpulan ini yang sudah pastinya Dato' Nash yang menyanyikan kesemua lagu-lagu ini. (Semangat Lamina pada asalnya dibawa oleh Datuk Ramli Sarip namun persembahan masa kini Dato' Nash sendiri yang menyanyikannya bersama artis jemputan). Ok rasa dah boleh stop kot cerita pasal kumpulan Lefthanded. Lari tajuk ni.


     Yaaa Dato' Nash. Lagenda rock terkenal tanah air. Siapa yang masih tak kenal lagi? Korang kena berkenalan dengan lagenda ini. Ok Dato' Nash merupakan Vokalis kumpulan Lefthanded bermula pada tahun 1986 sehingga 1990 sebelum bergerak secara solo pada tahun 1991 sehingga tahun 1996 lebih kurang laa dan mempunyai tiga buah album solo dan mempunyai lagu yang sangat hit sehingga kini iaitu lagu Pada Syurga Diwajahmu. Kemudian Beliau kembali bersama dengan Lefthanded sehingga kini dan masih aktif membuat persembahan namun kebanyakannya persembahan secara solo atau bergandingan dengan Man Kidal. 

     Mungkin kalau peminat rock yang lain sibuk menceritakan kehebatan Dato' Awie, Amy Search, Mus May, Joey BPR, malah papa rock Datuk Ramli Sarip, tetapi saya lebih gemar bercerita mengenai Dato' Nash. Sejak saya sekolah menengah hingga kini rakan-rakan sudah sedia maklum kalau Fizz artis kegemaran dia mesti Dato' Nash. Sorrylaa yang baru ni kureng sikit minat. Kenapa saya lebih gemar bercerita mengenai Dato' Nash?



     Pertama sekali sudah pastinya vokal yang dimilikinya. Vokalnya sangat hebat. Masih boleh menyanyikan lagu bernada tinggi dengan begitu harmoni. Kata orang tu serak-serak basah beliau tu yang buat mahal tu. Barulah rock ye tak? Walaupun dalam persembahan solonya beliau selalu menyanyikan lagu Ku Dihalaman Rindu, Kamelia dan Tiada Lagi Kidungmu, namun apabila sampai part nada tinggi orang mesti bersorak punyalah. pada Februari 2017 beliau datang ke UKM untuk konsert Diraja UKM. Beliau menyanyikan lagu Ku Dihalaman Rindu, Sudi-sudikah Dikau, dan Pada Syurga Diwajahmu. Persembahannya fuhhh memukau gila wa cakap luu.. Antara persembahan yang paling kuat mendapat sorakan. See? Budak-budak muda pun masih layan lagu-lagu legend.

     Selain itu ialah keperibadian beliau. Dato' Nash kalau buat persembahan, sangat suka bersama-sama dengan peminat. So dia nyanyi sambil selfie dengan penonton, penonton boleh salam beliau, boleh tengok beliau dengan lebih dekat, dan boleh nyanyi sama-sama dengan Dato' Nash. Beliau memang sangat mesra dengan peminatnya dan sangat suka bergurau senda dengan peminatnya. Kiranya tiadalah protokol sangat sampai nak kena ambil gambar kena tunggu turn la, ataupun kena ada pengawal peribadi jaga la.



     So kesimpulannya Dato' Nash merupakan seorang lagenda rock yang sejati. Walaupun tanpa imej rock seperti berambut panjang, gaya percakapannya ala-ala YB sikit, namun beliau tetap lagenda rock. Paling nampak rock bila tau, bila dia mula nyanyi lagu Seruan dan Keadilan. Itu lagu rasa beliau sorang je boleh perform dengan begitu rock. Kalau orang lain yang cover lagu tu, sehebat  mana pun tetap Dato' Nash juga sesuai. haha. Walau apapun Dato' Nash merupakan lagenda kegemaran saya dan tidak akan bertukar sampai bila-bila saya rasa. 


Majulah batu demi rock... Ehhh hahahahaaha