Maafkan Aku!

Saturday, 28 March 2009

Aku rase seperti disisihkan pulak..
aku rase mmg takdek kawan ym aku nak kawan ngan aku lagi..
bile aku online, dia offline..
lagi teruk, aku hantar msg, dia langsung tak jwb.. pastu trus offline..
mungkin diorang fikir aku ni budak lelaki yang tak tau malu, jahat atau lain2.
aku taula aku tak sempurna..
kalau dulu, ramai masuk blog aku..
skarang, nk dpt 4 org yg masuk blog ni pun susah..
apa salahku? aku ade terlepas cakap ke?
atau percakapan aku ni agak kasar dalam penulisan blog?

aku memohon maaf kalau ade sesiape yang aku tlah sakitkan ati tanpa aku sedari..
aku tak sempurna..
aku juga pernah bwat salah..
takde manusia yang tak pernah bwat slah..
MAAFKAN SAYA!

Read more...

Perogol siber

Friday, 27 March 2009

Bace dgn teliti terutama perempuan..
WAJIB DIBACA!

IA bukan perkara baru namun ia juga tidak pernah selesai.

Membincangkan soal Internet, pengguna akan lebih menghubungkannya dengan jenayah penipuan atau gejala sosial lain.

Malah, ia menjadi medan baru untuk perogol yang mencari mangsanya dengan modus operandi lebih tersusun dan kurang berisiko.

Perogol bukan lagi melepak di tepi jalan dan menunggu mangsa untuk diratah namun bertukar menjadi jenayah tersusun apabila mereka mengkaji sifat mangsanya terlebih dulu sebelum bertindak.

Perbuatan itu lebih senang dilakukan jika perogol berkomunikasi secara maya tanpa perlu mendedahkan identiti terutama wajahnya terlebih dulu memandangkan proses hubungan itu memerlukannya mencungkil seberapa banyak maklumat sebelum menjerat mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa.

Gejala ini masih berleluasa walaupun ia tidak membabitkan statistik besar, namun perkembangan Internet yang berleluasa sedikit sebanyak memberikan perogol idea baru mencari mangsa mereka.

Internet menjadi sebahagian hidup terutama golongan muda kini. Menghalang mereka menggunakan Internet seolah-olah melumpuhkan separuh hayat mereka.

Janis Wolak dari Universiti New Hampshire memaklumkan kajian ke atas jenayah seks mendapati perogol menggunakan Internet yang mensasarkan kanak-kanak atau remaja sebagai mangsa mereka.

"Kebanyakan lelaki dewasa menggunakan Internet untuk mengganggu kanak-kanak atau remaja sehingga mengajak mereka melakukan hubungan seks. Ia berlaku sejak zaman Internet mula diperkenalkan lagi," katanya.

Katanya, perogol siber menggunakan pelbagai perkakasan komunikasi dalam Internet seperti mesej ringkas, e-mel atau laman sembang untuk berjumpa dan memulakan hubungan intim dengan mangsa.

"Malah, terdapat kajian menunjukkan lima peratus pesalah berlakon sebagai budak remaja apabila mereka mahu berjumpa bakal mangsa secara online," kata Wolak.

Jelas, ini membuktikan tidak semua maklumat yang diperoleh di Internet boleh dipercayai.

Malah, dalam kebanyakan kes ia meletakkan risiko serta bahaya terutama kepada kanak-kanak yang masih belum dapat membezakan antara palsu dan kebenaran.

Berdasarkan kes dilaporkan polis, ternyata Internet boleh menjadi perantara yang cukup mudah untuk penipu mahupun perogol melakukan jenayah.

Jika wanita dewasa yang dikira cukup matang untuk membezakan antara palsu dan benar juga boleh tertipu, apatah lagi kanak-kanak.

Beberapa perkara utama yang perlu ditekankan ibu bapa kepada anak ialah tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang asing atas alasan apa sekalipun.

Maklumat ini termasuk nama penuh, alamat, nombor telefon, tarikh lahir, nama sekolah atau alamat e-mel serta nama orang lain termasuk ahli keluarga.

So, berhati-hatila terutama kaum HAWA. Jgn terlalu percaya pada org yang kita tidak kenal..
Jangan sampai maruah tergadai akibat percaya pada org yang kita tak kenal..
Ok.. Aku bagitau ni sebab aku sayang korang sebagai kawan2 aku..
So dgrlah cakap aku..

Read more...

Kem Kepimpinan Pengawas

Thursday, 19 March 2009

Salam..
Kali ni aku nak cerita sikitla tentang aku punye kem kepimpinan...
aku pegi kem ni pada 6,7,8 Mac yg lalu..
lbih kurang 170 org pengawas yg trlibat dari sesi pagi dan petang..
seronok jugakla pegi sane..
lpas solat Jumaat, kitorang trus brtolak dri skola menaiki bas sekolah dan bas catar..
aku naik bas catar..
kem tu dibuat kat Savannah Hill, Ulu Tiram.
Of course kat Johor la..
ape yang aku nak cite kat sini ialah tentang aktiviti yang dijalankan..
best la jugak aktivitinye..
tp yg x bestnye kene bwat aktiviti brsame dgn ahli kumpulan yang ditetapkan oleh guru..
dan yang paling x bestnye ialah, nak tidur pun cikgu tetapkan..
tapi ape yg cikgu aku bwat 2 mesti ade sebab..
dan lagi 1, HANDPHONE TAK BOLEH DIBAWA BERSAMA!
hish melalut ape aku ni..

Hari Pertama : 06-03-09

Kitorang sampai di Savannah Hill lebih kurang pukul 4 ptg..
bile dh sampai, ade taklimat ringkas yang di sampaikan oleh guru pengawas..
lpas taklimat tu, kitorang dijamu dgn minum petang yang sedap..
bru sampai dah makan!
lpas makan, solat asar lah pulak..
lpas solat asar, kitorang ditetapkan bilik tidur..
yang tak bestnye, bilik tidur aku tu takdek sorang pun member aku..
boringla....
bile dh ditetapkan, kenela pegi ke bilik tidur masing2 untuk ltak barang keperluan..
bile dh ltak sume brg keperluan, tunggula saat makan malam..
lpas makan, brula solat maghrib...
lpas solat maghrib, aktiviti yang dijalankan hanyalah bacaan yasin dan zikir munajat..
kegemaranku.. sampai solat isyak..
bile dh solat isyak, kitorang kene berkumpul di dewan pulak untuk mendengar ceramah pasal penampilan diri..
waktu ceramah tu, memboringkan btol.. penceramahnye bwat lawak jek keje die..
aku plak naik patah tulang kaki duduk bersila selama lbih kurang 2 jam..
lpas ceramah, lpas ceramah, aktiviti seterusnye ialah tidur..
kitorang tidur dlm kul 11.30 malam..
tp aku tidur pukul 2 pagi.. he3

Hari Kedua : 07-03-09

semua pengawas bangun pukul 5 pagi padahal cikgu suruh bangun pukul 5.30 pagi..
lpas mandi, solat subuh..
lpas solat subuh, adela senaman pagi..
nyaman betul suasana pagi..
lpas bersenam, sarapan pagi..
lpas sarapan pagi, kitorang membuat aktiviti mencipta PULAU IMPIAN..
pulau impian bermakna setiap ciptaan yang kite bwat tu ade hikmah disebaliknya..
lpas tu, xdek aktiviti yang dijalankan selain minum pagi dan taklimat guru..
dlm pukul 12.30 tengahari, kitorang makan tengahari..
lpas makan, solat zohor..
lpas solat zohor, kitorang bersama dgn guru pembimbing membincangkan tentang sume perkara berkaitan dgn pengawas..
lpas tu, bwat aktiviti kedua, aktiviti tu agak mencabarla..
aktiviti tu xyah citela sebab sume kem ade aktiviti mencabar mcm ni..
lpas aktiviti ni, kitorang trus mandi dan pegi ke kantin untk minum petang..
lpas minum petang, solat asar.. lpas tu bwat latihan untk malam kebudayaan..
kumpulan aku kene bwat tarian chacha..
fhm2 la tarian ape tu..
tp agak susah nak brlatih sbab gerakannya agak berterabur dan mase trlalu singkat..
bile dh selesai makan malam, solat maghrib dan isyak, malam kebudayaan pun dimulakan..
ade mcm2 tarian yang dipersembahkan oleh sume pengawas..
lpas tarian tu, tidurla..
mls nk cite panjang lagi..

Hari Terakhir : 08-03-09

hari terakhir merupakan hari watikah perlantikan..
semua pengawas memakai baju seragam pengawas..
sebelum watikah tu, ade ceramah polis..
pun boring..
penceramah tu mcm syok sendiri pulak..
pengawas lain kebanyakannye melayang mate yang mengantuk..
lpas ceramah, bru watikah perlantikan diserahkan kepada semua pengawas..
kitorang balik dlm pukul 2 petang..

korang bace mesti boringkan...
dan mungkin x paham ape yang aku tulis..
tp tula sedikit sebanyak aktiviti yang aku lakukan waktu pegi kem..
pasal masalah gambar tu, aku blom bli cd gambar dri cikgu..
nanti bile aku dah beli (klw masih ade cd tu), aku ltak gambar tu dalam post yang lain.
mungkin bertajuk Kem Kepimpinan Pengawas (gambar)
ok.. stakat sini je yg bleh aku tulis..
lenguh jari aku menulis bende ni..

Read more...

Nak delete blog dakwahku-fizs

Tuesday, 17 March 2009

aku rase nak padamla blog aku yang lagi satu tu...
aku malas nak update 2 blog..
kalau aku ltak post aku kat situ, bukan ramai pun yang bace..
so kalau aku ade ilmu yang aku dapat drpd sesape, aku letak kat sini jek..
x payah bwat blog banyak2..
dan semua post aku yang ade kat blog tu, aku akan salin dan akan ltak kat blog ni secara berperingkat.
mungkin seminggu 1 post..
lagipun ramai yang masuk blog ni dan aku plak x banyak idea nak update blog ni..
ok..

Read more...

CUTI SEKOLAH atau dalam bahasa Inggeris SCHOOL HOLIDAYS!

Sunday, 15 March 2009

Uhm......
pejam celik, pejam celik, dah bulan 3...
hari sukan dah lpas..
rumah GAMMA (biru) menang! he3......
peperiksaan dah lpas..
soalannye agak senang...
so aku bleh la skor aku punyer paper...
alhamdulillah...
dan skarang plak,
CUTI SEKOLAH...
ape lagi, enjoyla..........he3..
tapi aku tak bleh nak enjoy sangat cuti ni...
aku ade baaaaaaaaaaaaaannnnnyyyyyyyakkkkkk homework!
aduh.. sumenye nak kene siapkan...
tapi xpela...... klw nk pandai, kene bwat homework...
btol tak?
plan aku bile cuti ni ialah.......

-nak siapkan sume keje umah.
-nak decorate bilik aku.
-nak tolong ibu kemas umah...
-msg ngan kengkawan..
-update blog...
-carik kawan baru...(mungkin dh jumpe sorang)
-main game sepuas-puasnya.. (game kat komputer)
-pegi umah sedare kat Ampang, Selangor..

plan-plan yang lain, klw ade pun aku mls nk tulis..
biasela... aku nikan malas nak menulis..
klw aku tulis pun, baper ramai jek yang bace..
hish... merapu sampai sini plak...

cuti ni jugak aku nak luangkan mase lapang aku dgn blog aku ni...
aku nak carik penyeri blog aku yang kurang berseri ni..
biaselahkan..
korang punyer blog berseri-seri, aku pun nak berseri-seri...

uhm... klah nanti aku nak citerkan kat korang mase aku kat kem kepimpinan pengawas...
salam......

Read more...

100 days before you Die..

Sunday, 1 March 2009

Salam.. kwn2 bacelah dengan teliti...

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. . Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

insaflah wahai kwn2 semua...

Sumber: http://kuzaite-moshi2.blogspot.com

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP