Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

About Me







Nama penuh saya ialah Muhamad Hafiz Aiman bin M. Sani. Boleh panggil saya Aiman. Nama facebook saya Aiman M. Sani manakala nama blog ini namia. Umur saya pada ketika ini ialah 20 tahun dan sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil jurusan Psikologi. Saya berasal daripada Pasir Gudang, Johor dan merupakan anak jati Johor.

Hobi saya ialah menonton video muzik kumpulan Lefthanded dan kadangkala menonton anime. Cita-cita saya pula ialah ingin menjadi seorang pensyarah dan juga perunding motivasi. Motto kehidupan saya ialah "Sentiasa Positif". Kenapa saya memilih motto ini? Hal ini kerana saya suka perkara yang positif dan saya inginkan semua orang berpandangan positif baru hidup menjadi lebih positif.

Saya merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Saya masih solo namun bukan bermakna saya 'available'. target saya ialah akan berkahwin pada umur 25 tahun dan jutawan sebelum usia 30 tahun. Saya agak cerewet orangnya dan sukakan ketepatan masa. Bagi saya masa itu amat penting. Saya mengambil inspirasi daripada ketepatan masa Frank Martin dalam filem The Transporter.

Blog ini sudah lama saya bina sejak 2009. Pada ketika itu saya berada di Tingkatan 2. Namun saya jarang mengemaskini blog ini ekoran kekangan masa dan dahulu saya agak mengejar follower. Tapi kini, bermula detik ini saya menulis untuk kepuasan saya. jadi corak penulisan saya juga turut berbeza daripada masa ke semasa. Blog ini akan menjadi saya punya coretan kehidupan saya terutamanya di dalam UKM ini. 

Saya harap saya diberi kekuatan untuk terus menulis blog kerana saya mengharapkan agar dengan menulis blog dapat mengurangkan tekanan dan juga sebagai satu medium untuk saya mengisi masa lapang disamping mendengar lagu alunan Nash Lefthanded. 








1 comment:

  1. Great blog :)
    Singgah sebentar di blog Mr.Petak :)

    ReplyDelete

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..