Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Friday, November 06, 2015

Soalan Peperiksaan Tiada Dalam Buku?

Assalamualaikum semua. Apa khabar. Sudah beberapa hari saya tidak menulis ekoran daripada kekangan masa saya. Maklumlah pelajar. Ok tak nak celoteh panjang-panjang, hari ni saya nak cerita sedikit tentang isu soalan peperiksaan dikatakan tidak pernah diajar atau tiada dalam buku.



     Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) baru sahaja habis beberapa minggu yang lalu ketika entri ini ditulis dan sekarang ini peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sedang berlangsung ketika entri ini ditulis. Maklumlah mana tahu ada pembaca yang baca entri ini pada bulan tiga tahun hadapan. Ada pelajar yang dapat menjawab dengan penuh yakin dan ada pelajar yang keliru dengan soalan dan ada pelajar yang tak boleh buat. 

     PT3 (dahulu PMR), SPM, STPM saya dah rasai semuanya. Jadi saya adalah pengalaman sedikit walaupun saya tak ambil PT3 kerana saya ambil PMR. Tetapi PT3 mirip SPM dan STPM yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Persoalannya pada masa kini ialah para pelajar dan ibu bapa sering merungut sistem peperiksaan masa kini dianggap terlalu susah kerana soalan yang dikeluarkan berbeza dengan apa yang ada di dalam buku. Kadang-kadang saya rasa macam nak tergelak pun ada dengan sikap rakyat kita ni. Sering merungut sistem pendidikan negara jauh ketinggalan, kemudian bila dinaik taraf sedikit demi sedikit cakap membebankan pelajarlah apalah itulah inilah.

     Saya selalu baca di moment WeChat, status di Facebook mengatakan soalan susah sangatlah cikgu tak pernah ajarlah dalam buku tak tulislah apalah. Lazimnya soalan begini terjadi dekat soalan yang memerlukan penulisan struktur atau esei. Kalau bulat-bulat tu pejam mata je jawab saya rasa. Berbagai-bagai rungutan yang diterima. Belum lagi yang memerlukan kerja kursus, merungut cakap membebankanlah apalah susahlah lecehlah. Budak sekarang ni macam dah banyak sungguh lemaknya sampai semua benda nak merungut. Maklumlah gadjet di tangan. Saya dulu PT3 pakai phone torchlight je. Masuk STPM pun pakai Whatsapp ayah saya. Raya 2014 barulah ada Whatsapp sendiri menggunakan duit sendiri pakai phone yang paling murah. Tak mampu nak pkai Samsung ke Oppo ke Iphone lagilah..

     Ok dah lari topik. Ada juga ibu bapa merungut cakap soalannya tak sama standard dengan minda pelajar. macam tu sekali pulak. Hal ini kerana anak tak dapat semua A dalam peperiksaan yang dia ambil. Saya dahulu SPM ABCDE semua ada. Tapi Alhamdulillah masih ada peluang untuk sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. So di mana yang dikatanya tak standard tu? Di mana katanya tiada dalam buku tu? Kalau tak salah saya semua soalan yang saya pernah jawab semuanya saya dah belajar cuma ada yang saya lupa fakta atau sukar nak aplikasikan.



     Sebenarnya pelajar-pelajar, soalan yang digubal oleh kementerian semuanya anda semua sudah belajar! Tiada satu pun yang dikatakan tidak belajar. Soalan yang digubal kesemuanya berdasarkan apa yang telah anda pelajari. Tetapi kenapa susah sangat? Kenapa takde tulis dalam buku? Ok penerangannya berbunyi begini.

     Itulah gunanya KBAT. Awak aplikasikan apa yang awak belajar dalam soalan yang diberikan. Kadangkala satu soalan yang diberi merangkumi dua atau tiga tajuk yang awak sudah belajar. Kadangkala soalan itu awk tak pernah pun nampak dan awak rasa awak tak pernah belajar soalan tu, dalam buku contoh soalan pun tak sesusah macam tu. Jangan salahkan guru, jangan salahkan penggubal soalan. Sebenarnya soalan tu nak bermain dengan fikiran awak je wahai pelajar-pelajar sekalian. Nampak susah tapi awak jawab jelah berdasarkan apa yang awak dah belajar. Tulis sahaja apa yang awak tahu. Jangan ditinggalkan soalan itu. Memanglah tiada markah. 

     Soalan tricky macam tu sebenarnya nak uji kemahiran awak sama ada awak boleh aplikasikan atau tidak apa yang awak sudah belajar. Minda tu kena kembangkan sedikit. Awak belajar bukan semata-mata dalam buku. Lihat sekeliling awak. Banyakkan membaca akhbar, majalah ilmu dan sebagainya. So kalau awak lost idea sekalipun tentang soalan itu awak tetap boleh jawab. Kebiasaannya kita tengok soalan susah. Tetapi bila kita cuba buat, akan datang berbagai-bagai idea daripada fikiran kita. Dengan syarat kita buat.

     Awak pergi tanya pelajar-pelajar cemerlang sana. Adakah diorang rasa diorang tahu semua? Tidak. Mereka pasti akan cakap ada soalan yang mereka rasa mereka tak dapat jawab. Tetapi bila buat ada sahaja idea yang mereka nak tulis. Sebab apa? Sebab mereka cuba aplikasikan apa yang telah mereka belajar walaupun tiada dalam buku. Itulah maksud KBAT. Kalau awak betul-betul tak faham langsung apa soalan itu hendak, itu bermakna awak tak faham akan sesetengah tajuk yang awak belajar. Sebab itu pentingnya fokus dalam kelas dan JANGAN PONTENG! Ini tidak, ponteng selalu, demam sikit ponteng. Budak Johor lagi best. Ahad je tak datang sekolah. Macam mana awak nak jawab soalan?



     Secara kesimpulannya, soalan yang keluar semuanya sudah dipelajari. Cuma soalan itu nak kita aplikasikan apa yang kita belajar. Ok jangan stress. Dapat soalan jawab je. Jangan merungut. Jangan tinggal jawapan. Mungkin soalan tu awak langsung tak tahu tetapi awak buat, daripada 10 markah awak dapat 5 ke 6 ke. Tetap ada markah. Daripada tak dapat langsung? Kita nak sistem pendidikan kita maju. Kita sedang ke arah itu. Jadi terimalah dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya apa yang kita belajar itu ilmu yang boleh kita guna untuk masa akan datang. Ok semua.. hehehe

1 comment:

  1. Betul3.. Sebenarnya, soalan KBAT mcm ni kena fikir luar kotak. Sebab tu namanya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kan? Hehe..

    ReplyDelete

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..