Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Thursday, October 22, 2015

Fahami Kanak-kanak Menerusi Personaliti

Assalamualaikum wr. Bertemu lagi kita ye. Kerap menulis nampaknya saya ini. Saya harap saya akan terus menulis dan menjadikan blog ini sebagai medium untuk saya mengatakan pendapat saya. Mana tahu tiba-tiba saya jadi popular ke apa ke tiba-tiba ada artis ajak berlakon ke nyanyi ke. Hahahaa k gurau gurau.

     Ok hari ini di entri kali ini saya ingin cerita mengenai personaliti. Semua sudah sedia maklum personaliti itu apakan? Ok kenapa hari ini terdetik saya nak bercerita mengenai personaliti pula? Sebenarnya dalam subjek pembelajaran saya dalam bidang Psikologi, saya ada pelajari personaliti. Berbagai-bagai teori personaliti yang saya pelajari dan saya perlu ingat. Jadi saya nak kongsikan sedikit la saya punya pandangan hasil daripada apa yang saya belajar. Bukan saya nak cakap tentang teori-teori yang ada. Saya harap anda semua baca sampai habis. Penat saya karang ni. 



     Seperti yang kita tahu, psikologi ni mengkaji mengenai manusia. Nak lebih khusus lagi mengkaji mengenai minda manusia. Bukan bermaksud orang psikologi ni boleh membaca fikiran orang lain. Mereka cuma membuat kajian mengenai minda, tingkah laku dan daripada situlah ahli psikologi bermain dengan kita punya fikiran. Bukan bermaksud ahli psikologi baca fikiran. Tidakk.. 

     Nak jadi ahli psikologi, perlu mengetahui mengenai personaliti manusia. Sebab itu kalau kita lihat, ahli psikologi banyak berfikir dahulu sebelum bersuara jika ada apa-apa isu. Sebagai contoh orang yang perwatakannya over, beriya, menjengkelkan, dan sebagainya tu yang sesetengah orang tak suka. Bagi orang biasa seperti kita, sudah tentu kita akan cop dia yang bukan-bukan, membenci dengan sifat dia, atau selainnya. Tapi bagi ahli psikologi, mereka akan berfikir, mengkaji atau sudah sedia maklum kenapa individu tersebut berperwatakan sebegitu. Ok ni semua orang tahu saja saya nak mention agar penulisan saya panjang.



     Berbalik kepada tajuk entri saya pada kali ini, menerusi personaliti, apabila kita mempelajari personaliti, kita akan lebih memahami kanak-kanak. Secara sedar atau tidak sedar, kebanyakan daripada masyarakat kita kurang arif dalam mencorak anak-anak. Apabila kita salah dalam mencorak anak-anak kita, ceh dah macam aku ada anak, ia akan membentuk personaliti anak-anak itu sendiri berdasarkan apa yang kita corakkan, berdasarkan apa yang kita lakukan pada mereka. 

     Saya nak beri beberapa contoh yang saya belajar daripada pensyarah saya. Lazimnya bila kita melarang anak-anak kecil untuk melakukan sesuatu, kebanyakan masyarakat kita akan marah, atau larang dengan tegas agar jangan dibuat benda tu. Sebenarnya bagi anak-anak, seperti yang kita semua sedia maklum, apa yang dilarang itulah yang mereka nak buat. Jangan kata kanak-kanak, remaja pun sama. Sebagai contoh, kita tidak mahu anak kita bermain alatan tajam seperti gunting. Kita jangan terus marah dia. Sebaliknya kita tunjukkan gambar-gambar yang berkaitan dengan bahaya menggunakan alatan tajam. Anak-anak apabila visual mereka melihat perkara yang menakutkan, mereka akan lebih faham kenapa kita melarang. Bukan kita marah mereka. Sebab marah pada masa kini dilihat agak tidak sesuai untuk anak-anak.

     Sesetengah masyarakat gemar menjanjikan sesuatu kepada anak-anak kecil mereka. Sebagai contoh jika mereka buat sesuatu perkara, mereka akan mendapat ganjaran. Dalam fikiran anak-anak, mereka inginkan ganjaran yang dijanjikan kepada mereka dan mereka akan ingat. Saya ada dua orang adik kecil dan apabila saya berjanji dengan mereka, kemudian saya lupa, mereka akan tuntut apa yang telah saya janjikan. Apabila saya belajar personaliti, baru saya faham. Jadi, bila kita berjanji kepada kanak-kanak, kita kena tunaikan walaupun kita cuma janji nak belikan Apollo kepada mereka. Kanak-kanak bukan tahu erti mahal ke murah, yang mereka tahu, mereka dapat. Apabila kita mungkir janji kepada mereka, mereka mungkin akan menyimpan dendam. Tapi awas! Jangan menjanjikan mereka barangan mahal seperti Ipad ke apa ke. Sebabnya gajet-gajet tersebut selain daripada harga yang mahal, kita sukar nak mengawalnya nanti. 

     Satu lagi contoh, kita semestinya nak anak-anak kita belajar berdisiplin. Paling simple belajar mengemas. Kita nak ajar anak-anak kita berdisiplin, kita kena bersama-sama mereka. Sebagai contoh, mereka bermain, dah tentu rumah bersepah. Kadang-kadang ada yang tak bagi anak mereka bermain sebab takut rumah bersepah. Jangan! Mereka bermain itu ialah satu pembelajaran. Kita didik mereka lepas mereka bermain, kemas bersama-sama mereka. janganlah biar diorang kemas sendiri. Mereka tak suka. Teman mereka mengemas. InshaaAllah lambat laun mereka akan faham dengan sendirinya tentang tanggungjawab mereka. And again, jangan marah mereka. Kadang-kadang ada orang bila anak bermain, buat sepah, mulalah naik angin marah budak tu. Mereka bukan tahu apa pun. Marah, mampu membentuk personaliti tak elok kepada mereka jika tak kena pada caranya.

     Cukuplah tiga contoh. Sebenarnya banyak lagi contoh mengenai kanak-kanak ni. Tapi saya tak dapat nak ingat semua kerana saya masih belajar dan akan jadi lebih panjang entri ni. Tapi apa yang saya nak simpulkan, sebagai seorang ibu, ayah, atau bakal ibu ayah, kena belajar serba sedikit mengenai personaliti. Ketahui bagaimana nak mengenali anak-anak, bagaimana cara nak mencorak anak-anak. Sebab pada masa sekarang ni kebanyakan daripada masalah sosial remaja berpunca daripada rumah. Memang pasti ada yang menafikan. Tetapi tengok bagaimana layanan semasa anak-anak berumur bawah 10 tahun. Adakah kita memberikan janji palsu? Adakah kita kerap memarahi mereka tak kena pada cara? Melarang mereka tanpa memahami maksud kenapa kita melarang? Adakah kita menghukum mereka dengan objek yang menyakitkan?

Dua orang puteri tersayang saya

     Itu jawapan mengenai tingkah laku remaja masa kini. Betul. Memang ibu bapa tak mengajar anak-anak buat perkara tak baik, tanamkan didikan agama kepada mereka, dan macam-macam lagi. Tetapi bagaimana layanan semasa mereka kecil? Bagaimana contoh yang kita tunjuk kepada mereka? Itu yang kita kena renungkan. Anak-anak kecil bila mereka berasa tercabar, atau dimarah, atau salah melayani kehendak mereka, salah mendisiplin mereka, mereka akan menyimpan dendam. Sebab itulah terjadinya masalah yang berlaku masa kini. Betul itu pilihan mereka, tetapi fikirkan kenapa mereka memilih untuk menjadi sebegitu? 

     Sebagai penutup, kita nak melayani anak-anak kecil, kita kena faham betul-betul personaliti mereka. Kena tahu bagaimana nak mencorak mereka. InshaaAllah mereka akan menjadi insan yang hebat. Mungkin betul, kadang dah didik dengan betul pun masih terjadi masalah remaja. Itu satu ujian. Tapi apa yang saya nak jelaskan di sini, bagaimana cara kita ingin mendidik anak-anak. Banyak lagi sebenarnya tetapi saya harap entri ini memberikan sedikit petunjuk untuk kita terutama bakal ibu ayah. Personaliti akan membuatkan kita lebih memahami kanak-kanak. Jadi, saya menyeru agar sebelum menjadi ibu ayah, pelajari personaliti tak kisahlah daripada pembacaan ke apa ke minta pendapat kaunselor ke tak kisahlah. Yang penting ilmu berkaitan personaliti ini sangat penting untuk mencorak anak-anak.

p/s : Ini pandangan dan pendapat saya. Sebarang pandangan dan pendapat lain sila nyatakan di ruangan komen. Kita sama-sama belajar. 

2 comments:

  1. Wah amek psikologi?!! Saya memang dah lama teringin nak amek bidang tu degree nanti.
    Wish you goodluck. Best enn belajar psiko. Kita boleh kenali pelbagai watak manusia.

    Sy skrg ni dalam dip pendidikan awal kanak2. Belajar juga la psiko kanak2 ni hee ada kaitan juga dengan pembangunan manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. saya amik psikologi.. memang best sangat sangat sangat.. kaji tentang diri kita sendiri.. cuma bila ambil, jiwa kena kental untuk ingat fakta2 dan tokoh2.. nanti amik degree kat UKM yee.. mana tahu boleh kita bertemu.. ahahaha

      Delete

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..