Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Sunday, October 25, 2015

"Atuk Ingat Lagi"

Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak menulis tetapi bukan info atau apa-apa pendapat saya. Hari ini saya nak cuba buat cerita pendek atau singkatannya cerpen. Sebenarnya saya tak tahu pun bagaimana dia punya format, tetapi tak mengapalah. Harap awak yang baca ni enjoy ye..



     Tok Man merupakan seorang bekas pensyarah di sebuah universiti tempatan. Beliau tinggal di kawasan kampung yang moden. Rumahnya dikelilingi lanskap yang cukup cantik disertakan dengan kolam ikan, taman bunga dan pondok tempat Tok Man dan keluarganya bersantai di waktu petang. Tok Man tinggal bersama isterinya yang juga merupakan seorang bekas pensyarah dan dikurniakan empat orang anak yang kesemuanya telah berjaya dalam hidup masing-masing. 

     Anak-anaknya selalu pulang ke rumah untuk berjumpa ibu bapanya. Kadangkala Tok Man sendiri yang akan ke rumah anak-anaknya kerana Tok Man suka berjalan-jalan bersama kereta kesayangannya iaitu Audi RS7. Meskipun usia Tok Man semakin tua, namun Tok Man masih gagah memandu dan tidak pernah mengupah pemandu peribadi. Baginya sia-sia membeli kereta mahal-mahal tetapi orang lain yang pandu. Kadangkala Tok Man membawa isterinya ke restoran terkemuka untuk menikmati makan malam bersama.

     Suatu hari, anak-anak Tok Man berpakat untuk pulang serentak ke rumah Tok Man. Hal ini memberi kegembiraan yang cukup bermakna buat Tok Man dan isterinya kerana disamping dapat berjumpa anak-anak serentak, Tok Man dapat berjumpa kesemua cucunya yang berjumlah 6 orang dan cucunya pula gemar mendengar cerita daripada Tok Man. Apabila kesemuanya telah berkumpul, maka masing-masing berkongsikan cerita masing-masing sesama adik beradik. Sementara itu Tok Man memanggil kesemua cucunya untuk duduk bersamanya.

     "Cucu-cucu atuk, mari sini duduk dengan atuk. Nak dengar cerita tak?" Tok Man memanggil kesemua cucunya dan mereka bergegas mendapatkan atuknya. "Hari ni atuk nak cerita apa?" Kata Zairie cucu sulungnya. "Apa kata atuk cerita bagaimana atuk berjumpa dengan nenek dulu." kata Sarah cucu keempat Tok Man dan dipersetujui yang lain. "Cerita Tok Man berjumpa nenek ye. Panjang ceritanya tapi atuk cuba ringkaskan ye." kata Tok Man. Cucu-cucunya menanti dengan penuh sabar mendengar cerita Tok Man.

     "Atuk ingat lagi, atuk kenal nenek kamu sebelum atuk masuk sarjana muda. Masa tu kawan atuk yang kenalkan menerusi Whatsapp sebab nenek kamu nak mencari kawan sama jurusan. Kebetulan atuk dan nenek mengambil jurusan yang sama. Jadi dari situ detik perkenalan. Cuma atuk jarang mesej nenek kerana atuk bukan jenis lelaki yang suka mesej orang." Tok Man cuba mengimbas kembali perkenalan bersama isterinya. "Bila atuk dah masuk universiti, barulah atuk kerap mesej dengan nenek kamu, berjumpa dia. Masa tu atuk rasa gembira sangat sebab atuk paling rapat dengan nenek kamu. Masa tu atuk dah mula suka kat nenek kamu." Sambung atuk. "Ooo atuk masih belajar dah bercinta ye!" Haris cucu keenam menyampuk. "Heish kamu ni. Dah atuk nak sambung cerita ni. Atuk suka nenek kamu dan atuk rasa nenek kamu tu memang girlfriend atuk. Atuk kongsikan dekat kawan-kawan atuk masa tu."

     "Sebenarnya, masa tu nenek kamu ada boyfriend. Atuk tak mengetahuinya sehinggalah suatu masa boyfriend nenek kamu mesej atuk. Dia tak marah atuk cuma dia kata berkawan sahajalah. Bila atuk selidik, betul lah sebenarnya dia boyfriend nenek kamu. Masa tu atuk cukup kecewa. Atuk tak sangka nenek ada boyfriend. Sejak daripada tu atuk rasa tak bersemangat nak buat apa-apa." "Habis sepanjang atuk kecewa tu atuk buat apa?" celah Zairie kembali. "Masa tu, untuk atuk hilangkan kesedihan atuk, atuk berfantasi seolah-olah atuk sedang ada girlfriend. Belajar bersama-sama apa semua. Memang atuk kuat beranganlah. Lepas tu atuk pun menangis sorang-sorang sebab atuk terlalu sedih." Tok Man bercerita sambil mengesat air matanya yang tiba-tiba jatuh. "Atuk janganlah sedih kan atuk dengan nenek dah kahwin", kata Huda cucu kedua Tok Man. "Habis tu macam mana atuk boleh bersama dengan nenek? Kan nenek ada boyfriend", tanya Aiman cucu ketiga Tok Man.

     "Sebelum tu atuk nak tanya, boyfriend bukan suamikan?" Kesemua cucunya mengangguk. "Atuk ingat-ingat lupa sebenarnya. Tetapi masa tu kami masih belajar. Atuk dengan nenek tetap berkawan baik macam biasa. Cuma sampai suatu saat tu nenek kamu tu lain macam. Tiba-tiba mesej atuk apa semua. Atuk layankan jelah. Kelainan tu berlarutan sampai atuk dengan nenek habis sarjana muda. Alhamdulillah masa tu dua-dua cemerlang. Dah habis belajar tu atuk kerjalah sambil menyambung lagi pengajian sama juga dengan nenek. Masa tu atuk memang suka bergurau tapi atuk tau nenek kamu ada boyfriend. Ada satu hari tu atuk saja bergurau. Atuk cakap dekat nenek jom kahwin." Atuk tersengih sendirian sambil melihat cucu-cucunya khusyuk mendengar cerita atuk. 

     "Lepas tu nenek kamu cakap dia tunggu saat atuk cakap tu. Atuk terkejutla sebab atuk bergurau je. Jadi, bila nenek dah cakap macam tu atuk pun bawak keluarga atuk jumpa keluarga nenek dan kami pun berkahwin dan dapat berjumpa cucu-cucu atuk yang comel ni." Atuk tersenyum lepas bercerita. "Apa jadi dengan boyfriend nenek atuk?" celah Ayu cucu kelima. "Atuk sendiri tak tahu. Nenek tak pernah cerita sampai sekarang. Takpelah. Semuanya ketentuan Allah. Pergilah ke mana sahaja sekalipun kalau itu jodoh kamu, maka itulah dia. Jadi, atuk pesan, nanti bila semua dah besar, dah ada orang yang kamu suka, jangan terlalu sedih kalau dia ada orang lain. Sebab masa hadapan kita tak tahu." Tok Man menutup cerita dengan sedikit nasihat sambil air matanya jatuh membasahi mukanya terkenangkan kisah lalu.

     "Laa abah cerita apa dekat budak-budak sampai menangis ni? Ni mesti cerita pasal abah dengan ibu kan? Sudah la tu bah. Buat apa abah nak menangis lagi. Malu la depan cucu. Tu orang yang abah cerita dari tadi panggil makan bersama-sama," sampuk Farhan anak sulung Tok Man. "Yelah-yelah. Jom semua kita makan ramai-ramai," balas atuk. Kesemua cucunya bersorak kegirangan kerana masing-masing sudah lapar. Namun apa yang diceritakan kepada cucunya itu membuatkan Tok Man tersenyum sepanjang masa sambil menjeling-jeling isterinya yang sibuk melayan cucu nak makan. 



     Cerita habis. Saya tak pernah buat cerpen ni. Mesti banyak kesilapan ni. Tak mengapalah saja saya nak bercerita. Cerita ni takde kena mengena dengan siapa-siapa yea. Maklumlah petang-petang tak tahu nak buat apa, maka rekalah cerita berdasarkan imaginasi sendiri. Harap semua terhiburlah ye. hehehe

No comments:

Post a Comment

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..