Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Wednesday, October 21, 2015

Antara Sahabat, Cinta, dan Cita-cita

Assalamualaikum semua. Topik yang ingin diperbincangkan pada hari ini amat sinonim dengan dunia remaja. Antara sahabat, cinta dan cita-cita. Entri kali ini bukan memfokuskan tentang cinta. Kerana pendapat orang berlainan. Entri kali ini lebih kepada sebuah cerita, yang mana mungkin kita boleh baca, hayati, dan renungkan. Pengisian tu takdelah sangat cuma saya nak bercerita. Tapi bukan cerita macam cerpen tu. Saja-saja menulis. Nama tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada dan bukan saya!


     Seorang lelaki yang dikenali sebagai Hafiz mengenali seseorang yang bernama Sarah di sebuah Universiti tempatan. Mereka berdua bersahabat baik dan hubungan mereka amat rapat sehinggakan rakan-rakannya selalu mengatakan mereka berdua berkasihan atau couple. Perkara itu menjadi kebiasaanlah terutamanya bagi masyarakat kita. Jadi boleh dikatakan sesuatu yang bukan aneh. Mereka berdua tetap menjalankan kehidupan seperti biasa. 

     Cuma, timbul di hati Hafiz bahawa dia menyukai Sarah. Namun Hafiz ni bukanlah jenis yang biasa dengan perkara-perkara melibatkan perasaan ni. Oleh itu dia hanya diam dan tidak terlalu menunjukkan bahawa dia suka. Cuma mungkin sesetengah orang akan akan dapat mengenal pasti situasi Hafiz tersebut. Kemudian Hafiz ni pula jenis suka berkongsi. Bila dia ada menyukai seseorang, dia akan bercerita dengan sahabatnya. Paling best, macam-macam dia rancang untuk masa depannya kerana dia yakin dengan perancangannya dengan sahabatnya itu. 

     Kerana hubungan yang rapat, Sarah juga mempunyai perasaan yang lebih kurang sama. Dan Sarah juga tahu perasaan Hafiz padanya. Cuma konflik di sini, Sarah juga mempunyai sahabat lain yang rapat dengannya. Kita letak nama dia Aiman. Dan perasaan itu menjadi berbelah bahagi kerana sahabatnya itu juga mempunyai perasaan yang sama dengan Hafiz. Oleh itu, Sarah menjadi dilema siapakah yang harus dia pilih sama ada Hafiz atau Aiman? Sekali lagi saya nak cakap ini bukan saya.

     Hafiz atau Aiman? Kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri yang Sarah suka. Sukar untuk Sarah memilih pilihan yang tepat. Sarah membuat keputusan yang sukar dan dia memilih Aiman. Dia ingin memberitahu kepada Hafiz tetapi dia mencari masa yang sesuai dan dia sendiri tak sanggup nak memberitahu perkara itu. Sementara itu Hafiz masih berada di dalam dunianya yang mana dia menganggap Sarah kekasihnya.

     Kebenaran pasti akan menjelma. Hafiz terlebih dahulu sudah mengetahui hubungan sahabat baiknya itu. Hafiz berasa terlalu sedih dan hidupnya menjadi tidak terurus. Maksudnya bukan teruk sangat, cuma hilang selera makan, selalu termenung dan lain-lain. Tapi, kerana mereka berdua tak mahu terjadi apa-apa dalam persahabatan mereka, jadi mereka mengambil keputusan untuk menolak tepi perkara tersebut dan mereka tetap berkawan seperti biasa.

Gambar sekadar hiasan

     Okelah cerita habis. Tak menarik pun tapi cuba kita fikirkan. Saya tak nak berkata mengenai tindakan Sarah kerana ia merupakan suatu perkara yang biasa apabila diri disukai oleh 2 orang yang berbeza. Tapi saya nak cakap mengenai Hafiz. Apakah tindakannya itu betul dan mampu menjernihkan suasana? Bincangkan di ruangan komen please.

     Secara ringkasnya, Hafiz berkawan baik dengan Sarah. Dia suka Sarah. Dan dia juga merancang sesuatu bersama Sarah di masa hadapan. Dan Sarah juga membuatkan dia lebih semangat untuk belajar agar perancangannya berjalan lancar. Dan akhirnya dirinya kecewa kerana Sarah memilih orang lain.

     Kemudian mereka berdua berbincang dan kekal sebagai sahabat baik. Tapi jika kita fikirkan, apa perasan Hafiz? Perancangannya diganggu. Bagaimana perasaan seseorang yang mengetahui orang yang disukainya dimiliki oleh orang lain? Saya pasti siapa yang membaca entri ini akan dapat merasakannya. Tak perlulah saya ulas lagi sebenarnya. Sebab benda kita sudah tahu. Betapa sukarnya untuk positifkan perasaan demi kebaikan semua. 

     Kesimpulan, antara sahabat, cinta dan cita-cita. Apabila tiga perkara ini berkaitan, ia mungkin menjadi suatu perkara yang istimewa dan mungkin masalah. Antara dua. Perkara ini selalu terjadi kepada remaja sebenarnya. Namun bagi pendapat saya, hati dan perasaan sukar untuk kita halang walaupun tipikal melayu akan cakap belajar dulu belajar dulu. Memang kita belajar dulu, namun bab perasaan ini memang lecehlah. 

     Bila tiga perkara ini menjadi berkait, saya berpendapat begini. Jodoh itu rahsia Allah. teruskan berkawan, jangan terlalu emotional sangat dan teruskan merancang masa depan. Perancangan masa depan itu penting sebab ia akan menaikkan semangat kita untuk belajar dan berjaya agar kita dapat capai apa yang kita rancangkan. Mengenai orang yang kita suka tu, kita tidak tahu adakah benar itu jodoh kita atau bukan. Mungkin bila kita dah bekerjaya baru jumpa orang lain. Jadi, fokus menuntut ilmu untuk mencapai cita-cita dan berkawanlah dengan semua orang. Bab perasaan memang pahit. Tetapi, positifkan diri dan jangan jadikan konflik seperti cerita di atas membunuh cita-cita anda. 

p/s : Sebarang pandangan boleh diutarakan di ruangan komen. 

2 comments:

  1. Saya setuju dengan pendapat awak. Tak perlu lah kita terlalu sibuk memikirkan soal jodoh sebab Allah Maha mengetahui dan maha adil. Akan ada yang terbaik untuk kita nanti. Just follow the flow. Mungkin dalam pada kita kejar cita cita tu, tanpa kita perasan kita jumpa dengan jodoh kita kan. Bukan ke lagi seronok. Sekadar berkongsi pandangan :)

    ReplyDelete
  2. Overall saya setuju dengan pandangan hafiz. Stay focus on study dan berkawan dengan semua orang. Jodoh tu akan datang bila tiba masanya -- keep praying.

    Cuma dalam situasi yang hafiz beri, bagi saya sarah tak sepatutnya meluahkan perasaannya dulu sebab dia sendiri tak pasti perasaannya. dan bagi pihak hafiz, dia tidak perlu terlalu merancang soal jodoh dan menganggap sarah tu kekasihnya kerana sememangnya antara mereka tidak termetrai apa-apa.

    Pergh dah macam buat forum haha it's just my 2 cent. Thank you

    ReplyDelete

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..