Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Saturday, November 29, 2014

Percaya Atau Tidak Proton Kini Setanding Honda?

Assalamualaikum wr semua. Apa khabar? Harap semuanya sihat sejahtera. Baiklah pada hari ini saya nak bercerita sikit tentang Proton. Alaahh kereta keluaran Nasional yang orang suka kutuk tu laa. Seringkali kita baca di blog-blog, laman sosial yang mengutuk dan mencaci kereta keluaran Proton. Ada sahaja perkara yang dikutuknya. 

     Namun sedar atau tidak, kereta keluaran Proton sebenarnya hampir menandingi Honda? Kita tak perlu lihat kereta keluaran lama, kita lihat kereta keluaran baharu seperti Proton Preve, Proton Suprima, dan Proton Iriz. Ketiga-tiga kereta ini merupakan kereta global yang jauh lebih hebat berbanding keluaran yang lain. Sepatutnya kereta keluaran terkini ini mampu menutup mulut orang yang 'bermulut longkang' yang suka menghina ciptaan orang lain. 



     Proton Iriz. Baru sahaja dilancarkan. Namun ia mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Cuma pengeluarannya yang sedikit lewat berbanding Perodua Axia menyebabkan kereta ini sukar sikit untuk dipasarkan. Namun kereta ini merupakan salah satu kereta yang bakal menjadi pencabar kuat Perodua Myvi. Percaya atau tidak bagi penganalisis kereta, mereka mengatakan bahawa Proton Iriz ini mampu menyaingi HONDA JAZZ dari segi teknologi yang dimuatkan dalam kereta ini. Oleh itu mengapa perlu mengutuk kereta keluaran Proton lagi?


     Proton Preve. Sudah agak lama dilancarkan dan sudah bersepah di jalan raya di Malaysia ni. Kereta ini merupakan salah satu kenderaan global yang agak popular di Australia dan Britain. Kereta ini merupakan sebuah kereta Segmen C setaraf Honda Civic. Teknologi kereta ini usah kita pertikaikan lagi. Jika tidak mampu membeli Honda Civic, belilah Proton Preve. Sahabat saya memiliki sebuah Proton Preve dan saya pernah beberapa kali menaiki kereta ini. Ketika saya berada dalam kereta ini, seolah-olah saya berada dalam kereta Honda. Dia sudah lama pakai kereta ini dan TIADA MASALAH berkenaan power window la ape la.. TIADA..!! Kereta dia juga sudah mempunyai milleage yang tinggi kerana selalu bergerak tapi tidak berlaku masalah-masalah yang dihadapi oleh beberapa kereta lain termasuk Honda dan Toyota. Jadi kenapa perlu mengutuk Proton lagi?





     Proton Suprima. Atau lebih dikenali sebagai Proton Preve Hatchback. Seperti Proton Preve, namun ada ada sedikit penambahan yang dimuatkan dalam kereta ini. Ia tetap kereta yang hebat sama seperti Proton Preve. Cuma jujur saya mengatakan bahawa saya tidak berminat dengan keluaran Proton yang ini. Meskipun saya tidak minat, tetapi saya tidak mengutuk teknologi yang terdapat dalam kereta ini.


     Mungkin orang kutuk Proton kerana harganya yang mahal. Ada sebab mengapa mahal. Disamping cukai-cukai yang dikenakan, ia membantu industri kereta terpakai untuk memasarkan kereta terpakai yang masih boleh digunakan. Jika semua kereta baharu termasuk kereta import dijual murah, secara tidak langsung industri kereta terpakai mengalami kemerosotan yang agak teruk dan menyebabkan kereta terpakai tidak laku dan dibiarkan begitu sahaja. Jika begitu, bagaimana pula pekerja yang bekerja di syarikat kereta terpakai? Maka ia akan menjejaskan ekonomi negara yang tak berapa nak kaya ni. Nak harapkan minyak, minyak kita tidak sebanyak minyak di negara Arab. 

     Percaya atau tidak di negara Jepun, kereta barang keluaran Nasional mereka dijual dengan harga yang lebih mahal berbanding barangan import? Maka ia mungkin termasuk dalam golongan kereta. Bukan saya yang kata tetapi bapa kepada sahabat saya yang dahulu belajar di negara Jepun kata. Hal ini kerana rakyat Jepun memandang tinggi barangan keluaran mereka. Tapi rakyat Malaysia, nak murah je macam kereta kita ni sampah. Beruntunglah bahawa kereta nasional kita masih diharga mampu milik. Bak kata Tun M, nak kereta murah, kita boleh buat tapi jalan 3 atau 4 batu kemudian rosak. 

     Satu lagi orang komplen berkenaan Power Window. Beb itu kereta Proton yang lama boleh la cakap. Tapi ia tidak berlaku pada kereta keluaran terkini. JIKA ADA sekalipun ia hanyalah kes terpencil tidak seperti yang dahulu. Kalau kerja main tingkap memanglah rosak. 

     Oklah setakat ini sahajalah yang ingin saya sampaikan. entri akan datang saya akan cerita tentang barang mahal dengan masyarakat melayu masa kini. Tapi masih berfokuskan Proton. Nak tahu apa yang saya ingin ceritakan? Tungguuuu dan jadilah sebahagian daripada follower saya di blog dan laman facebook.

p/s : peminat Proton tapi menggunakan Perodua Kembara. :)

    

5 comments:

  1. pakai dulu,lepas 4 tahun baru cerita..kereta mana yang lagi menghabiskan duit..kualiti proton masih sama seperti dulu..im proton owner,tak berpuas hati dengan kualiti material,assemble dan after sale service..qa check pon cincai je,byk gile defect masa amik kereta dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam biasa.. Kalau komen negatif mesti anon.. Beb bawak kereta macam mana? Tu satu hal.. Kalau tak kenapa ada orang pakai Saga lama pun masih tiptop condition kereta dia sampai sekarang.. Dan orang itu sahabat baik saya sendiri. Dia cakap apa tau, pakai kereta kalau nak perfect sngat, buat sendiri..

      Awak Proton owner, tapi kereta apa awk pakai? Owh lupa orang negatif suka pandang negatif.. :)

      Delete
    2. Sampai hari ini,saya sudah pakai 4 buah Proton dan dalam proses nak beli kereta Proton yang ke 5. Secara amnya tiada masalah dan saya sangat berpuas hati. Masa saya belajar di luar negara, saya berasa sangat bangga pada pelajar2 lain yg Malaysia juga mengeluarkan kereta.

      Delete
    3. tahniah.. support jenama buatan malaysia.. :D

      Delete
  2. ni mesti kaki jilat mahataik.kerana mahataiklah rakyat malaysia hutang keliling pinggang sebab kereta proton overprice.sepatutnya harga proton dalam lingkungan 10k-30k sahaja.memang mahataik manusia yang bodoh dan bongkak.

    ReplyDelete

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..