Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Sunday, November 23, 2014

Beberapa Ciri Orang Bersikap Negatif

Assalamualaikum wr. Seperti biasalah saya lama tidak mengemas kini blog saya ini. Cuma saya baru sahaja menukar wajah blog saya ini agar saya dapat menggunakan 'header' saya yang sangat cool itu.. Alamak terpuji diri sendirilah pulak. Tapi apa pun banner saya tetap cantik. Saya reka sendiri. Walaupun gambar kiri kanan nampak macam sikit senget, tapi tak nampak sangat.


     Baiklah saya bukan nak cerita tentang header. Tapi saya nak berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan ciri orang yang negatif ini. Semua orang tahu apa benda negatif tu iaitu perkataan berlawanan bagi positif. Semua orang tahu kalau dah namanya negatif, ianya sesuatu benda yang kurang elok. Ok kita tidak bercakap mengenai bateri. 

     Orang yang negatif ni sangat ramai. Berada di sekeliling kita. Malah, mungkin kita juga tergolong dalam golongan yang negatif. Saya tidak menuduh sesiapa tapi tepuk dada tanya selera. Masing-masing lebih mengenali diri masing-masing sama ada bersikap positif atau negatif. Daripada saya merapu panjang, baiklah saya kongsikan pendapat saya berkenaan tajuk entri saya ini. Sebelum itu jom kita dengar lagu 'Teman Bintang" nyanyian Masya.





1. Antara ciri orang yang negatif ini ialah dia suka menilai keburukan orang lain. Percaya atau tidak kebanyakan daripada kita yang sangat suka menilai keburukan orang lain. Kadang-kadang saya sendiri ada menilai orang lain. Namun saya berfikir semula, buat apa nilai keburukan orang lain sedangkan diri kita sendiri tidak kita betulkan. Jadi sekarang ni sejak saya masuk ke alam Pra Universiti, saya lebih banyak berfikir apa yang saya lakukan. Saya cermin diri saya semula dan saya berusaha positifkan minda saya. Jadi, saya menyeru agar pembaca semua usahlah kita suka menilai orang lain, tapi nilailah diri kita sendiri.

2. Seterusnya ialah dia suka mencari salah orang lain atau menganggap perbuatan orang lain itu sentiasa salah. Perkara ini banyak sangat saya jumpa dekat laman sosial berkaitan dengan politik. Tidak kisah mana-mana parti sekalipun tapi penyokong parti masing-masing bertikam lidah menyalahkan pemimpin. Menjadi 'keyboard worrior'. Sepatutnya perkara ini tak berlaku. Sepatutnya sebagai rakyat kita mestilah bersikap lebih rasional. Usahlah bertikam lidah sebab ia tidak memberi sebarang manfaat. 

3. Malas berusaha. Jika dilihat sekeliling, sangat ramai orang yang malas hendak berusaha meningkatkan diri. Meningkatkan ekonomi diri. Mereka hanya bekerja makan gaji. Bila berlaku inflasi dah bising. Kalau merungut itu perkara biasa, tapi sekarang ini sudah ke tahap caci maki, mengeluarkan kata-kata kesat, dan sebagainya. Malu kita sebagai orang melayu saling bergaduh sesama sendiri manakala bangsa bukan melayu bersatu padu. Biar kita berlainan fahaman politik, tetapi, kita sebagai manusia hendaklah sentiasa memajukan diri kita untuk kehidupan yang mendatang. Buatlah bisnes sampingan ke apa ke. Jangan sibuk nak berdemo, buang masa!

4. Sentiasa mempunyai perasaan hasad dengki. Inilah penyakit yang paling bahaya dalam masyarakat kita. Tak boleh tengok orang lain senang, dia mesti nak dengki. Apa guna kita mendengki orang? Daripada kita mendengki, elok kita berusaha. Kita ni sebagai manusia boleh berjaya. Tak kisah la dalam pelajaran ke pekerjaan ke, asalkan kita bersikap positif dan rajin berusaha, InshaaAllah kejayaan milik kita. 




     Cukup sampai sini sahajalah coretan saya. Empat point pun dah kira banyak. Saya takut tiada orang yang nak baca. Saya harap ada yang akan membaca entri ini kerana ini pendapat saya sebagai seorang pelajar. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi cukup empat point. Sebab ini pun dah cukup panjang bagi saya. Apa pun kita renungkan semula, adakah kita ni bersikap positif atau negatif? 

     Sama-samalah kita memperbaiki diri kita agar kita menjadi insan yang positif. Oleh itu, saya menggunakan tagline baru diri saya iaitu "Sentiasa Positif..!!" 

p/s : Komen anda amat diperlukan.

2 comments:

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..