Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Sunday, November 30, 2014

Bakat Masya Semakin Menyinar

Assalamualaikum wr. Apa khabar? Harap semuanya sihat sejahtera. Baiklah mungkin ada yang kenal dan ada yang tidak kenal siapa Masya ini. Bukan Marsya Milan tau. Bagi sesiapa yang mempunyai Astro di rumah, pasti akan mengenali bintang baharu yang semakin menyinar ini. Dan saya pasti sebenarnya semua orang tahu siapakah gerangan insan bernama Masya ini.

     Sedikit info mengenai Masya, nama sebenarnya Siti Nur Masyitah binti Mohd Yusoff, berasal daripada Kulim, Kedah dan baru berumur 14 tahun. Maka pada 2015 yang akan menjelma tiba ini dia akan menduduki peperiksaan PT3. Apa yang penting saya mendoakan agar Masya akan beroleh keputusan yang cemerlang nanti. 

     Awal kemunculannya di sebuah program kendalian Astro iaitu Ceria Popstar, kehadirannya memberikan nafas baru kepada lagu-lagu yang dipersembahkan oleh beliau. Apa yang dapat saya lihat dan dengar, lagu-lagu yang dibawa olehnya semasa dalam program tersebut dinyanyikan umpama lagu-lagu tersebut merupakan lagunya sendiri. Bukan calang-calang artis yang mampu melakukannya. Disamping itu, ramai yang mengatakan bahawa wajahnya sangat mirip dengan Fouziah Gous.


     Dalam program itu juga, Masya merupakan juara. Maka tidak hairanlah mengapa Masya semakin popular. Walaupun umurnya baru sahaja 14 tahun, namun bakatnya boleh menandingi artis-artis yang telah lama menapak di industri muzik tanah air seperti Najwa Latiff, Ainan Tasneem, dan lain-lain. Malah, sewaktu dia berduet dengan gurunya iaitu Hazama, sudah nampak keserasian dalam mendendangkan lagu yang dinyanyikan oleh mereka. Oleh itu, bakatnya memang tidak dapat disangkal lagi.

     Masya juga pernah beberapa kali masuk surat khabar dan pernah sekali menghiasi muka depan dalam akhbar Harian Metro di bahagian 'RAP - Rentak Artis Popular'. Saya sendiri beli akhbar itu dan saya simpan buat kenang-kenangan. 

     Selain menyanyi, Masya juga berlakon. Antara drama yang dilakonkan olehnya ialah drama Puasa Oh Puasa dan Raya Oh Raya yang disiarkan di Astro Ceria. Akan datang Masya akan muncul dalam telefilem 'Masya Alisya' yang menampilkan Masya sebagai pelakon utama dan juga akan disiarkan di Astro Ceria. Sejujurnya saya tidak sabar untuk menonton telefilem itu. 

Masya bersama Mus MAY tu. Saya pula pernah bergambar bersama Nash Lefthanded.

     Nak cerita lebih pun, semuanya sudah diketahui. Kehebatannya dalam bidang nyanyian sudah kita sedia maklum. Namun apa yang penting, bakat Masya semakin menyinar dan Masya mampu pergi jauh dalam bidang ini. Satu perkara yang sangat saya suka ialah penampilannya yang menutup aurat.

     Sebagai penutup, sejujurnya, jauh di sudut hati saya, sebenarnya saya teringin sangat nak berjumpa dengan Masya. Jika dahulu saya teringin nak berjumpa Nash Lefthanded dan ia tercapai, maka kali ini saya ingin berjumpa dengan Masya. Diharapkan satu hari nanti saya akan berjumpa juga dengan Masya. Mudah-mudahan.. :D

     Baiklah saya sertakan video konsert Kemuncak Ceria Popstar. Pada ketika ini Masya menyanyikan lagu 'Teman Bintang' yang merupakan single Masya yang pertama.



p/s : Sahabat kata, jadilah artis, barulah boleh jumpa. Tetapi saya pula kata, artis bukan bidang saya. Tiada bakat pun dalam nyanyian atau lakonan.. Bidang saya InshaaAllah dalam bidang bisnes dan motivasi.

No comments:

Post a Comment

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..