Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Sunday, November 30, 2014

Bakat Masya Semakin Menyinar

Assalamualaikum wr. Apa khabar? Harap semuanya sihat sejahtera. Baiklah mungkin ada yang kenal dan ada yang tidak kenal siapa Masya ini. Bukan Marsya Milan tau. Bagi sesiapa yang mempunyai Astro di rumah, pasti akan mengenali bintang baharu yang semakin menyinar ini. Dan saya pasti sebenarnya semua orang tahu siapakah gerangan insan bernama Masya ini.

     Sedikit info mengenai Masya, nama sebenarnya Siti Nur Masyitah binti Mohd Yusoff, berasal daripada Kulim, Kedah dan baru berumur 14 tahun. Maka pada 2015 yang akan menjelma tiba ini dia akan menduduki peperiksaan PT3. Apa yang penting saya mendoakan agar Masya akan beroleh keputusan yang cemerlang nanti. 

     Awal kemunculannya di sebuah program kendalian Astro iaitu Ceria Popstar, kehadirannya memberikan nafas baru kepada lagu-lagu yang dipersembahkan oleh beliau. Apa yang dapat saya lihat dan dengar, lagu-lagu yang dibawa olehnya semasa dalam program tersebut dinyanyikan umpama lagu-lagu tersebut merupakan lagunya sendiri. Bukan calang-calang artis yang mampu melakukannya. Disamping itu, ramai yang mengatakan bahawa wajahnya sangat mirip dengan Fouziah Gous.


     Dalam program itu juga, Masya merupakan juara. Maka tidak hairanlah mengapa Masya semakin popular. Walaupun umurnya baru sahaja 14 tahun, namun bakatnya boleh menandingi artis-artis yang telah lama menapak di industri muzik tanah air seperti Najwa Latiff, Ainan Tasneem, dan lain-lain. Malah, sewaktu dia berduet dengan gurunya iaitu Hazama, sudah nampak keserasian dalam mendendangkan lagu yang dinyanyikan oleh mereka. Oleh itu, bakatnya memang tidak dapat disangkal lagi.

     Masya juga pernah beberapa kali masuk surat khabar dan pernah sekali menghiasi muka depan dalam akhbar Harian Metro di bahagian 'RAP - Rentak Artis Popular'. Saya sendiri beli akhbar itu dan saya simpan buat kenang-kenangan. 

     Selain menyanyi, Masya juga berlakon. Antara drama yang dilakonkan olehnya ialah drama Puasa Oh Puasa dan Raya Oh Raya yang disiarkan di Astro Ceria. Akan datang Masya akan muncul dalam telefilem 'Masya Alisya' yang menampilkan Masya sebagai pelakon utama dan juga akan disiarkan di Astro Ceria. Sejujurnya saya tidak sabar untuk menonton telefilem itu. 

Masya bersama Mus MAY tu. Saya pula pernah bergambar bersama Nash Lefthanded.

     Nak cerita lebih pun, semuanya sudah diketahui. Kehebatannya dalam bidang nyanyian sudah kita sedia maklum. Namun apa yang penting, bakat Masya semakin menyinar dan Masya mampu pergi jauh dalam bidang ini. Satu perkara yang sangat saya suka ialah penampilannya yang menutup aurat.

     Sebagai penutup, sejujurnya, jauh di sudut hati saya, sebenarnya saya teringin sangat nak berjumpa dengan Masya. Jika dahulu saya teringin nak berjumpa Nash Lefthanded dan ia tercapai, maka kali ini saya ingin berjumpa dengan Masya. Diharapkan satu hari nanti saya akan berjumpa juga dengan Masya. Mudah-mudahan.. :D

     Baiklah saya sertakan video konsert Kemuncak Ceria Popstar. Pada ketika ini Masya menyanyikan lagu 'Teman Bintang' yang merupakan single Masya yang pertama.



p/s : Sahabat kata, jadilah artis, barulah boleh jumpa. Tetapi saya pula kata, artis bukan bidang saya. Tiada bakat pun dalam nyanyian atau lakonan.. Bidang saya InshaaAllah dalam bidang bisnes dan motivasi.

Saturday, November 29, 2014

Percaya Atau Tidak Proton Kini Setanding Honda?

Assalamualaikum wr semua. Apa khabar? Harap semuanya sihat sejahtera. Baiklah pada hari ini saya nak bercerita sikit tentang Proton. Alaahh kereta keluaran Nasional yang orang suka kutuk tu laa. Seringkali kita baca di blog-blog, laman sosial yang mengutuk dan mencaci kereta keluaran Proton. Ada sahaja perkara yang dikutuknya. 

     Namun sedar atau tidak, kereta keluaran Proton sebenarnya hampir menandingi Honda? Kita tak perlu lihat kereta keluaran lama, kita lihat kereta keluaran baharu seperti Proton Preve, Proton Suprima, dan Proton Iriz. Ketiga-tiga kereta ini merupakan kereta global yang jauh lebih hebat berbanding keluaran yang lain. Sepatutnya kereta keluaran terkini ini mampu menutup mulut orang yang 'bermulut longkang' yang suka menghina ciptaan orang lain. 



     Proton Iriz. Baru sahaja dilancarkan. Namun ia mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Cuma pengeluarannya yang sedikit lewat berbanding Perodua Axia menyebabkan kereta ini sukar sikit untuk dipasarkan. Namun kereta ini merupakan salah satu kereta yang bakal menjadi pencabar kuat Perodua Myvi. Percaya atau tidak bagi penganalisis kereta, mereka mengatakan bahawa Proton Iriz ini mampu menyaingi HONDA JAZZ dari segi teknologi yang dimuatkan dalam kereta ini. Oleh itu mengapa perlu mengutuk kereta keluaran Proton lagi?


     Proton Preve. Sudah agak lama dilancarkan dan sudah bersepah di jalan raya di Malaysia ni. Kereta ini merupakan salah satu kenderaan global yang agak popular di Australia dan Britain. Kereta ini merupakan sebuah kereta Segmen C setaraf Honda Civic. Teknologi kereta ini usah kita pertikaikan lagi. Jika tidak mampu membeli Honda Civic, belilah Proton Preve. Sahabat saya memiliki sebuah Proton Preve dan saya pernah beberapa kali menaiki kereta ini. Ketika saya berada dalam kereta ini, seolah-olah saya berada dalam kereta Honda. Dia sudah lama pakai kereta ini dan TIADA MASALAH berkenaan power window la ape la.. TIADA..!! Kereta dia juga sudah mempunyai milleage yang tinggi kerana selalu bergerak tapi tidak berlaku masalah-masalah yang dihadapi oleh beberapa kereta lain termasuk Honda dan Toyota. Jadi kenapa perlu mengutuk Proton lagi?





     Proton Suprima. Atau lebih dikenali sebagai Proton Preve Hatchback. Seperti Proton Preve, namun ada ada sedikit penambahan yang dimuatkan dalam kereta ini. Ia tetap kereta yang hebat sama seperti Proton Preve. Cuma jujur saya mengatakan bahawa saya tidak berminat dengan keluaran Proton yang ini. Meskipun saya tidak minat, tetapi saya tidak mengutuk teknologi yang terdapat dalam kereta ini.


     Mungkin orang kutuk Proton kerana harganya yang mahal. Ada sebab mengapa mahal. Disamping cukai-cukai yang dikenakan, ia membantu industri kereta terpakai untuk memasarkan kereta terpakai yang masih boleh digunakan. Jika semua kereta baharu termasuk kereta import dijual murah, secara tidak langsung industri kereta terpakai mengalami kemerosotan yang agak teruk dan menyebabkan kereta terpakai tidak laku dan dibiarkan begitu sahaja. Jika begitu, bagaimana pula pekerja yang bekerja di syarikat kereta terpakai? Maka ia akan menjejaskan ekonomi negara yang tak berapa nak kaya ni. Nak harapkan minyak, minyak kita tidak sebanyak minyak di negara Arab. 

     Percaya atau tidak di negara Jepun, kereta barang keluaran Nasional mereka dijual dengan harga yang lebih mahal berbanding barangan import? Maka ia mungkin termasuk dalam golongan kereta. Bukan saya yang kata tetapi bapa kepada sahabat saya yang dahulu belajar di negara Jepun kata. Hal ini kerana rakyat Jepun memandang tinggi barangan keluaran mereka. Tapi rakyat Malaysia, nak murah je macam kereta kita ni sampah. Beruntunglah bahawa kereta nasional kita masih diharga mampu milik. Bak kata Tun M, nak kereta murah, kita boleh buat tapi jalan 3 atau 4 batu kemudian rosak. 

     Satu lagi orang komplen berkenaan Power Window. Beb itu kereta Proton yang lama boleh la cakap. Tapi ia tidak berlaku pada kereta keluaran terkini. JIKA ADA sekalipun ia hanyalah kes terpencil tidak seperti yang dahulu. Kalau kerja main tingkap memanglah rosak. 

     Oklah setakat ini sahajalah yang ingin saya sampaikan. entri akan datang saya akan cerita tentang barang mahal dengan masyarakat melayu masa kini. Tapi masih berfokuskan Proton. Nak tahu apa yang saya ingin ceritakan? Tungguuuu dan jadilah sebahagian daripada follower saya di blog dan laman facebook.

p/s : peminat Proton tapi menggunakan Perodua Kembara. :)

    

Wednesday, November 26, 2014

Jangan Memandang Rendah Pra U / Form 6

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap semuanya sihat sejahtera.. Baiklah hari entri ini ditulis ialah merupakan hari terakhir saya menghadapi peperiksaan penggal 3 Pra Universiti. Tinggal tunggu keputusan sahajalah nanti. Mudah-mudahan keputusan yang bakal diterima nanti akan menggembirakan hati semua orang dan dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

     Pra Universiti? Apa tu? Mesti ramai di antara kita yang tidak tahu apa itu Pra U. Tapi semua orang tahu apa itu form 6. Baiklah sebenarnya Pra U ini merupakan nama baharu bagi form 6. Hal ini kerana di Pra U, pembelajarannya mengikut sistem penggal iaitu sistem yang sama seperti di universiti. Oleh itu, Sebanyak 3 kali peperiksaan yang bakal diambil oleh pelajar Pra U.

     Pra U juga merupakan salah satu institusi yang SETARAF dengan diploma, matrikulasi dan asasi. Pakaian pun hanya memakai smart casual. Tiada lagi baju sekolah. Sebab itulah mengapa dinamakan Pra U. Satu lagi, Pra U kini sudah ada kolej sendiri. Tapi di peringkat permulaan sikit la. Jadi masih banyak lagi pelajar Pra U ditempatkan di Sekolah Menengah. Tapi itu tidak menjadi masalah kerana Pra U tetap penuntut IPT. 


     Cuma bagi sesetengah masyarakat la, mesti akan memandang rendah Pra U ni. Ayat-ayar seperti "orang tak pandai je masuk form6", "tak dapat universiti la tu", "membazir masa la masuk form6", dan sebagainya sangat banyak diperkatakan oleh masyarakat. Seolah-olah Pra U ni merupakan institusi 'low class".

     Sebenarnya, sesiapa yang masuk Pra U ni akan lebih dipandang oleh masyarakat yang berpendidikan tinggi. Hal ini kerana Pra U bukan sekadar belajar akademik, tapi belajar menjadi insan yang lebih matang, lebih berani, lebih gemar untuk bersuara, mengeluarkan pendapat dan sebagainya. Disamping itu peperiksaan Pra U merupakan antara peperiksaan yang tersusah di dunia. Kalau tak silap ketiga paling susah. Jadi, pensyarah universiti akan memandang tinggi pelajar Pra U. Jadi, jangan pandang rendah pada Pra U.

     Kesimpulannya, jangan memandang rendah Pra U ni kerana Pra U ni setaraf institusi pengajian yang lain. Orang cakap rugi masa masuk Pra U. Tapi sebenarnya ia menjimatkan masa. Tapi orang yang betul-betul nak belajar sahaja boleh masuk Pra U. Sebab kalau sekadar nak cuba-cuba, baik lupakan. Jadi, bagi sesiapa yang berada di alam Pra U, berbanggalah dengan institusi pengajian ini dan belajarlah dengan bersungguh-sungguh.

Sunday, November 23, 2014

Beberapa Ciri Orang Bersikap Negatif

Assalamualaikum wr. Seperti biasalah saya lama tidak mengemas kini blog saya ini. Cuma saya baru sahaja menukar wajah blog saya ini agar saya dapat menggunakan 'header' saya yang sangat cool itu.. Alamak terpuji diri sendirilah pulak. Tapi apa pun banner saya tetap cantik. Saya reka sendiri. Walaupun gambar kiri kanan nampak macam sikit senget, tapi tak nampak sangat.


     Baiklah saya bukan nak cerita tentang header. Tapi saya nak berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan ciri orang yang negatif ini. Semua orang tahu apa benda negatif tu iaitu perkataan berlawanan bagi positif. Semua orang tahu kalau dah namanya negatif, ianya sesuatu benda yang kurang elok. Ok kita tidak bercakap mengenai bateri. 

     Orang yang negatif ni sangat ramai. Berada di sekeliling kita. Malah, mungkin kita juga tergolong dalam golongan yang negatif. Saya tidak menuduh sesiapa tapi tepuk dada tanya selera. Masing-masing lebih mengenali diri masing-masing sama ada bersikap positif atau negatif. Daripada saya merapu panjang, baiklah saya kongsikan pendapat saya berkenaan tajuk entri saya ini. Sebelum itu jom kita dengar lagu 'Teman Bintang" nyanyian Masya.





1. Antara ciri orang yang negatif ini ialah dia suka menilai keburukan orang lain. Percaya atau tidak kebanyakan daripada kita yang sangat suka menilai keburukan orang lain. Kadang-kadang saya sendiri ada menilai orang lain. Namun saya berfikir semula, buat apa nilai keburukan orang lain sedangkan diri kita sendiri tidak kita betulkan. Jadi sekarang ni sejak saya masuk ke alam Pra Universiti, saya lebih banyak berfikir apa yang saya lakukan. Saya cermin diri saya semula dan saya berusaha positifkan minda saya. Jadi, saya menyeru agar pembaca semua usahlah kita suka menilai orang lain, tapi nilailah diri kita sendiri.

2. Seterusnya ialah dia suka mencari salah orang lain atau menganggap perbuatan orang lain itu sentiasa salah. Perkara ini banyak sangat saya jumpa dekat laman sosial berkaitan dengan politik. Tidak kisah mana-mana parti sekalipun tapi penyokong parti masing-masing bertikam lidah menyalahkan pemimpin. Menjadi 'keyboard worrior'. Sepatutnya perkara ini tak berlaku. Sepatutnya sebagai rakyat kita mestilah bersikap lebih rasional. Usahlah bertikam lidah sebab ia tidak memberi sebarang manfaat. 

3. Malas berusaha. Jika dilihat sekeliling, sangat ramai orang yang malas hendak berusaha meningkatkan diri. Meningkatkan ekonomi diri. Mereka hanya bekerja makan gaji. Bila berlaku inflasi dah bising. Kalau merungut itu perkara biasa, tapi sekarang ini sudah ke tahap caci maki, mengeluarkan kata-kata kesat, dan sebagainya. Malu kita sebagai orang melayu saling bergaduh sesama sendiri manakala bangsa bukan melayu bersatu padu. Biar kita berlainan fahaman politik, tetapi, kita sebagai manusia hendaklah sentiasa memajukan diri kita untuk kehidupan yang mendatang. Buatlah bisnes sampingan ke apa ke. Jangan sibuk nak berdemo, buang masa!

4. Sentiasa mempunyai perasaan hasad dengki. Inilah penyakit yang paling bahaya dalam masyarakat kita. Tak boleh tengok orang lain senang, dia mesti nak dengki. Apa guna kita mendengki orang? Daripada kita mendengki, elok kita berusaha. Kita ni sebagai manusia boleh berjaya. Tak kisah la dalam pelajaran ke pekerjaan ke, asalkan kita bersikap positif dan rajin berusaha, InshaaAllah kejayaan milik kita. 




     Cukup sampai sini sahajalah coretan saya. Empat point pun dah kira banyak. Saya takut tiada orang yang nak baca. Saya harap ada yang akan membaca entri ini kerana ini pendapat saya sebagai seorang pelajar. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi cukup empat point. Sebab ini pun dah cukup panjang bagi saya. Apa pun kita renungkan semula, adakah kita ni bersikap positif atau negatif? 

     Sama-samalah kita memperbaiki diri kita agar kita menjadi insan yang positif. Oleh itu, saya menggunakan tagline baru diri saya iaitu "Sentiasa Positif..!!" 

p/s : Komen anda amat diperlukan.