Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Friday, September 19, 2014

(Wajib Baca) Menerusi Penulisan Kita Belajar

Assalamualaikum wr.. Apa khabar semua? Harap semuanya sihat-sihat belaka. Pada bulan ini, inilah entri kelima yang aku tulis. Empat entri sebelum ni ada yang aku tulis perbandingan antara 2 buah kereta, smartphone, sikap orang melayu, dan punca kerosakan remaja. Entri-entri ini telah mendapat beberapa komen yang positif dan negatif. Aku terima dengan hati yang terbuka kerana aku masih belajar. Cuma part negatif tu kena bidas balik dengan aku la. 

     Dua buah entri telah berjaya menambahkan pelawat blog ini hanya dalam masa 2 hari kerana dalam masa 2 hari inilah aku mendapat lebih 200 pelawat. Kebiasaannya apabila blog aku tidak dikemaskini, purata pelawat yang mengunjungi hanyalah sekitar 20 hingga 30 orang. Namun entri yang ketiga kurang mendapat kunjungan. Mungkin topik yang tidak menarik. Tapi tak mengapa asalkan aku menulis.


     Sepanjang aku menulis entri dalam minggu ini, hanya seminggu sahaja banyak feedback yang aku peroleh daripada sahabat-sahabat di laman sosial facebook. Ada dari kalangan mereka yang menyokong apa yang aku tulis, ada yang tak sokong, dan ada yang memberi pendapat mereka. Namun aku tertarik dengan pendapat seorang senior aku yang sangat bagus dan perlu dipraktikkan dalam kita berblogging.

     Dia memberikan pendapatnya tentang entri aku yang berkaitan dengan smartphone dan remaja. Agak2 entri yang mana? Entri yang sebelum ni juga sebenarnya. Beliau memberikan pendapat bahawa bukan kerana smartphone yang menyebabkan masalah kerosakan remaja. Kalau ada pun cuma sekitar 5-10 peratus sahaja punca daripada smartphone. Hal ini kerana sebelum adanya smartphone itu sendiri sudah banyak berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja. 

     Jika aku fikir semula, betul apa yang dia katakan. Bukan smartphone punca segalanya. Cuma apa yang aku maksudkan ialah smartphone adalah salah satu punca. Namun berdasarkan penulisan aku pada entri tersebut menampakkan aku terlalu menyalahkan smartphone. Hal ini bermaksud aku perlu menambah baik seni penulisan aku agar lebih berfokus kepada apa yang dimaksudkan dan lebih ilmiah. 

     Selain itu, dia menambah jika aku ingin menulis blog, tulislah blog dengan gaya ilmiah setaraf dengan taraf aku sebagai pelajar Pra Universiti. Hal ini penting kerana penulisan kita mencerminkan keperibadian kita. Namun, aku akui, penulisan aku sebelum ini lebih kepada penulisan yang santai atau terlebih santai dan bersifat emosi. Jadi, ia tidak langsung melambangkan tahap aku sebagai pelajar Pra Universiti. Oleh itu, pada entri yang akan datang aku perlu menulis entri dengan lebih berhemah dengan gaya yang lebih sesuai dengan tahap aku. 

     Aku sangat berterima kasih kepada senior aku kerana memberikan pendapatnya yang sangat bernas untuk aku memperbaiki mutu penulisan aku. Kita sebenarnya perlu mendapatkan kawan yang boleh menegur setiap silap kita agar kita tidak mengulangi kesilapan tersebut di masa akan datang. 


     Nampak tak? Sebenarnya daripada penulisanlah kita belajar benda-benda baharu. Apa yang kita belajar bukan hanya belajar bagaimana kita nak menaikkan blog apa semua, tapi sebenarnya dapat mengajar kita agar lebih berhemah dalam menulis sesuatu entri. Teguran-teguran yang kita terima sepanjang kita berblogging ini haruslah kita mengambilnya daripada sudut yang positif untuk kita memperbaiki penulisan kita.

     Sebenarnya, bukan hanya dalam dunia blogging sahaja, malah dalam penulisan biasa sekalipun kita perlu sentiasa memandang teguran orang lain itu dengan serius untuk kita perbaiki mutu penulisan kita. Hal ini kerana kita menulis untuk orang baca, bukan untuk kucing baca. Jadi, jika kita mendapat teguran, janganlah kita mudah melatah dengan membidas balik apa yang ditegur itu. 


     Cuma, aku harap sangat tiada lagi golongan yang menegur dengan cara mengutuk orang yang ingin mereka tegur. Kutuk-mengutuk ini bukanlah cara yang betul untuk menegur seseorang. Tegurlah dengan ilmu yang kita ada seperti senior aku. Beliau menegur aku dengan penuh berhemah diselitkan sekali dengan fakta-fakta yang dia tahu yang mungkin aku terlepas pandang. Teguran seperti ini yang aku pinta. Akhir kata, menulislah untuk mendapatkan lebih ilmu pengetahuan. Bukan menulis hanya sebagai meraih populariti ataupun duit tepi menerusi iklan-iklan di blog yang menyakitkan hati itu. 



5 comments:

  1. sokongg! Teruskan menulis untuk sebarkan kebaikan kepada manusiaaa.

    ReplyDelete
  2. Saya minat menulis jugak. Tapi method writing saya nampak agak bebudak sikit la haha. Cuma harapnya dapat jugak la sebar benda baik walaupun dengan gaya begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslaa.. menulis ikut gaya kita.. asalkan mesej yang kita nak sampaikan.. bagi saya, setiap orang ada cara dan gaya penulisan masing2.. namun mungkin ada beberapa individu yang inginkan penulisan yg mencerminkan diri kita.. Namun apapun teruskan menulis kerana secara tak langsung akan mengasah minda kita utk berfikir..

      Delete

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..