Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Sunday, September 28, 2014

Fakta Yang Membuatkan Seseorang Untuk Menjauhi Babi

Assalamualaikum wr. Apa khabar semua pembaca? Harap semuanya sihat-sihat belaka. Baiklah hari ini aku ingin menulis satu entri pendek berkenaan info tentang babi atau nama sopannya khinzir. Semua tahukan binatang takde leher ni haram bagi yang beragama Islam. Sebenarnya ada sebab pengharaman babi ni yang akan membuatkan korang geli dan nak muntah.. Tanpa membuang masa, aku teruskan dengan menyenaraikan perkara yang membuatkan korang geli dengan babi ni.



  1. Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak dapat ditandingi haiwan lain. Babi makan semua makanan di hadapannya. Jika perut babi telah penuh atau makanannya telah habis, babi akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi untuk memuaskan kerakusannya. Muntah pun dia nak makan.
  2. Babi memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya. Memakan segala kotoran yang ada di hadapannya, sama ada kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi makanan yang boleh dimakannya. 
  3. Babi mengencingi kotorannya dan memakannya kembali jika kotoran itu berada di hadapannya.
  4. Babi memakan sampah, benda yang busuk, dan kotoran haiwan.
  5. Babi adalah satu-satunya mamalia yang memakan tanah, memakan dalam jumlah yang besar dan dalam waktu yang lama.
  6. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.
  7. Kajian ilmiah moden di dua negara Timur dan Barat, iaitu China dan Sweden menyatakan bahawa daging babi merupakan penyebab utama kanser anus dan kolon. Peratusan penderita bagi penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara mendadak. 

     Itu sahajalah yang dapat aku kongsikan. Sebenarnya banyak lagi fakta lain. Tapi fakta ni aku ambil daripada buku pengajian Syariah aku. Diharapkan info ini bermanfaat dan kalau ada sahabat baik yang bukan Islam tu suka makan babi, ceritakan kat mereka benda ni dengan baik2.. Sebab babi tidak elok untuk dimakan.. 

Sumber :
 'Implementasi Hukum Qurani'. 
Dikarang oleh : Mohd Asmadi Yakob, Abd Rahim Md Arshad, Abd Rashid bin Zainal.


Friday, September 19, 2014

(Wajib Baca) Menerusi Penulisan Kita Belajar

Assalamualaikum wr.. Apa khabar semua? Harap semuanya sihat-sihat belaka. Pada bulan ini, inilah entri kelima yang aku tulis. Empat entri sebelum ni ada yang aku tulis perbandingan antara 2 buah kereta, smartphone, sikap orang melayu, dan punca kerosakan remaja. Entri-entri ini telah mendapat beberapa komen yang positif dan negatif. Aku terima dengan hati yang terbuka kerana aku masih belajar. Cuma part negatif tu kena bidas balik dengan aku la. 

     Dua buah entri telah berjaya menambahkan pelawat blog ini hanya dalam masa 2 hari kerana dalam masa 2 hari inilah aku mendapat lebih 200 pelawat. Kebiasaannya apabila blog aku tidak dikemaskini, purata pelawat yang mengunjungi hanyalah sekitar 20 hingga 30 orang. Namun entri yang ketiga kurang mendapat kunjungan. Mungkin topik yang tidak menarik. Tapi tak mengapa asalkan aku menulis.


     Sepanjang aku menulis entri dalam minggu ini, hanya seminggu sahaja banyak feedback yang aku peroleh daripada sahabat-sahabat di laman sosial facebook. Ada dari kalangan mereka yang menyokong apa yang aku tulis, ada yang tak sokong, dan ada yang memberi pendapat mereka. Namun aku tertarik dengan pendapat seorang senior aku yang sangat bagus dan perlu dipraktikkan dalam kita berblogging.

     Dia memberikan pendapatnya tentang entri aku yang berkaitan dengan smartphone dan remaja. Agak2 entri yang mana? Entri yang sebelum ni juga sebenarnya. Beliau memberikan pendapat bahawa bukan kerana smartphone yang menyebabkan masalah kerosakan remaja. Kalau ada pun cuma sekitar 5-10 peratus sahaja punca daripada smartphone. Hal ini kerana sebelum adanya smartphone itu sendiri sudah banyak berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja. 

     Jika aku fikir semula, betul apa yang dia katakan. Bukan smartphone punca segalanya. Cuma apa yang aku maksudkan ialah smartphone adalah salah satu punca. Namun berdasarkan penulisan aku pada entri tersebut menampakkan aku terlalu menyalahkan smartphone. Hal ini bermaksud aku perlu menambah baik seni penulisan aku agar lebih berfokus kepada apa yang dimaksudkan dan lebih ilmiah. 

     Selain itu, dia menambah jika aku ingin menulis blog, tulislah blog dengan gaya ilmiah setaraf dengan taraf aku sebagai pelajar Pra Universiti. Hal ini penting kerana penulisan kita mencerminkan keperibadian kita. Namun, aku akui, penulisan aku sebelum ini lebih kepada penulisan yang santai atau terlebih santai dan bersifat emosi. Jadi, ia tidak langsung melambangkan tahap aku sebagai pelajar Pra Universiti. Oleh itu, pada entri yang akan datang aku perlu menulis entri dengan lebih berhemah dengan gaya yang lebih sesuai dengan tahap aku. 

     Aku sangat berterima kasih kepada senior aku kerana memberikan pendapatnya yang sangat bernas untuk aku memperbaiki mutu penulisan aku. Kita sebenarnya perlu mendapatkan kawan yang boleh menegur setiap silap kita agar kita tidak mengulangi kesilapan tersebut di masa akan datang. 


     Nampak tak? Sebenarnya daripada penulisanlah kita belajar benda-benda baharu. Apa yang kita belajar bukan hanya belajar bagaimana kita nak menaikkan blog apa semua, tapi sebenarnya dapat mengajar kita agar lebih berhemah dalam menulis sesuatu entri. Teguran-teguran yang kita terima sepanjang kita berblogging ini haruslah kita mengambilnya daripada sudut yang positif untuk kita memperbaiki penulisan kita.

     Sebenarnya, bukan hanya dalam dunia blogging sahaja, malah dalam penulisan biasa sekalipun kita perlu sentiasa memandang teguran orang lain itu dengan serius untuk kita perbaiki mutu penulisan kita. Hal ini kerana kita menulis untuk orang baca, bukan untuk kucing baca. Jadi, jika kita mendapat teguran, janganlah kita mudah melatah dengan membidas balik apa yang ditegur itu. 


     Cuma, aku harap sangat tiada lagi golongan yang menegur dengan cara mengutuk orang yang ingin mereka tegur. Kutuk-mengutuk ini bukanlah cara yang betul untuk menegur seseorang. Tegurlah dengan ilmu yang kita ada seperti senior aku. Beliau menegur aku dengan penuh berhemah diselitkan sekali dengan fakta-fakta yang dia tahu yang mungkin aku terlepas pandang. Teguran seperti ini yang aku pinta. Akhir kata, menulislah untuk mendapatkan lebih ilmu pengetahuan. Bukan menulis hanya sebagai meraih populariti ataupun duit tepi menerusi iklan-iklan di blog yang menyakitkan hati itu. 



Wednesday, September 17, 2014

'kuno'kah Pemikiran Orang Melayu?

Assalamualaikum wr. Apa khabar semua. Cuti-cuti sekolah ni aku ada banyak masa untuk update blog. Kalau sebelum ni aku memang busy sahaja. Masa cuti raya pulak sibuk beraya sakan. Well, kat Johor memang raya sebulan. Itu standard. Oklah entri ini aku nak cakap sesuatu yang agak serius. Bukan agak serius tapi memang serius. Jadi bahasa aku mungkin agak pedas bagi aku.

     Kunokah pemikiran orang melayu ni? Apa penyebab pemikiran orang melayu ni kuno? Kenapa cakap pemikiran melayu ni kuno? Ini persoalan yang bermain difikiran aku sejak entri sebelum ini tersiar. Memang aku berfikir sedalam-dalamnya. Setelah aku fikir, kaji, dan membaca pandangan tokoh-tokoh terkemuka, maka terdetik pada hari ini aku nak cakap pasal pemikiran orang melayu ni.


     Kunokah pemikiran orang melayu? Baiklah jawapan aku berbunyi begini, pemikiran orang melayu ni ada segelintir yang kuno. Bukan semua tapi segelintir. Nak tahu tak sebab apa aku cakap macam ni? Sebabnya segelintir orang melayu yang kuno ni berfikiran kuno sebab diorang cakap tak nak fikir dengan rasional. Apa sahaja kenyataan orang lain, tanpa fikir atau kaji dengan lebih dalam terus hentam orang itu.

     Contoh mudah macam ni. Cikgu cakap, "apa nak jadi dengan kamu semua ni? Buku yang sekolah bagi pinjam awak conteng2. Awak tak hargai langsung buku yang sekolah bagi pinjam". Ok cikgu cakap dekat sebilangan pelajarnya yang degil di sebuah kelas. Tapi ada pelajar yang tak conteng buku terasa dan marah dekat cikgu tu. Padahal dia tak buat apa-apa pun. Itu contoh simple. 

     Ada lagi contoh lain. Tapi aku harap korang boleh fikir contoh-contoh yang lain tu. Aku sebenarnya pelik. Kenapa masih wujud golongan yang cetek akal macam ni? Setiap apa orang cakap yang bagi dia tak ok, terus kritik, terus hentam, terus maki. Kenapa golongan sebegini tidak menggunakan akal mereka yang waras itu untuk berfikir apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh seseorang melalui penulisan seseorang itu. Kenapa mereka tak nak kembangkan pemikiran mereka untuk berfikir dengan lebih positif sedangkan mereka semua ini terpelajar? 

     Orang macam ni la yang sebenar-benarnya kuno. Otak tak nak berkembang. Tahu nak hentam seseorang. Tak nak langsung fikir apa yang positif, apa mesej tersirat. Macam mana melayu sendiri nak maju kalau diri tu hanya nak cari salah orang, tak nak fikir positif? Macam mana nak maju? Aku sendiri orang melayu tapi aku sedih dengan bangsa aku sendiri. Bangsa yang digelak-gelakkan oleh bangsa asing. Sebab apa? Sebab sikap orang melayu itu sendiri. 

     Apa salahnya kalau orang melayu ni melihat sesuatu kenyataan, sesuatu pendapat oleh sesiapa, difikirkan dahulu apa maksud tersirat. Kalau perkara itu salah, ditegur secara baik? Perlukah kutuk seseorang itu dengan perkataan yang tak elok? betullah kata Tun Dr, Mahathir, orang melayu ni malas nak fikir. Tahu nak menghentam sahaja.


     Terkejut orang di atas ini. HAHAHA.. Entri ni aku tulis kerana ada seseorang menghentam aku di Facebook tentang entri yang sebelum ini. (Sila tekan link). Dia seolah-olah tak faham apa yang aku cuba sampaikan dalam entri tersebut. Dia kata pemikiran aku ni kuno sebab aku cakap kerana smartphone remaja rosak. Baiklah kat sini aku nak ceritakan maksud aku yang sebenarnya.

     Aku ada smartphone, ayah aku pun ada, ustaz dan ustazah juga ada, malah pendakwah bebas pun ada teknologi ini. Smartphone ni bagus untuk semua orang kerana perhubungan menjadi semakin mudah. Nak mencari maklumat pun mudah. Hakikatnya, smartphone ni merupakan teknologi yang sangat berguna untuk setiap orang khususnya remaja. TAPI, ADA SEGELINTIR yang menyalahgunakan smartphone ini. Mereka menggunakan smartphone ini untuk kegiatan yang tak baik, mempengaruh orang lain agar buat dosa. menyebabkan iman seseorang itu goyah dengan mengupload gambar yang bukan-bukan. Inilah maksud aku kerana smartphone, remaja rosak.

     Aku tak cakap semua remaja rosak kerana smartphone. Banyak lagi punca lain. Tapi smartphone merupakan salah satu punca. Memang baik buruk seseorang itu berdasarkan iman masing-masing. Namun, jika iman tu lemah, maka syaitan pun berusaha menyesatkan manusia dengan apa yang mereka suka. Remaja sekarang suka smartphone. Jadi syaitan menyesatkan remaja dengan menggunakan smartphone. 

     Sekali lagi aku cakap tak semua, tapi segelintir. Aku tak salahkan smartphone sebab dia bukan bernyawa pun. Aku salahkan individu yang menyalahgunakan smartphone. Aku harap korang faham apa yang aku maksudkan berkenaan entri yang sebelum ini. Aku tak cakap semua tapi segelintir. Setakat ini sahajalah entri aku ini. Aku cuba gunakan gaya bahasa yang lebih sesuai. Aku harap korang sebagai pembaca faham apa yang aku cuba sampaikan pada entri ini. Sekian, Assalamualaikum.

TAK SEMUA TAPI SEGELINTIR..!!!


Monday, September 15, 2014

Perbandingan Antara Proton Iriz dan Perodua Myvi Extreme

Assalamualaikum wr. Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat semuanya. Baiklah pada hari ni aku nak cerita sikit la tentang kereta ni. Err bukan cerita sangat la.. Tapi lebih kepada penilaian dan perbandingan antara 2 buah kereta. Baiklah pada hari ini aku nak buat sedikit review antara Proton Iriz yang bakal dipasarkan pada 25 September dan Perodua Myvi yang sememangnya kegilaan rakyat Malaysia..

     Kedua-duanya datang daripada segmen B iaitu kereta kompak. Kesimpulannya kereta yang sangat praktikal untuk digunakan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Dapat tukar dengan Perodua Kembara aku tu pun bagus jugak. Lagi apa lagi persamaan kereta ni ek? Entahla...

     Ok. seperti yang kita semua sedia maklum, Perodua Myvi merupakan kereta yang paling laris beberapa tahun kebelakangan ni. Di mana-mana sahaja pasti akan ada pemilik Myvi. Aku pun pernah terfikir nak pakai Myvi ni. Tapi apakan daya, aku bukan mempunyai sumber kewangan nak pakai kereta sendiri. Tapi kereta ni sudah bertemu "buku dengan ruas" nampaknya apabila munculnya Proton Iriz. Jadi mari kita bandingkan antara 2 kereta ni.

(HIGHLIGHT) : Kereta yang dipilih ialah Proton Iriz 1.6 Executive dan Perodua Myvi 1.5 Extreme. Aku tak pilih Proton Iriz 1.6 Premium sebab bagi aku Myvi Extreme tak dapat nak lawan punya. 



1. KESELAMATAN
Banyak persamaan yang didapati dekat 2 biji kereta ni. Antaranya ada ABS + EBD + BA, ada 2 airbag (Iriz Premium ada 6), ada reverse sensor dan macam-macam lagi. Cuma, Proton Iriz mendapat pengiktirafan 5 bintang bagi anugerah ANCAP. Bukan calang-calang kereta dapat tau. Maknanya ada lagi benda canggih yang ada dekat Proton Iriz yang tiada dekat Perodua Myvi Extreme. Kereta Honda dan Toyota sendiri susah nak dapat pengiktirafan 5 bintang ni. Jadi pemenangnya ialah Proton Iriz..

2. LUARAN
Luaran bagi kedua-dua kereta ni tak dapat nak dibandingkan kerana bentuk luaran ni ikut citarasa individu. Jadi bagi aku, kedua-duanya cukup cantik. Cuma yang bezanya Proton Iriz mempunyai Lampu LED yang apabila hidup sahaja kereta, benda tu pun nyala sekali. Memang macam kebanyakan kereta Eropah la macam BMW, AUDI, etc..

3. DALAMAN
Dalaman dia pun tak banyak beza. Sama je.. Iyalah semua ada stereng, kerusi dan sebagainya. Reka bentuknya ikut citarasa individu. Tapi dalam Proton Iriz, ada WIFI.. Baeeekk tak? Tapi yang 1.3 punya takdela.. Jadi pemenangnya sekali lagi Proton Iriz..

4. ENJIN
Kalau Myvi Extreme, enjin 1.5 betul tak? Kalau Iriz Executive 1.6. Walaupun enjin buatan Malaysia, namun dah terbukti anak tempatan mampu membuat enjin sendiri dan laju kereta boleh pergi. Jadi bangga la sikit dengan barang Malaysia..

5. PEMANDUAN
Aku tak pernah bawak 2 kereta ni. Tapi Aku dah naik Proton Preve. Memang sedap handlingnya. Jadi barang Proton memang sudah semakin maju dan berkualiti berbanding dahulu. Myvi pun oklah sebab ramai beli.. Mesti terbaik punya.. Sistem gear pulak Myvi extreme takde gear manual tapi Iriz ada. Cuma Myvi, ia pakai automatik macam kereta lain. Tapi Proton Iriz dia pakai gear CVT, lagi hebat berbanding automatik biasa. 

6. HARGA
Haaa ni benda yang paling best sekali iaitu harga. Orang suka cakap kereta Proton ni mahalkan? komplen sana sini. Jadi aku nak comparekan harga 2 kereta ni.. Baiklah kalau Proton Iriz 1.6 Executive harganya ialah antara RM55 ribu hingga RM58 ribu.. Bawah RM60 ribu la kiranya. Myvi Extreme ni lebih kurang RM61 ribu.. Jadi mana lebih murah? Spesifikasi sama lebih kurang je malah Proton Iriz ada lebih yang Myvi Extreme takde.. 

     Ok. Dah nampakkan sedikit perbandingan? Sekali lagi diulang jangan bandingkan dengan Proton Iriz 1.6 Premium sebab tak setanding Perodua Myvi 1.5 Extreme. Lebih kurang je pun kedua-dua kereta ni. Moralnya di sini janganlah kita suka kondem produk Proton. Sebab kereta Proton sudah semakin maju ok semakin maju tak macam dulu. Jadi jangan pertikaikan lagi kereta keluaran Proton. Itu sahaja sebenarnya nak sampaikan.. Aku bukan pandai sangat nak buat perbandingan. Dua-dua kereta aku tak pernah bawak. hehehehehe

p/s : Komen yang membina plis.. Aku tak nak komen yang komplen power window la ape laa.. Proton yang dulu bukanlah Proton yang sekarang.

Friday, September 05, 2014

Antara Keperluan, Kehendak atau Gaya?

Assalamualaikum wr.. Apa khabar semua? Aku baik-baik sahaja. Maklumla aku sekarang ni 2 3 entri lepas tu senyap.. Tiada masa la untuk aku update blog. Tapi tak mengapa tiap-tiap hari masih ada yang membaca blog ni.. Sebab terjumpa di encik Google.. Ok entri yang ini aku nak cerita tentang Keperluan, Kehendak atau Gaya. Korang semua mesti tahukan tentang 3 benda ni.. Baiklah aku spesifikkan supaya jadi lebih kecil. Sebelum itu aku nak cakap entri ini untuk remaja yang masih bersekolah dan tiada pendapatan.

     Apa yang aku nak cakap ialah penggunaan smartphone sebenarnya. Seperti yang kita semua sedia maklum, hampir setiap daripada kita mempunyai benda itu.. Alhamdulillah aku pun dah ada smartphone sendiri hasil daripada duit sendiri. Jadi yang murah2 sahajalah.. Aku beli pada 1 Ogos yang lalu. Ok. Remaja pada masa kini pun sudah ramai yang gunakan smartphone. Maklumlah dengan benda tu kita boleh layari Facebook, Twitter, WEchat, Instagram, Whatsapp dan berbagai lagi. Malah nak update blog pun boleh.

OK ni phone aku.. heheh (tp gmbr encik google)

     Ok kita cerita keperluan dia dahulu. Macam yang aku cakap sebelum gambar smartphone aku yang canggih ni tersiar, smartphone ni macam-macam kita boleh buat.. Sebenarnya apa benda yang aku sebut tadi tu dah jadi keperluan. Sebabnya nak menghubungi apa semua sekarang pakai benda tu je.. Lebih jimat. Cuma kalau tiada line, menangislah. Jadi memang sukarlah bagi siapa yang tiada smartphone ni.. Aku sebelum adanya smartphone ni mati akal aku nak hubungi kawan2. Bila aku dah ada benda ni alhamdulillah aku lebih mudah untuk berkomunikasi.

     Ok yang kedua ialah kehendak. Smartphone ni daripada keperluan boleh juga jadi kehendak. Sebabnya bukan apa, smartphone nak pakai yang mahal2.. Nak pakai Samsung Galaxy Note 3, Iphone 6, nak yang mahal- sahaja.. Tak pandang Asus Zenfone 4 ni.. Padahal Asus Zenfone 4 punya program setanding Samsung Galaxy S2. Kalau boleh nak pakai yang lagi canggih. Tapi fungsi tetap sama. Mungkin ada yang jenis RAM kecil jadi phone jadi tersangkut-sangkut. Itu adatla. Aku pun memilih phone yang RAM besar. Cuma persoalannya kenapa beli yang mahal sedangkan yang murah tapi fungsi sama sahaja? Sony punya smartphone pun agak berpatutan. Ini namanya kehendak. 

     Yang paling teruk sebab gaya. Tak kelas la pakai Asus Zenfone 4. Jenama tak terkenal. Pakai Iphone baru rare. Ini yang menjadi penyakit orang sekarang. Pakai smartphone sebab gaya. Kalau dia mampu, itu tiada masalah sebab mungkin dengan phone yang canggih jenamanya ada banyak game yang boleh main. Sedap nak main permainan di smartphone. Cuma ada yang kerana gaya, sanggup berhutang piutang. Kalau mampu berhutang pun masih boleh diterima sebenarnya sebab pakai duit sendiri.. 

Yang tak patutnya ialah kerana gaya, menyusahkan mak ayah.. Korang tau tak mak ayah kita sebenarnya tak perlu belikan anak-anak smartphone yang canggih2? Mereka tak wajib pun belikan semua benda ni. Tapi anak-anak masa kini selalu memaksa ayah mereka membelikan apa yang mereka mahu. Yang murah tak nak. Nak yang mahal je. Ingat duit tu datang dari langit ke apa? 


     Lihat balik apa gunanya smartphone untuk kita. Untuk alat perhubungan betul tak? Buat apa malu kalau pakai yang biasa-biasa sahaja. Kalau orang yang bekerjaya, nak pakai yang mahal2 lantak merekalah sebab mereka ada duit. Tapi bagi student? Aku rasa tak perlu pakai yang mahal2 sangat lagi2 guna duit mak ayah. Tapi itulah penyakit remaja sekarang. Pakai smartphone sebab gaya. Sanggup menyusahkan mak ayah kerana nak gaya. Mungkin ada yang cakap "mahal2 kualiti tinggi". Ok sebenarnya apa-apa smartphone kalau original, guna tak ganas, guna untuk tujuan yang baik, InshaaAllah akan bertahan lama. Jadi, fikirkan semula apa tujuan kita pakai smartphone. Keperluan, kehendak, atau gaya? Renungkan..

     Oklah itu sahaja pada entri ini. Jadi fikirkanlah semula.. Ada lagi entri yang aku nak cakap tentang smartphone ni. Tapi tunggu.. Sebarang pendapat boleh share kat komen eh.. 

p/s : Sambil tu promote smartphone sendiri.. hahahahahah