Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Saturday, December 21, 2013

Soalan Lazim Tentang Berkahwin Awal

Assalamualaikum wr. Sejak kebelakangan ni ramai pula yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Ada yang lepas SPM dah kahwin, tengah belajar kat Diploma dah kahwin, masa ambil SPM, anak dah 2, macam-macam lagi la. Di mana-mana sahaja makin ramai yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal.. Namun begitu, ada beberapa persoalan tentang berkahwin awal ni. Iyelaa sebab berumah tangga ni bukan macam main pondok-pondok. Besar tanggungjawabnya. Jadi tanpa membuang masa jom terjah persoalan dan jawapan di bawah ini..


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan?
Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapiadakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu.
Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM100 atau RM200 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup.Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah.
Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus.
Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik.
Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut?
Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.

     Kesimpulannya, tiada masalah sebenarnya untuk kita berkahwin awal. Cuma itu la, ibu bapa pula ada yang kurang bersetuju. Iyelaa dah la belajar lagi. Kahwin ni bukan senang. Ada banyak dugaannya nanti. Kang ada tak tahan dugaan, baru 2 3 bulan kahwin, dah cerai.. Tu yang tak bagus tu. 

     Macam aku pulak, aku belum ready lagi nak kahwin. Aku target umur aku dalam 25 tahun baru melangsungkan perkahwinan. Dengan siapa?? Belum tahu lagi. Tapi hasrat aku, aku menginginkan isteri yang amat menitikberatkan tentang aurat. Terpelihara auratnya. 


Friday, December 20, 2013

Awas Lelaki!

Assalamualaikum wr kepada semua pembaca blog ini. Mesti ramai diantara pembaca yang bergelar lelaki. Jadi amat bertepatanlah dengan tajuk entri ini kerana tajuk kali ini fokus kepada lelaki. Kita ni lelaki kan? Korang mesti kebanyakannya tau bahawa perempuan akan tarik kita ke neraka atas 4 sebab. Mungkin ada yang pandang ringan tentang hal ni. Jadi biarlah aku refresh balik.. Maksud ditarik tu ialah dosa yang ditanggung oleh lelaki laa.. 


     Sebab yang pertama ialah apabila seorang ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Iyela.. Tak menitik beratkan tentang solat, tak ajar mengaji, membiarkan anak keluar bersama lelaki lain berdua-duaan. Lagi teruk naik motor!! Tidak kisah anak pakai baju ketat seketat-ketatnya sampai nampak semua bentuk, siap cakap suka lagi anak pakai macam tu. Haa sebab macam ni laa yang menyebabkan ayah tu menanggung dosa yang dia tak buat. Zaman sekarang ni ramai laa yang mengabaikan anak perempuan. Kalau tidak kenapa ramai sangat perempuan yang seksi meksi ni? Sampai terbeliak biji mata duk melihatnya. Pastu laki pandang marah.. Yelaa dah dia tunjuk, kita lelaki tengok laa ye tak??

     Sebab yang kedua pulak ialah apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.. Sebagai contoh la, bergaul terlalu bebas dengan lelaki lain, berhias bukan untuk suami bukan lelaki lain, biarkan isteri tak tutup aurat apa semua.. Tu isteri kau kan jaga laa!! Isteri kau hak kau.. jangan bagi isteri kau dinikmati orang lain. Tapi perkara ni laa yang terjadi. Suami biarkan je isterinya nak pakai apa pun walaupun lurah semua nampak. Kalau artis lagi parah! Boleh peluk2 cium orang lain.. adooyyy.... Orang macam ni laa dapat dosa free sebab tak pedulikan isterinya.

     Sebab yang ketiga pulak kalau abangnya tak pedulikan adik-adik dia. Iyelaa kalau ayah dah takde, tanggungjawab ketua keluarga jatuh pada abangnya.. Kalau adik2 perempuan tidak dipedulikan, pedulikan keluarga sendiri jer pun tak boleh jugak. Cuba kalau adik perempuan tu dijaga.. Jaga pergaulan dia, pemakaian dia. Kalau boleh suruh pakai niqab jer adik tu. Kalau tak pedulikan adik perempuannya, maka siaplaa nanti.. Adik2 merupakan tanggungjawab seorang abang.. 

     Sebab yang terakhir pula ialah kalau anak lelaki tak nasihatkan ibunya jika ibunya buat benda tak elok. Iyelaa kalau ibunya tak tutup aurat, suka mengumpat dengan jiran2 apa semua tu. Anak lelaki patut tegur. Kalau tidak habislaa kamu dapat dosa free..

     Kesimpulannya ialah jaga dan didiklah keluarga kamu. Saling nasihat menasihati. Jangan pentingkan diri sendiri. Sayangi keluarga kamu. Kalau dah dapat dosa free, tak mustahil akan diazab betul tak?? Itulaa maksud akan ditarik ke neraka.. Yang perempuan pulak jangan nak berpaus hati. Sebab azabnya lagi teruk kalau dedahkan aurat apa semua tu. Sayangi diri dan keluarga anda.. Pesanan ikhlas ini ditaja oleh Blogspot.. hahahahaha

Thursday, December 19, 2013

Tak Boleh Solat Sunat Bila.........

Assalamualaikum wr. Seperti yang kita sedia maklum, untuk mendapatkan lebih pahala dan mengelakkan daripada melakukan perkara yang sia-sia, antara cara yang boleh dilakukan ialah melakukan solat sunat. Antara solat sunat yang lazim kita lakukan ialah solat sunat hajat, solat sunat istikharah, solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat tasbih dan berbagai lag isolat sunat. Namun begitu, ada perkara yang membuatkan kita tak boleh melakukan sebarang solat sunat. Perkaranya ialah..................................


JIKA ADA HUTANG SOLAT FARDU!!

Baiklah, di sini aku bagi penerangan serba sedikit tentang mengqada' solat fardu
>>>Menurut hukum syarak, setiap solat fardu yang ditinggalkan wajib diqada sama ada disebabkan lupa, tidur atau orang murtad yang kembali semula kepada Islam setelah murtad.
>>>Dari segi istilah fuqaha, qada adalah sesuatu (ibadah) yang dilakukan selepas berlalu waktu tunainya untuk mendapatkan sebagaimana yang sebelumnya dengan melakukannya secara qada atau mengerjakan semula ibadat-ibadat yang tidak sah, yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan pada waktu-waktu yang lain.

     Solat kan sesuatu perkara yang wajib dilaksanakan.. Berdosa jika meninggalkannya. Jadi mengapa ditinggalkan ye tak?? Kalau dah perkara yang wajib pun tak nak buat, buat apa buat yang sunat. Fikirkan semula. 

     Kadang-kadang kita rajin buat solat sunat hajat ingin memohon sesuatu, selalu buat solat istikharah untuk tau sesuatu, dan macam-macam lagi. Tapi solat wajib kita buat tak? Kalau solat wajib pun ditinggalkan, buat apa lakukan solat sunat. Orang mungkin cakap aku ni cetek agama la apa la sebab solat sunat banyak fadhilatnya. Masalahnya kalau solat wajib pun tak buat, nak dapat fadhilat solat sunat macam mana?

     Sebenarnya jika kamu berhutang solat wajib, bukan tak boleh buat solat sunat. TAPI, qada' dulu solat wajib yang telah kamu tinggalkan.. Hitungkan seberapa banyak yang ditinggalkan dan berapa lama dah tinggalkan solat wajib. Qada' dulu.. Nak qada' solat ni ada berbagai cara. Selepas solat fardu boleh buat solat qada', tengah boring takde keje nak buat pun boleh buat, bangun tahajjud malam pun boleh buat.. Apa ada hal?? Dah yakin habis qada' solat, barulah boleh lakukan solat sunat. 

     Yang penting sekali kita bertaubat tak nak tinggal lagi solat fardu. Selepas solat, mohon doa pada Allah SWT agar diampunkan dosa kita dan terimalah taubat kita dan terimalah qada' kita. Ingatlah, 1000 kali solat sunat belum mampu menggantikan 1 solat fardu. Jadi, jika ada hutang tu langsaikanlah yee...

     Kesimpulannya, jika kita hutang solat fardu, ktia tak boleh lakukan solat sunat. Saya bercerita asasnya sahaja. Untuk mengetahui lebih mendalam, tanyalah guru yang benar, guru yang berpegang pada kitab-kitab muktabar Ahlussunnah Waljamaah. Saya tak boleh cerita lebih-lebih sebab saya juga masih belajar. 


p/s : Mungkin ada yang bertanya, "kalau solat sunat berjemaah tu macam mana pula? Itu penerangannya agak kompleks. Jadi perlulah bertanya pada guru yang benar, guru yang berpegang pada kitab-kitab muktabar.