Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Monday, August 19, 2013

Best Sangat Ke Proton Suprima Ni??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Seperti yang kita semua sedia maklum, PROTON telah melancarkan sebuah lagi kereta baru yang bernama Proton Suprima S. Bentuknya lebih kurang Proton Preve, tapi jenis hatchback.. Nak bentuk lebih jelas tengok gambar kat bawah ni haaa...


     Cantikkan kereta ni? Dari jauh dah macam kereta buatan Jepun pun ada. Tapi persoalannya, best sangat ke kereta ni? Alah setakat kereta Proton bukan best sangat ye tak? Alahh kereta buatan proton ni semua mudah rosak.. Membazir jer beli proton ni.. Lebih bagus kereta luar daripada beli proton.. INI SEMUA ANGGAPAN ORANG YANG TAK BERSYUKUR dan SUKA MENJATUHKAN USAHA ORANG LAIN!! Orang macam ni tak layak duduk Malaysia!! 

     Aku sebenarnya pelik dengan RAKYAT MALAYSIA pada masa kini. Suka sangat kondem barangan buatan Malaysia. Apa yang tak ok Proton hah?? Proton ok ape?? Setiap keluaran pasti ada peningkatan. Sekarang ni pulak berkuasa turbo enjin Malaysia. Apa yang tak ok?

     Kawan aku dia pakai Iswara lama. Start jer kereta gegar2.. Tapi dia suka bawak Iswara. Sebab apa? Sebab Iswara tu kereta Malaysia. Korang sebagai rakyat Malaysia cukup-cukuplaa daripada merendah-rendahkan jenama buatan Malaysia. Sekurang-kurangnya Proton berusaha sedaya upaya mereka menghasilkan produk buatan Malaysia setanding negara luar.. Korang boleh buat apa? Buat pintu kereta pun tak reti nak kondem usaha orang lain.

     Jujur, aku tak pakai kereta Proton. Yelaa masih belajar. Ayah aku pengguna Honda MPV. Beli pun sebab masa dulu Exora belum keluar. Tapi keluarga aku pernah pakai Proton Wira. Ok jer kitorang pakai. Takdelaa rosak besar sangat pun. Setakat cermin tak boleh turun apa semua tu biasa laa. Ciptaan manusia. Diulangi, CIPTAAN MANUSIA!! Aku sendiri pun pakai Perodua Kembara. MASIH JENAMA MALAYSIA..

     

     Apa yang korang tak puas hati pasal Proton? Sebab mahal? eleh mahal beli kereta luar boleh pulak. Kereta Malaysia cakap mahal la apelaa.. Sebab mudah rosak? Para pembaca sekalian, kita ni manusia biasa. Diulangi, MANUSIA BIASA!! Tidak ada benda dekat dunia ni kita boleh buat dengan sempurna. Pasti ada kelemahan. Pembuat kereta tu dah cuba sedaya upaya buat barangan berkualiti. Sebarang kerosakan tidak boleh nak elak. 

     Apa lagi? Sebab Proton macam tin milo? Korang tak belajar Fizik ni..  Lagi pun kita bawak kereta ni untuk kemudahan ke untuk kemalangan? Fikir la sikit. Apa lagi? Sebab proton tak bagus macam kereta luar? Aku tengok ok jerr. Proton Saga yang paling lama tu pun gah berada di jalan raya. Siap boleh buat racing. Apa yang tak bagus?

     Kesimpulannya orang yang duk kutuk Proton ni semua merupakan golongan yang mempunyai mentaliti yang amat rendah. Suka menghina ciptaan orang lain sedangkan diri sendiri tak mampu nak buat benda tu. Macam jugak Proton Suprima ni. Orang masih kutuk cakap kereta ni tak bagus la ape la lebih baik beli vios laa.. Weyy kalau korang tak nak beli kereta proton, janganlaa kutuk proton. Berbangga la sikit barangan buatan Malaysia. Sekurang-kurangnya Malaysia merupakan negara asia tenggara dan negara Islam pertama yang mampu cipta kereta sendiri.

     Oklah di bawah ini merupakan Spesifikasi Proton Suprima S. Aku dah membebel panjang-panjang baru nak tunjukkan spesifikasi Proton Suprima.. Tapi apa yang paling penting, PROTON SUPRIMA S SETANDING KENDERAAN BERJENAMA LUAR NEGARA!!




KENYATAAN : JANGKA HAYAT SESEBUAH KENDERAAN BERGANTUNG KEPADA CORAK PEMANDUAN. DIULANGI, CORAK PEMANDUAN!!!



6 comments:

  1. setuju dengan ko. kenapa la rakyat malaysia suka kondem barangan malaysia..

    tapi, proton ambil masa yang terlalu lama untuk berubah.. nasib baik skrang ada preve, bagi aku the first product yg impressive la..

    tapi kenapa la preve hatchback tu diberi nama lain.. walhal tu preve cuma ditambah hatchback je..

    kadang2 kita kena kondem ramai2 bagi dorang sedar, bagi dorg lebih maju, jgn duk copy design org je..

    hehehe panjang plak komen :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul tu bro.. tp itulaa kesilapan proton buat kereta yg lebih kurang sama tp letak name lain..

      lagi 1, kalau nk kondem pun biar membina ye tak?? Ini kondem mengutuk.. mana boleh.. itu yg xleh nak trima tu.. nak kondem, biar yg membina.. :D

      Delete
    2. ii bukan benda baru. sama jgk dgn gen2 n persona. 1 family cuma satu sedan, satu lg kontot.

      Delete
  2. Tak yah nk bangga ngn proton der

    ReplyDelete
  3. sok ko dah dah keje gaji masyuk, jangan harap la ko nak pandang proton lagi... keh keh keh keh

    ReplyDelete
  4. betul tu..sok kalau gaji dah besar, jgn harap la ko nak pandang proton nih...
    tgk cam aku walaupun gaji dah besar, aku ok jer pakai suprima...so far tak der masalah pun...hahaha..
    kesimpulan, jgn pandang pada nama....

    ReplyDelete

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..