Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Saturday, December 21, 2013

Soalan Lazim Tentang Berkahwin Awal

Assalamualaikum wr. Sejak kebelakangan ni ramai pula yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Ada yang lepas SPM dah kahwin, tengah belajar kat Diploma dah kahwin, masa ambil SPM, anak dah 2, macam-macam lagi la. Di mana-mana sahaja makin ramai yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal.. Namun begitu, ada beberapa persoalan tentang berkahwin awal ni. Iyelaa sebab berumah tangga ni bukan macam main pondok-pondok. Besar tanggungjawabnya. Jadi tanpa membuang masa jom terjah persoalan dan jawapan di bawah ini..


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan?
Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapiadakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu.
Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM100 atau RM200 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup.Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah.
Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus.
Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik.
Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut?
Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.

     Kesimpulannya, tiada masalah sebenarnya untuk kita berkahwin awal. Cuma itu la, ibu bapa pula ada yang kurang bersetuju. Iyelaa dah la belajar lagi. Kahwin ni bukan senang. Ada banyak dugaannya nanti. Kang ada tak tahan dugaan, baru 2 3 bulan kahwin, dah cerai.. Tu yang tak bagus tu. 

     Macam aku pulak, aku belum ready lagi nak kahwin. Aku target umur aku dalam 25 tahun baru melangsungkan perkahwinan. Dengan siapa?? Belum tahu lagi. Tapi hasrat aku, aku menginginkan isteri yang amat menitikberatkan tentang aurat. Terpelihara auratnya. 


Thursday, December 19, 2013

Tak Boleh Solat Sunat Bila.........

Assalamualaikum wr. Seperti yang kita sedia maklum, untuk mendapatkan lebih pahala dan mengelakkan daripada melakukan perkara yang sia-sia, antara cara yang boleh dilakukan ialah melakukan solat sunat. Antara solat sunat yang lazim kita lakukan ialah solat sunat hajat, solat sunat istikharah, solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat tasbih dan berbagai lag isolat sunat. Namun begitu, ada perkara yang membuatkan kita tak boleh melakukan sebarang solat sunat. Perkaranya ialah..................................


JIKA ADA HUTANG SOLAT FARDU!!

Baiklah, di sini aku bagi penerangan serba sedikit tentang mengqada' solat fardu
>>>Menurut hukum syarak, setiap solat fardu yang ditinggalkan wajib diqada sama ada disebabkan lupa, tidur atau orang murtad yang kembali semula kepada Islam setelah murtad.
>>>Dari segi istilah fuqaha, qada adalah sesuatu (ibadah) yang dilakukan selepas berlalu waktu tunainya untuk mendapatkan sebagaimana yang sebelumnya dengan melakukannya secara qada atau mengerjakan semula ibadat-ibadat yang tidak sah, yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan pada waktu-waktu yang lain.

     Solat kan sesuatu perkara yang wajib dilaksanakan.. Berdosa jika meninggalkannya. Jadi mengapa ditinggalkan ye tak?? Kalau dah perkara yang wajib pun tak nak buat, buat apa buat yang sunat. Fikirkan semula. 

     Kadang-kadang kita rajin buat solat sunat hajat ingin memohon sesuatu, selalu buat solat istikharah untuk tau sesuatu, dan macam-macam lagi. Tapi solat wajib kita buat tak? Kalau solat wajib pun ditinggalkan, buat apa lakukan solat sunat. Orang mungkin cakap aku ni cetek agama la apa la sebab solat sunat banyak fadhilatnya. Masalahnya kalau solat wajib pun tak buat, nak dapat fadhilat solat sunat macam mana?

     Sebenarnya jika kamu berhutang solat wajib, bukan tak boleh buat solat sunat. TAPI, qada' dulu solat wajib yang telah kamu tinggalkan.. Hitungkan seberapa banyak yang ditinggalkan dan berapa lama dah tinggalkan solat wajib. Qada' dulu.. Nak qada' solat ni ada berbagai cara. Selepas solat fardu boleh buat solat qada', tengah boring takde keje nak buat pun boleh buat, bangun tahajjud malam pun boleh buat.. Apa ada hal?? Dah yakin habis qada' solat, barulah boleh lakukan solat sunat. 

     Yang penting sekali kita bertaubat tak nak tinggal lagi solat fardu. Selepas solat, mohon doa pada Allah SWT agar diampunkan dosa kita dan terimalah taubat kita dan terimalah qada' kita. Ingatlah, 1000 kali solat sunat belum mampu menggantikan 1 solat fardu. Jadi, jika ada hutang tu langsaikanlah yee...

     Kesimpulannya, jika kita hutang solat fardu, ktia tak boleh lakukan solat sunat. Saya bercerita asasnya sahaja. Untuk mengetahui lebih mendalam, tanyalah guru yang benar, guru yang berpegang pada kitab-kitab muktabar Ahlussunnah Waljamaah. Saya tak boleh cerita lebih-lebih sebab saya juga masih belajar. 


p/s : Mungkin ada yang bertanya, "kalau solat sunat berjemaah tu macam mana pula? Itu penerangannya agak kompleks. Jadi perlulah bertanya pada guru yang benar, guru yang berpegang pada kitab-kitab muktabar. 

Monday, August 19, 2013

Best Sangat Ke Proton Suprima Ni??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Seperti yang kita semua sedia maklum, PROTON telah melancarkan sebuah lagi kereta baru yang bernama Proton Suprima S. Bentuknya lebih kurang Proton Preve, tapi jenis hatchback.. Nak bentuk lebih jelas tengok gambar kat bawah ni haaa...


     Cantikkan kereta ni? Dari jauh dah macam kereta buatan Jepun pun ada. Tapi persoalannya, best sangat ke kereta ni? Alah setakat kereta Proton bukan best sangat ye tak? Alahh kereta buatan proton ni semua mudah rosak.. Membazir jer beli proton ni.. Lebih bagus kereta luar daripada beli proton.. INI SEMUA ANGGAPAN ORANG YANG TAK BERSYUKUR dan SUKA MENJATUHKAN USAHA ORANG LAIN!! Orang macam ni tak layak duduk Malaysia!! 

     Aku sebenarnya pelik dengan RAKYAT MALAYSIA pada masa kini. Suka sangat kondem barangan buatan Malaysia. Apa yang tak ok Proton hah?? Proton ok ape?? Setiap keluaran pasti ada peningkatan. Sekarang ni pulak berkuasa turbo enjin Malaysia. Apa yang tak ok?

     Kawan aku dia pakai Iswara lama. Start jer kereta gegar2.. Tapi dia suka bawak Iswara. Sebab apa? Sebab Iswara tu kereta Malaysia. Korang sebagai rakyat Malaysia cukup-cukuplaa daripada merendah-rendahkan jenama buatan Malaysia. Sekurang-kurangnya Proton berusaha sedaya upaya mereka menghasilkan produk buatan Malaysia setanding negara luar.. Korang boleh buat apa? Buat pintu kereta pun tak reti nak kondem usaha orang lain.

     Jujur, aku tak pakai kereta Proton. Yelaa masih belajar. Ayah aku pengguna Honda MPV. Beli pun sebab masa dulu Exora belum keluar. Tapi keluarga aku pernah pakai Proton Wira. Ok jer kitorang pakai. Takdelaa rosak besar sangat pun. Setakat cermin tak boleh turun apa semua tu biasa laa. Ciptaan manusia. Diulangi, CIPTAAN MANUSIA!! Aku sendiri pun pakai Perodua Kembara. MASIH JENAMA MALAYSIA..

     

     Apa yang korang tak puas hati pasal Proton? Sebab mahal? eleh mahal beli kereta luar boleh pulak. Kereta Malaysia cakap mahal la apelaa.. Sebab mudah rosak? Para pembaca sekalian, kita ni manusia biasa. Diulangi, MANUSIA BIASA!! Tidak ada benda dekat dunia ni kita boleh buat dengan sempurna. Pasti ada kelemahan. Pembuat kereta tu dah cuba sedaya upaya buat barangan berkualiti. Sebarang kerosakan tidak boleh nak elak. 

     Apa lagi? Sebab Proton macam tin milo? Korang tak belajar Fizik ni..  Lagi pun kita bawak kereta ni untuk kemudahan ke untuk kemalangan? Fikir la sikit. Apa lagi? Sebab proton tak bagus macam kereta luar? Aku tengok ok jerr. Proton Saga yang paling lama tu pun gah berada di jalan raya. Siap boleh buat racing. Apa yang tak bagus?

     Kesimpulannya orang yang duk kutuk Proton ni semua merupakan golongan yang mempunyai mentaliti yang amat rendah. Suka menghina ciptaan orang lain sedangkan diri sendiri tak mampu nak buat benda tu. Macam jugak Proton Suprima ni. Orang masih kutuk cakap kereta ni tak bagus la ape la lebih baik beli vios laa.. Weyy kalau korang tak nak beli kereta proton, janganlaa kutuk proton. Berbangga la sikit barangan buatan Malaysia. Sekurang-kurangnya Malaysia merupakan negara asia tenggara dan negara Islam pertama yang mampu cipta kereta sendiri.

     Oklah di bawah ini merupakan Spesifikasi Proton Suprima S. Aku dah membebel panjang-panjang baru nak tunjukkan spesifikasi Proton Suprima.. Tapi apa yang paling penting, PROTON SUPRIMA S SETANDING KENDERAAN BERJENAMA LUAR NEGARA!!




KENYATAAN : JANGKA HAYAT SESEBUAH KENDERAAN BERGANTUNG KEPADA CORAK PEMANDUAN. DIULANGI, CORAK PEMANDUAN!!!



Monday, August 12, 2013

Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik

Assalamualaikum. Izinkan saya berzina. Ayat ni merupakan satu ayat daripada satu dialog yang aku baca dekat pesbuk. Kenapa ayat ni yang keluar? Apehal ayat ni kurang ajar sangat? Ayat ni boleh mengundang kontroversi tau tak?? Apehal berani sangat keluarkan ayat ni??

     Saja aku pilih ayat ni untuk tajuk entry sebab gempak sikit. Ok sebenarnya aku nak cerita pasal Antara Pernikahan, hantaran dan Zina. Ok. Negara Malaysia terkenal dengan budaya dan adat resam turun-temurun. Hal ini termasuk juga dalam bab nikah kahwin. Nak kahwin jer mesti kena ikut adat melayu.. Hantaran mahal-mahal, buat kenduri besar-besaran apa semua..

     Zaman sekarang ni nak kahwin perlukan belanja yang besar. Hantaran tak cukup 10 ribu. Majlis kenduri lagi nak yang grand2. Paling tidak pun 10 ribu. Belum sewa pelamin, sewa baju apa semua lagi. Semua serba-serbi mahal. Ibu bapa gadis pulak letak mas kahwin mahal-mahal. Macam jual anak pun ada. Sebab itulah banyak kes penzinaan pada masa kini. Yelah nak kahwin tak cukup duit tapi nafsu membuak-buak.

   

     Oklah daripada aku merepek lebih panjang, aku nak share cerita ni kepada semua. Cerita ni berbentuk dialog jadi senang sikit nak difahami. Diharapkan cerita ni sedikit sebanyak menyedarkan orang melayu tentang perkahwinan ini.. Agak panjang tapi harap dapat baca sampai habis terutamanya pembaca yang ada anak perempuan!!


CERITA BERMULA DI SINI

Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. 

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. 

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula?
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.
Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. 

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis
“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”
“petang ni takde mood nak keluar, Sory.
Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.


Wednesday, July 31, 2013

Apasal Takut Sangat Dengan Tingkatan 6?

Assalamualaikum semua. Sudah lama aku tak menulis dekat blog ni. Maklumla pelajar pra-u kurang masa sikit nak berblogging. Masih tak reti nak uruskan masa dengan sebaiknya. Tapi nampaknya masih ada yang visit blog ni walaupun sehari 2 3 orang aje. Oklah berbalik kepada topik yang ingin dibincangkan. Apesal budak-budak takut sangat nak masuk pra-u atau nama lamanya tingkatan 6? Dengar jer tingkatan 6, semua takut. Bagi golongan dewasa pulak, suruh anak tak payah masuk tingkatan 6? Sebab apa?

     Dengar jer tingkatan 6 umpama dengar berita kematian pulak. Terkejut tak tentu pasal. Apa seram sangat ke tingkatan 6 ni? Aku ni pelajar tingkatan 6. Dah 2 bulan lebih aku menjadi pelajar pra-u. Aku dah menjalani ujian pertama dah pun. Takde masalah pun? Ok jer?? Tapi mari kita tengok apesal orang sekarang takut sangat nak masuk tingkatan 6.


1. Peperiksaan Susah Giler

     Ada orang cakap pra-u ni susah sangat. Dia punya peperiksaan susah nak score. Memanglaa susah nak score kalau baca buku malas. Asyik main pesbuk, twitter, wechat aje.. Benar, peperiksaan bagi pra-u antara tersusah di dunia. Tapi relaks laa.. Dia tanya benda yang kita dah belajar. Kalau tak susah baik tak payah belajar. Kalau aliran sains memang susah.. Ramai budak aliran sains tukar aliran pergi sastera. Tapi aliran sastera pun orang cakap susah. Memang susah kalau malas. So, susah macam mana pun soalan tapi kalau kita study sejak dari awal lagi, tiada masalah lah.. Hey, aku nak bagitahu korang laa yea yang takut sangat nak masuk tingkatan 6 ni, cikgu-cikgu aku dekat pra-u ni semuanya lepasan pra-u. Diorang cakap memang susah. Asalkan ada niat untuk belajar. Kesimpulannya belajar ajelaa.. Tak payah laa fikir susah.. kalau dah mindset fikir susah, memang susah laa benda tu..


2. Kena Pakai Baju Sekolah

     Ni satu lagi sebab apesal takut sangat nak masuk pra-u. Hina sangat ke pakai baju sekolah hah?? Sebab tak dapat nak melaram? Tak dapat nak mekap2 bagai? Tak dapat nak bela rambut bagi lelaki? Kita ni nak mengejar cita-cita.. Bukan nak melaram. Pakai baju sekolah laa smart. Seragam aje. Lagi pun tak payah nak pening2 nak pilih baju apa.. Pakaian seragam. Keseragaman itu satu keindahan.

UPDATE : Bermula tahun 2014, Pakaian Pra Universiti ialah pakaian 'smart casual'. Jadi sudah tak pakai baju sekolah. Jadi tiada alasan ni lagi dah.


3. Susah nak dapat kerja.

     Orang cakap, masuk diploma senang dapat kerja. pra-u susah nak dapat kerja sebab majikan nak diploma. Korang kena ingat, tak kan kita nak belajar takat diploma aje. Kita mesti kejarkan ijazah, master, PHD. Baru hidup senang.. Ini nak kerja setakat diploma, lepas tu duit tak cukup. Kerajaan naikkan harga barang, harga minyak dah bising2.. Mintak tukar kerajaan laa apelaa.. Tapi fikirlaa, kita belajar takat mana. Kalau setakat diploma mana boleh nak kaya macam businessman?? Lepas masuk pra-u, terus pergi ijazah. Lepas tu dapat kerja bagus. Zaman sekarang ni diploma biasa dapat pembantu aje. Kalau kerja-kerja pegawai tu biasanya ijazah yang dapat. 




     Tak payah takut laa masuk pra-u. Belajar aje. Di mana ada kemahuan, si situ ada jalan.. Jangan pandang negatif aje pra-u ni. Pandang dari sudut yang positif. Pra-u ni kalau nak tahu terdapat terlalu banyak kelebihan daripada kelemahan.. Jadi kalau tak dapat diploma tu tak payah laa sedih2. Pra-u ada. apa ada hal??

     jangan dengar cakap orang yang cakap pra-u tu susah giler.. Sebab hidup kita ni diri kita yang tentukan. Bukan orang lain yang tentukan. Jadi tak payah dengar cakap orang. Tanamkan dalam diri kita 'My life, My choice'. Kalau kita asyik dengar cakap orang, SAMPAI BILA- BILA KITA TIDAK AKAN BERJAYA!!!