Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Sunday, July 08, 2012

Tips Menguasai Subjek Sejarah

Assalamualaikum. Salam 1 Blogger dan Salam 1 Malaysia. Hari ini aku nak share dengan blogger-blogger sekalian yang kebanyakan daripadanya ialah pelajar sekolah yang akan menduduki SPM pada tahun ini atau tahun hadapan. Aku nak share tentang tip menguasai subjek Sejarah. Seperti yang kita sedia maklum, Sejarah merupakan subjek wajib lulus SPM pada tahun 2013. Maknanya kalau sejarah tak lulus, maka gagallah SPM. Tetapi, ramai di antara kita yang tidak menggemari subjek sejarah. Betul tak? Aku pun dulu masa PMR paling tak suka Sejarah tapi bila naik sahaja tingkatan 4, subjek sejarah ialah antara subjek yang aku sangat minat.


     Kenapa aku minat sangat sejarah? Sebabnya ialah Sejarah SPM mempunyai kertas 2 iaitu yang mengandungi soalan struktur dan juga soalan esei. Kelebihan soalan struktur dan esei ni ialah kita boleh menulis ikut pengetahuan sejarah kita. Jika kertas satu yang menggunakan soalan objektif, ianya agak susah kerana jika kita salah pilih, maka salahlah soalan itu. Kertas 2 selagi jawapan itu betul, maka betullah jawapan kita. Lagi satu, cikgu yang mengajar aku Sejarah ialah seorang guru yang sangat sporting dan sangat hebat dalam mengajar sejarah.

     Baiklah, terdapat beberapa cara untuk kita sebagai calon SPM ni untuk menguasai Sejarah. Antaranya ialah dalam buku nota sejarah, buat nota menggunakan peta minda. Jangan buat nota yang mempunyai tajuk di atas, then point di bawah macam dalam buku rujukan tu.. Melalui peta minda, kita akan lebih ingat fakta-fakta sejarah. Ataupun korang beli buku rujukan yang menggunakan teknik peta minda. 

     Seterusnya, korang tak payah buat latihan soalan objektif kerana ianya hanyalah membuang masa.. Sebaiknya ialah korang tiru sahaja jawapan dalam buku latihan itu dan baca. Tetapi ingat, teknik ini sesuai pada kertas soalan objektif DAN mempunyai banyak soalan daripada berbagai model soalan. Teknik ini diajar oleh guru sejarah aku dan aku menggunakan teknik ini ketika mengulangkaji Sejarah. Aku hanya buat latihan sejarah pada kertas 2 sahaja. 

     Akhir sekali ialah korang tonton video-video yang berkaitan dengan Sejarah terutamanya Sejarah Malaysia. Video-video tersebut korang boleh cari di alam maya ini. Melalui video, korang sebenarnya lebih faham daripada korang hanya baca dalam buku.

     Sebenarnya subjek sejarah ini kita kena faham. Kalau kita tak faham, habislah kita. Soalan SPM sekarang banyak soalan KBKK berbanding fakta dalam kertas 2. Jadi kita hendaklah faham dalam sesuatu topik. Baiklah sampai di sini sahajalah entry aku pada hari ini. Insyaallah aku akan update lagi tips2 belajar..


p/s : Apa salahnya kan berkongsi ilmu yang ada..

2 comments:

  1. postingan yang bagus tentang

    Tips Menguasai Subjek Sejarah

    ReplyDelete
  2. nice posting. sangat membantu.

    ReplyDelete

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..