Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Friday, July 13, 2012

Aurat Lelaki Yang Sering Terdedah

Assalamualaikum, Salam 1 Blogger dan Salam 1 Malaysia. Bertemu lagi kita di dalam segmen 'Tazkirah Malam'. Cewah.. Baiklah. Hari ini aku nak cerita sikit la pasal aurat. Korang tau kan apa benda aurat tu? Tak payah la aku nak terangkan lagi. Seperti yang kita sedia maklum aurat lelaki ni terletak diantara pusat hinggalah lutut manakala perempuan pula seluruh badan kecuali muka dan telapak tangan


     Sikit jer aurat lelaki. Tetapi itu pun lelaki tidak dapat nak jaga. Tak percaya dengan apa yang aku cakap ni? Sebelum korang marah aku sebab tulis entry macam ni baik korang teruskan membaca entry ini sebab aku akan bagi bukti-bukti yang lelaki sememangnya kurang menitikberatkan tentang aurat lelaki. Bukan perempuan sahaja yang sering terdedah auratnya. Lelaki pun sama.



     Seperti yang kita sedia maklum, lelaki ni suka sangat pakai seluar pendek. Tak payah cakap dalam rumah la. Dekat luar rumah pun sama. Dekat shopping complex ramai lelaki yang pakai seluar pendek. Tengah basuh kereta pun pakai seluar pendek. Kononnya nanti tak basah sangat. Baiklah. Mungkin seluar pendek yang dipakai tu jenis di bawah paras lutut ataupun dipanggil bell-bottom. Tapi fikir balik, adakah dengan pakai seluar cenggitu aurat tetap terpelihara? Cuba korang pakai seluar pendek then korang duduk, cangkung. Mesti lutut nampakkan? So di situ dah dapat 1 dosa dah. Aurat terdedah. Korang mungkin cakap,"mana ada lutut terdedah.. Ok jer aku pakai?" Tapi aku nak tanye balik, betul ke ok? Korang pasti ke aurat korang terjaga? Yang paling penting sekali, macam mana korang nak solat andai pakai seluar macam tu?

     Contoh kedua. Orang melayukan suka pakai kain sarung atau bahasa glamournya kain pelikat dan kain itu digunakan di dalam solat. Adakah korang yakin dengan pakai kain tu aurat korang terjaga? Kalau waktu biasa mungkin aurat terjaga. Tetapi waktu solat? Ok kita buat eksperimen. Cuba korang sujud dengan pakai kain pelikat then suruh la sesiapa tengok dari belakang kalau korang tak malu. Korang rasa orang yang tengok tu nampak apa? Kat situ pun aurat dah terdedah dah. Jadi sah kah solat korang itu kerana aurat dapat dilihat oleh orang lain? Sah atau tidak? Fikir-fikirkan lah.

     Contoh ketiga. Kadang-kadang seluar yang kita pakai tu terkoyak. Tetapi mungkin kesan koyaknya sikit sahaja jadi kita beranggapan aurat terjaga. Tetapi sebenarnya tidak. Cuba seluar yang koyak tu korang buat solat. Apa akan jadi apabila kita buat pergerakan dalam solat. Bahagian yang koyak tu pasti akan kelihatan jugak. Jadi solat kita tidak sah. 


     Cukuplah tiga contoh yang telah diberikan. Tapi kita tengok remaja sekarang terutamanya bila bersukan la. Suka sangat dedahkan aurat. Perlawanan bola sepak la paling ketara. Pakai seluar di atas lutut. Stokin pulak tak sampai lutut. Jadi lutut? Bayangkan sepanjang korang bersukan tu dosa berjalan sahaja. Belum lagi dalam aspek renangan. Sut renang zaman sekarang ni bukan menitikberatkan soal aurat. Seluar renang jer pendek.. Bukan lutut jer nampak. Peha pun nampak tau. Dapat lagi dosa.

     Bila lepak dengan kawan di pusat membeli-belah. Remaja suka mengenakan seluar pendek dengan alasan ikut trend terkini. Kalau tak dianggap skema. Trend pebendanya macam tu? Itulah remaja sekarang. Suka sangat ikut barat yang ingin merosakkan akidah umat Islam. Seluar pendek yang dipakai mungkin di bawah lutut. Tetapi time duduk belum tentu aurat terpelihara. 

     Ada orang mengatakan yang seluar pendek paras betis tu ialah sunnah nabi. Sunnah nabi apa bendanya? Hadis mana yang cakap tu? Tiada sebarang hadis yang mengatakan pakai seluar macam tu ikut sunnah nabi. Yang ikut sunnah nabi tu sebenarnya ialah jubah paras betis. Diulangi JUBAH. Bukan seluar pendek. Mungkin ada diantara kita yang mungkin nak marah aku. Tapi itulah hakikatnya. Tak dapat nak disangkal lagi. Kalau seluar macam tu sunnah nabi, kenapa para ulama' tak pakai pun seluar macam tu? UAI pun tak pakai seluar macam tu.

     Kesimpulannya, aurat lelaki ni sikit. Tetapi sering juga terdedah. Jadi, sesiapa yang biasa membuka aurat tu, perbetulkanlah cara pemakaian korang. Jangan peduli orang nak cakap kita skema ke apa ke. Menjaga aurat itu satu tuntutan. Diharap dengan entry yang boleh dikatakan 'pedas' ni dapat memberi sedikit ilmu yang bermanfaat kepada kita semua.

p/s : Maaf kerana entry ini agak kasar penulisannya.. :D

No comments:

Post a Comment

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..