Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Sunday, May 27, 2012

Manusia Suka Makan Ovary?

Assalamualaikum.. Manusia suka makan ovary? Biar betul! Tak kan ada manusia yang sanggup makan ovary? Blogger Fizs ni mana dapat sumber yang mengatakan manusia suka makan ovary? Sebenarnya manusia suka makan ovary. Adakah anda mempercayainya atau kurang mempercayainya? Mesti ramai di antara pembaca tak percaya. Jadi untuk merungkai persoalan ada ke manusia yang makan ovary, teruskan membaca entry ini.


     Sebenarnya, manusia memang suka makan ovary. Percaya ke atau tak percaya ke tapi inilah kenyataannya. Manusia memang suka makan ovary. Tetapi mungkin juga ada yang tak suka. Tapi aku memang suka makan ovary ni. Rasanya sangat sedap. 

     Korang pernah tak makan buah mangga? Mesti korang pernah dan suka akan buah yang bernama mangga ni kan? Sebenarnya, isi yang korang makan itu ialah ovary bagi pokok mangga dan biji yang korang buang tu ialah ovum bagi pokok mangga!! Ovary yang aku maksudkan ialah ovary pokok yang menghasilkan buah yang sedap untuk kita makan. Bukan ovary manusia. 

     Seperti manusia, pokok juga ada sistem reproduktif ataupun bahasa mudahnya sistem peranakan. Sebab itulah ada istilah pokok jantan dan pokok betina. Jadi, bukan manusia dan haiwan sahaja yang akan menjalani sistem reproduktif ni. Tumbuh-tumbuhan pun sama. Tapi ada berbagai cara. Bagi pokok-pokok bunga yang tiada buah, ia berlaku di dalam pokok bunga tu sendiri. Aku nak terangkan pun tak reti. Jadi gambar di bawah ini boleh membantu korang untuk lebih faham.



ini sistem untuk pokok bunga


     Gambar di atas inilah gambar rajah dalam pokok bunga. Tengok, kan ada ovary tu. So tumbuhan pun ada sistem reproduktif juga. Cuma bagi pokok yang berbuah, ovary dia ialah isi yang kita makan manakala ovumnya pula ialah biji yang kita buang.. 

     Diharap entry ini dapat memberikan pembaca sedikit info berkaitan dengan tumbuhan ini.. Kesimpulannya, tumbuhan juga ada sistem reproduktif cuma caranya berlainan bagi setiap pokok. Kalau ada yang salah dalam entry ini, sila beritahu di ruangan komen yea..

p/s : Baru belajar Biology Chapter 4 (Reproduction and Growth)

11 comments:

  1. Hahaha, terkejut.. Ingatkan apa tadi.. entri terbaik bro ;]

    ReplyDelete
  2. tajuk terhebat ! haha. ingatkan apa je tadi. saspen habis baca :p

    ReplyDelete
  3. hebatkan emeliena... maya, sy dah jangke dah mesti orang terkejut dgn entry ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. hehehe.. ok bagus.. dah lupa dah pasal menda alah ni.. thanks ya :)

    ReplyDelete
  5. sedapnya makan ovari... nyum nyum... done follow - Noob

    ReplyDelete
  6. Info menarik ni, satu ilmu baru utk mereka yg bukan dalam bidang berkaitan. Terima kasih bro!

    ReplyDelete
  7. hi. jom join segmen pka.

    http://pkaemerald.blogspot.com/2012/06/segmen-pka-rahim-ada-lagu-tu-best-ke.html

    tq :))

    ReplyDelete
  8. hik hik .. terkejut td.. igt ovary manusia :p

    ReplyDelete
  9. http://www.mrpetak.com/2012/05/siapakah-hafizaiman95-blogger-senyap.html

    Read this :)

    ReplyDelete
  10. postingan yang bagus tentang

    Manusia Suka Makan Ovary?

    ReplyDelete
  11. postingan yang bagus tentang

    Manusia Suka Makan Ovary?

    ReplyDelete

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..