Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Thursday, May 24, 2012

Maksud Sebenar 'Copy And Paste' Dalam Bahasa Melayu

Assalamualaikum. Korang semua mesti tau apa bendalah copy and paste ni atau senang cerita copy paste. Ala perkara yang blogger termasuk aku tak suka lah. Kita sering cakap yang copy and paste ni maksudnya salin dan tampal. Tapi dalam karangan bahasa melayu betul ke maksud perkataan salin dan tampal ni? Jom kita bincang sama-sama.


     Korang cuba fikir balik yea. Kita selalu cakap kat kawan-kawan kita macam ni, "kau copy paste jer kat facebook..". Maksudnya memanglah kita mengambil sesebuah artikel atau post di facebook then sebarkan. Tapi korang fikir yea.. Nama dia copy and paste. Copy maksudnya ialah salin. Paste pulak maksudnya tampal. So copy paste tu maksudnya salin tampal.

     Kan kelakar ayat tu. Aku rasa dalam karangan bahasa melayu kalau kita guna perkataan salin tampal dekat kerangan, mesti cikgu akan beri telur besar di dalam kertas karangan. Jadi apakah makna sebenar bagi perkataan copy paste ni? 

     Bagi blogger pula, yang masing-masing marah apabila ada blogger yang tak bertanggungjawab ambil artikel tanpa kebenaran dan tulis kat blog dia, mesti akan cakap "blogger tak guna tu copy paste entry aku laa!!". Tapi, fikir balik yea.. Perkataan copy tu dah betul dah iaitu membawa maksud salin. Tetapi perkataan paste tu yang buatkan pelik sedikit. Macam mana blogger tak bertanggungjawab tu tampal entry yang telah dia curi? Adakah dia tampal dengan menggunakan gam? Jadi di situlah persoalannya.

     Betul, maksud sebenar copy paste bukanlah salin dan tampal. Tetapi maksudnya kita faham sendiri. Aku tergerak nak tulis entry pasal copy paste ni sebab pagi tadi semasa aku berada di dalam kelas Bahasa Melayu, ada kawan aku bertanya kepada cikgu Bahasa Melayu aku apakah maksud copy paste? Jadi timbullah idea untuk mewujudkan entry ini pada hari ini. 

     Kesimpulan yang boleh aku buat di sini ialah maksud copy paste tu semua orang faham. Tak kiralah maksud macam mana sekalipun korang faham perkataan copy paste ni. Bukan masuk dalam karangan pun kan? Baiklah sampai di sini sahaja entry aku pada hari ini. Diharap korang semua dapat sedikit ilmu, pengetahuan atau dapat mengisi masa lapang apabila membaca entry merepek aku pada hari ini..


p/s : Apa pula pandangan pembaca mengenai maksud copy and paste ni??

5 comments:

  1. senang cerita, guna perkataan ciplak je. curi artikel orang lain tanpa memberikan backlink ke entri asal.

    ReplyDelete
  2. adik-adik: kelakar kepada orang yang hanya tertumpu pada 1 terjemahan : "tampal" "paste".... katakanla aku nak letak paste = papar... ia takkn jadi bahan tertawa orang.. jangan malu kan bahasa sendiri.. melalui terjemahan...

    kata-kata hikmah : 1parkataan boleh membawa lebih dari 1 maksud...

    ReplyDelete
  3. apalah ko merepek ni... haih... isu tah apa-apa...

    ReplyDelete
  4. postingan yang bagus tentang

    Maksud Sebenar 'Copy And Paste' Dalam Bahasa Melayu

    ReplyDelete

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..