Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Monday, March 05, 2012

Cara-cara Mendapat Ilham Untuk Menulis Entry

Mesti ramai di antara blogger yang kekeringan idea untuk menulis entry. Begitu juga dengan diriku ini. Apabila sudah kering idea, mulalah berhenti blogging atau membiarkan blog untuk satu jangka masa yang sangat lama. Macam aku la.. Berblogging sejak 2009 tetapi 2012 baru aktif.. Jadi, di sini aku ingin share dengan korang cara-cara untuk mendapat ilham untuk menulis entry..


     Korang boleh jadikan pengalaman korang sebagai entry korang. Korang ceritalah masa korang pergi melancong ke, pergi berbulan madu ke, pergi pasar malam ada kejadian kelakar ke. Korang cerita lah apa yang korang nak cerita asalkan blog korang kelihatan hidup. Bagi blogger budak sekolah macam aku ni pula, korang boleh la ceritakan pasal kehidupan korang kat sekolah seperti kena denda ke, mendapat pujian dari cikgu ke atau lain-lain. TAPI INGAT!!! Tajuk entry mesti menarik perhatian pembaca..

     Selain daripada cara di atas, cara untuk mendapat ilham untuk menulis entry ialah dengan membaca. TENGOK! Bertapa hebatnya kuasa membaca. Selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan, membaca juga mampu menjana idea untuk menulis entry di blog. Tak kiralah korang baca apa pun yang penting membaca. Aku selalu gunakan cara ini jika aku tiada idea untuk menulis entry. Tapi biasanya aku berkongsi apa yang aku baca contohnya entry "Sebenarnya Perempuan Suka Diri Dirogol". Padahal aku tak pernah terfikir untuk menulis entry dahsyat macam tu.

     Blogwalking juga merupakan salah satu cara yang ideal serta hebat jika ingin mendapatkan idea menulis entry. Tak kan kita just buka blog seseorang then kita terus 'blah'. Sudah tentu kita akan baca entry blogger tersebut. Dengan cara ini sedikit sebanyak kita akan mendapat ilham untuk menulis entry. Tetapi malangnya aku tak dapat nak blogwalking kerana...... Jika nak tahu sebabnya, sila baca entry "Aku Jarang Blogwalking Kerana.....".

kucing ni pemalu tapi suka masuk blog aku...

     Diharap dengan entry aku ini korang akan mendapat sedikit info yang boleh dikatakan sangat berguna terutama bagi yang selalu kekeringan idea untuk menulis entry. Berjumpa lagi di entry akan datangg.. 

p/s : Ada cara lain? Atau ingin menyatakan pendapat? Sila komen entry ini. Ingat! Komen entry seseorang juga sedikit sebanya dapat meningkatkan traffic korang...

2 comments:

  1. Terbaik lah! saya suka entry ini..hehe terus terang saya kata 60% dari pada blogger2 yg ada di Malaysia ini tak suka membaca. Percaya tak? tu yang kadang kala ada yang datang just say hello dkt chatbox saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy percaya.. sbb tu rmai blogger yg merungut xtau nk tulis apa dlm entry..

      Delete

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..