Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Wednesday, February 01, 2012

Kesalahan Yang Lazim Dilakukan Blogger Dalam Menulis Entry

Salam. Blog yang hebat mempunyai entry yang hebat. Tetapi kalau entry hebat tetapi ada kesalahan yang kita sendiri tidak sedar, kemungkinan besar entry kita yang hebat itu tidak akan dibaca oleh visitor korang. Korang mesti tertanya-tanya apa benda yang membuatkan visitor tak nak baca entry korang.

     Baiklah aku akan beritahu korang apa yang membuatkan visitor tak nak baca entry korang dan cara-cara untuk memperbaiki kesalahan itu.



     Kesalahan yang pertama ialah tajuk entry yang langsung tidak menarik. Korang kenala buat tajuk entry yang bombastik sikit. Jangan tulis tajuk entry yang membosankan. Untuk melihat tajuk entry yang menarik sampai orang tak sabar-sabar nak baca entry korang, BACALAH HARIAN METRO!!

     Kesalahan yang kedua pula ialah tulisan yang kecil sangat. Korang janganlah kecikkan sangat tulisan dekat entry. Payah orang nak baca. Aku sendiri tak suka tulisan kecil sangat. Tulisan macam dekat blog aku ni aku rasa dah boleh dibacala.. Jadi, sila besarkan tulisan anda. Jangan kecik sangat. Yang sedang-sedang sudahla. Jangan besar sangat. Lagi orang menyampah.

     Kesalahan ketiga pula ialah tulisan di entry tu berbentuk ntah ape2 sampai nak baca pun menyusahkan. Tulisan seperti 'arial', 'times new roman' dan lain-lain yang simple tu cukuplah. Jangan pula gara-gara nak cantik, tulisan pun dah ala-ala tulisan berangkai. Tulisan biar simple dan mudah dibaca.

     Kesalahan yang keempat dan yang terakhir bagi aku ialah perenggan yang terlalu panjang. Dalam satu perenggan jangalah panjang sangat. Pendek-pendek sudahla. Buat perenggan macam yang aku buat ni. Pendek dah mudah nak baca. Ini ada blog yang entrynya fuhh. Panjang gilerr dia punya perenggan. Dalam satu perenggan sampai 8 9 baris. Tak ke payah orang nak cari maklumat? Jadi, pendekkan perenggan anda.

     Kesimpulannya, peraikilah mutu penulisan anda. Korang kan nak visitor baca entry korang. Jadi keempat-empat faktor ini korang kena ambil perhatian. Sekian sahaja maklumat daripada aku yang tak hebat berblogging ni. Kalau ada ilmu lagi, aku share yea..

p/s : Sharing is caring... Jangan segan silu untuk komen.....

15 comments:

  1. lg satu kesalahan : typo = typing error..heheheheh..

    ' perbaikilah not peraikilah...'

    nice one..likes.. :)

    ReplyDelete
  2. peringatan utk diri sendiri..hehe..ingt tu tulisan jgn nk bercorak2..haha

    ReplyDelete
  3. try tgk blog akk dek..dan komen sikit.ngeh2

    http://linloveafat.blogspot.com

    Peace :)

    ReplyDelete
  4. welcome..biasalarh common mistake tue..hehehe

    ReplyDelete
  5. mak aih, garangnye entri ni.. ~ takut..

    ReplyDelete
  6. hihhihi...mmg semua tu betul..

    ReplyDelete
  7. nice entry juga (n_n) Tq..hihi

    ReplyDelete
  8. thanks sbb sudi nak jadi bloglist iylia :)
    nice entry jugak sbb semua bloggers perlu titik berat hal perenggan and tulisan.kalau tak.bosannnnnn =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. ya.. betul2.. terima kasih yea sudi baca entry tak seberapa ni.. hihihi

      Delete
  9. salam,iylia dah update bloglist and awak tersenarai dalam salah satu bloglist iylia :)

    jemput singgah ,

    http://sayaiylia.blogspot.com/2012/02/bloglist-baru-iylia.html

    ReplyDelete
  10. hah.. betul tu... :D hehehe...

    dtg dri blog uncle ben,, tq sudi ke blog saya,,

    http://www.hafizaiman95.com/2012/02/ben-ashaari-ajak-baca-blog-aku.html

    ReplyDelete
  11. Tq utk info tu..aq suke blogger yg xkdekut ilmu..

    ReplyDelete
  12. postingan yang bagus tentang

    Kesalahan Yang Lazim Dilakukan Blogger Dalam Menulis Entry

    ReplyDelete

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..