Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Wednesday, February 15, 2012

Kenapa Blogger Perempuan Lebih Ramai Berbanding Lelaki?

Kenapa blogger perempuan lebih ramai berbanding lelaki? Setiap kali aku bersegmen, blogger perempuan yang menguasai segmen.. Mana perginya lelaki? Blogger Lelaki tak ramai sangat. Blogger Perempuan fuhh berlambak-lambak.. Untuk mengetahui sebab apa berdasarkan pandangan peribadi fizs, Teruskan membaca..


     Pada pandangan aku lah kan, blogger perempuan ni lebih ramai berbanding lelaki ialah perempuan ni suka duduk rumah. Tak macam lelaki (termasuk aku). Susah nak lekat kat rumah. lagi-lagi bila ada motosikal ni. Apabila perempuan suka duduk rumah, banyak benda yang boleh mereka lakukan seperti kemas rumah, baca novel dan sebagainya. Jadi, oleh kerana masa mereka banyak, mereka boleh berblogging dan blogwalking.

     Seterusnya perempuan ni mereka suka mengambil tahu benda baru yang diorang tahu.. Apa benda yang baru mesti diorang nak terokai. Bila dah tau apa benda blog ni mesti diorang nak terokai.. Lelaki pulak kebanyakannya malas nak ambil tahu. Yang diorang ambil tahu perlawanan bola sepak. Benda lain tak nak ambil tahu. So perempuan ni dia suka benda yang baru. Sebab tu la mereka berblogging.. Lelaki, tak ramai yang nak ambil tahu pasal blogging.

     Selain itu, kawan-kawan memberikan pengaruh yang sangat kuat bagi insan yang bergelar perempuan. Bila kawan ada blog lawa, dia pun nak jugak. Perempuan ni dia suka ikut kawan-kawan. Apa yang kawan dia buat, dia pun nak buat.. Lelaki pulak, dengar jer perkataan blogging, mula la mereka cakap 'bosan la', 'malas la', 'penat la', 'buang masa laa..' Habis tu tengok perlawanan bola sepak antara pasukan Inggeris tu TAK BUANG MASA KE?? Tengok Malaysia punya sudahla..

     Kesimpulannya, dunia blogging ni dikuasai oleh blogger perempuan. Jadi aku memang tak pelik sebab apa follower aku kebanyakannya perempuan. Lawa-lawa pulak tu!! Jadi inila pendapat aku kenapa blogger perempuan lebih ramai berbanding lelaki... Sekian, terima kasihh.....

p/s : Ada tak blogger perempuan yang minat kat aku?? (gatal) 
p/s: dah baca komen tau.. Berikan PENDAPAT ANDA PULA!!

Monday, February 13, 2012

Aku Kena Review Oleh Rakan Blogger!!

Salam.. Aku sangat berbangga kerana aku kena review oleh rakan blogger. Aku tidak pernah menyangka yang aku kena review oleh rakan blogger yang boleh dikatakan popular. Aku betul-betul tidak menyangka..


     Aku di'review' oleh seorang blogger yang bernama Mama Maszull. Mama review aku sebab aku menjadi follower dia yang ke 1555. Nombor cantikkan? Aku tak sangka pulak jadi follower pun boleh kena review. bangganya aku. Patutla semalam blog aku mendapat trafik yang boleh dikatakan meningkat dengan agak mendadak.. Terima kasih mama sebab review saya.. Umur saya 17 tahun tau.. hehehe.. Nak tau macam mana aku kena review, sila klik blog Mama ni : http://maszull.blogspot.com/2012/02/follower-mama-yang-ke-1555.html

     Yang kedua aku bukan kena review, tapi blog aku jadi famous sebentar kerana entry Kak Iylia. Blog aku terpilih menjadi blog yang dia tidak dapat tidur malam. Sekali lagi aku berasa bangga yang teramat. Nak tau macam mana aku jadi famous kejap, bukak blog kak Iylia ini : http://sayaiylia.blogspot.com/2012/02/bloglist-baru-iylia.html

     Kesimpulannya, aku memang tidak sangka aku akan dapat penghargaan macam ni. Aku tidak tahu bagaimana nak ucapkan terima kasih kat mama dan Kak Iylia. Kerana mereka aku menjadi famous kejap. hehehe.. Terima Kasih Mama dan Kak Iylia!!


p/s : Aku senyum dorang2 depan komputer.. hehehe

Wednesday, February 01, 2012

Kesalahan Yang Lazim Dilakukan Blogger Dalam Menulis Entry

Salam. Blog yang hebat mempunyai entry yang hebat. Tetapi kalau entry hebat tetapi ada kesalahan yang kita sendiri tidak sedar, kemungkinan besar entry kita yang hebat itu tidak akan dibaca oleh visitor korang. Korang mesti tertanya-tanya apa benda yang membuatkan visitor tak nak baca entry korang.

     Baiklah aku akan beritahu korang apa yang membuatkan visitor tak nak baca entry korang dan cara-cara untuk memperbaiki kesalahan itu.



     Kesalahan yang pertama ialah tajuk entry yang langsung tidak menarik. Korang kenala buat tajuk entry yang bombastik sikit. Jangan tulis tajuk entry yang membosankan. Untuk melihat tajuk entry yang menarik sampai orang tak sabar-sabar nak baca entry korang, BACALAH HARIAN METRO!!

     Kesalahan yang kedua pula ialah tulisan yang kecil sangat. Korang janganlah kecikkan sangat tulisan dekat entry. Payah orang nak baca. Aku sendiri tak suka tulisan kecil sangat. Tulisan macam dekat blog aku ni aku rasa dah boleh dibacala.. Jadi, sila besarkan tulisan anda. Jangan kecik sangat. Yang sedang-sedang sudahla. Jangan besar sangat. Lagi orang menyampah.

     Kesalahan ketiga pula ialah tulisan di entry tu berbentuk ntah ape2 sampai nak baca pun menyusahkan. Tulisan seperti 'arial', 'times new roman' dan lain-lain yang simple tu cukuplah. Jangan pula gara-gara nak cantik, tulisan pun dah ala-ala tulisan berangkai. Tulisan biar simple dan mudah dibaca.

     Kesalahan yang keempat dan yang terakhir bagi aku ialah perenggan yang terlalu panjang. Dalam satu perenggan jangalah panjang sangat. Pendek-pendek sudahla. Buat perenggan macam yang aku buat ni. Pendek dah mudah nak baca. Ini ada blog yang entrynya fuhh. Panjang gilerr dia punya perenggan. Dalam satu perenggan sampai 8 9 baris. Tak ke payah orang nak cari maklumat? Jadi, pendekkan perenggan anda.

     Kesimpulannya, peraikilah mutu penulisan anda. Korang kan nak visitor baca entry korang. Jadi keempat-empat faktor ini korang kena ambil perhatian. Sekian sahaja maklumat daripada aku yang tak hebat berblogging ni. Kalau ada ilmu lagi, aku share yea..

p/s : Sharing is caring... Jangan segan silu untuk komen.....