Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Wednesday, January 25, 2012

Tazkirah - Susah Sangat ke Nak Pakai Tudung?

Salam. Zaman sekarang ini, di mana-mana sahaja ada perempuan yang tidak memakai tudung. Tak payah nak tunggu keluar rumah la, gambar-gambar kat facebook sendiri banyak gambar-gambar perempuan yang tidak memakai tudung. Persoalannya, susah sangat ke nak pakai tudung?


     Antara sebab kenapa kebanyakan perempuan tidak memakai tudung sebab katanya panas, trend dan sebagainya. Tudung kan kewajipan. Memangla aku lelaki tetapi tidak salah untuk menegur. 

     Orang cakap, yang bertudung ni bukan baik sangat. Memangla yang bertudung ni bukan semuanya baik. Tetapi menutup aurat kan satu kewajipan. Bukan nak mengukur seseorang itu baik atau jahat. Ada juga yang cakap yang bertudung ni belum confirm masuk syurga. Memangla tapi bertudung itu satu kewajipan.  

     Susah ke nak pakai tudung? Aku tengok para ustazah, perempuan yang bertudung rileks jer pakai tudung. Lawa apa yang pakai tudung ini? Tudung ni fungsinya untuk menutup aurat di kepala. Tudung ni juga satu kewajipan. Tak kisah la siapa pun jahat ke baik ke. Yang pasti menutup aurat itu satu kawajipan.

     Ada juga yang kata yang dia tidak pakai tudung tiada menyusahkan sesiapa. SIAPA KATA?? Jika seseorang perempuan itu tidak bertudung senang cerita tidak menutup aurat, dia menyusahkan lelaki lain kerana apabila lelaki lain melihat auratnya, lelaki itu akan mendapat dosa. Yang tidak menutup aurat itu pula dapat 2 kali ganda dosa. Di lain sudut pula, rambut manusia banyakkan? Tak terkira kan? Jika seorang lelaki tengok sehelai rambut, dah dapat 1 dosa. Jika 10 orang lelaki? Itu baru sehelai rambut tu. Belum lagi keseluruhan rambut.

     Satu lagi, jika tidak memakai tudung atau senang cerita tidak menutup aurat (ayat yg same), perempuan tersebut menarik ayahnya, abangnya, adik lelakinya, saudara lelakinya, ahli keluarganya ke dalam neraka jahannam. Kan menyusahkan ramai pihak tu? 

     Kesimpulannya, pakai lah tudung. Lawa la jika perempuan memakai tudung. Aku sendiri suka perempuan yang pakai tudung. Sedap mata memandang. Bertudung ini suruhan agama. Bukan sekadar fesyen. Lagi sekali diingatkan, BERTUDUNG MERUPAKAN SATU KEWAJIPAN

     Aku tiada hak untuk menentukan siapa baik, siapa jahat, siapa masuk syurga atau neraka. Yang menentukannya ialah Allah s.w.t. Aku sebagai manusia hanya boleh memberi nasihat. Di harap entry ringkas aku ini walaupun agak pedas, dapat memberi informasi berguna. 

p/s : tazkirah aku ni pendek, agak pedas tetapi berisi. Aku akan lanjutkan lagi faedah bertudung ini pada entry akan datang dengan ayat yang lebih baik. Jika salah, sila tegur. Setiap teguran aku akan menerimanya dengan hati terbuka.

5 comments:

  1. betul tu.. bila tegur org ckp kita berlagak..bajet baik sgt nk tegur org..ermmm..

    ReplyDelete
  2. jom join segmen pertama wafa >http://wafaawla.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. @dyabunga btoll.. tu la susah orang sekarang ni kan?? bile ditegur, cakap kite bajet baek.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. ahaks!! hot kat dunia... hot lagi kat akhirat.. :P

    ReplyDelete
  5. betul tu adik..bende yang Allah suruh buat kita buat je lah..dosa pahala syurga neraka Allah tentukan..

    ReplyDelete

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..