Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Monday, July 23, 2012

Hari Pertama Bersekolah dalam Bulan Ramadhan

Assalamualaikum. Salam Ramadan. Salam 1 Blogger. Salam 1 Malaysia. Apa yang korang jeling-jeling tu ha? Aku tau la blog aku ini sudah berubah wajah lagi. Maklumlah manusia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada. Eh sejak bila aku ada header ni? Lawa kan header aku ni... Maklumlah tuan dia handsome.. Oklah cukup bercakap mengenai blog aku ini.. Entry hari ini ialah aku nak cerita sedikit tentang hari pertama aku bersekolah dalam bulan Ramadan. Actually bukan hari pertama la. Dah beratus hari dah aku sekolah dalam bulan puasa sejak darjah 1.



     Macam biasa aku pergi ke sekolah awal pagi. Tapi biasanya aku berjalan kaki ke sekolah. Tapi hari ini dan sepanjang bulan Ramadan aku pergi ke sekolah dengan menaiki motosikal kesayanganku. Sampai sekolah macam biasa la aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai Timbalan Ketua Pengawas 1. Ketua Pengawas pulak tak datang. Jadi akulah yang ambil alih tugasnya..

      Time2 Puasa gini pun ada perhimpunan rasmi tau. Jadi, walaupun puasa, kenalah kerah pengawas-pengawas supaya menyusun kerusi di atas pentas untuk guru. Ketika perhimpunan, aku kena mengetuai nyanyian.. Apa lagi aku kena jerit "BARIS......BARIS SEDIA!" di depan semua pelajar. Bayangkan pelajar seribu lebih di hadapan aku. Tapi alhamdulillah aku tak haus lepas tu..

     Apabila time perhimpunan, Mesti ada penyampaian hadiah ataupun sijil. Biasanya aku tengok orang lain ambil sijil. Tetapi kali ini aku pula yang ambil sijil. Dua sijil pulak tu! Yang pertama sijil penghargaan kerana aku menang tempat ke-3 dalam forum remaja peringkat sekolah. Sijil 1 lagi pula ialah sijil aku menjadi doktor muda. Eh!! Aku belum tulis entry pasal aku jadi doktor lah!! Nanti aku tulis lah pengalaman aku.

     Habis perhimpunan masuk kelas dan belajar macam biasa... Waktu balik pula pelajar PMR dan SPM kena balik lambat. Kitorang bertadarus Al-quran dan solat zohor berjemaah.. Lepastu balik.. Itu jelah aktiviti di sekolah dalam bulan Ramadan kali ini.

      Inilah sedikit sebanyak pengalaman aku di sekolah pada hari ini. Sebenarnya tak penting pun entry ni. Sekadar ingin berkongsi pengalaman peribadi sahaja. Harap adela yang sudi baca sampai habis entry ini. Erm siapa yang baca entry aku sampai habis, sila tinggalkan komen tentang entry ini dan tinggalkan link korang.. Siapa bagi link aku letak link korang dalam bloglist Ramadan yang aku nak buat start hari ini.




Saturday, July 21, 2012

Kesilapan Yang Lazim Muslim Lakukan Ketika Berpuasa

Assalamualaikum, Salam Ramadhan, Salam 1 Blogger dan Salam 1 Malaysia. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua blogger yang beragama Islam. Jangan tinggal puasa tau. Baiklah. Hari ni pun dah bermula puasa. Hari yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam yang tahu akan kelebihan bulan Ramadhan. Bercakap pasal bulan puasa ni, ramai di antara muslim Malaysia ni yang melakukan kesilapan yang yang lazim namun mereka tak tahu. Jadi, hari ini aku nak share something yang aku dapat daripada facebook tentang kesilapan yang lazim muslim lakukan ketika berpuasa.


     Yang pertama ialah apabila seseorang itu telah batal puasa selain keuzuran, seseorang itu akan makan dengan sesuka hatinya. Yela dah batal. Buat apa puasa lagi betul tak? Sebenarnya bukan macam tu. Seorang yang sudah batal puasanya mesti meneruskan puasanya. Sesiapa yang makan dengan sesuka hatinya dianggap sebagai tidak menghormati bulan Ramadan. Yela bulan Ramadan kan bulan puasa. Tapi dia makan dengan sesuka hati. Mana boleh macam tu. Tetapi itulah yang biasa orang buat apabila puasanya sudah terbatal.

     Yang kedua pula ialah bersahur pada tengah malam dengan alasan tak nak bangun awal pagi untuk bersahur. Kesalahan ni biasa dibuat oleh budak-budak yang suka tidur lambat. Bila tidur lambat, dah tentu bangun pun lambat. So siapa yang tidur lambat tu akan bersahur pada tengah malam. Memang boleh sahur pada tengah malam tetapi kan seeloknya ialah melewatkan sahur. Sesiapa yang sahur tengah malam kerana tak nak bangun sahur di pagi hari tu mesti subuh pun tertinggalkan? Puasa tu kewajipan tetapi solat jugak kewajipan.

     Yang ketiga ialah bersahur dengan makan dan minum sahaja tanpa melakukan ibadah lain. Apa salahnya kalau sebelum bersahur tu solat tahajjud dulu, baca Al-quran dulu betul tak? Ini makan dan minum jer. Tapi dulu aku pun buat gini. Hari puasa kali ni aku berazam untuk melakukan ibadah lain ketika waktu sahur.

     Seterusnya yang keempat ialah tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Baiklah. Puasa itu perintah Allah. Puasa juga perintah Allah. Balasan yang paling berat di hari akhirat nanti ialah balasan meninggalkan solat. Jadi kalau dah puasa tu, solat la. Solat kan tiang agama. Jadi tegakkan tiang agama. Barulah menjadi muslim sejati.

     Biasa kita solat terawih berjemaah di masjidkan? Tapi sedar atau tidak kita memang tidak mempraktikkan solat subuh berjemaah di masjid. Bila terawih masjid penuh. Tapi bila solat subuh, barisan saf ada 3 atau 4 barisan jer. Budaya ni patut kita buang sebab solat yang wajib kita perlu berjemaah. Janganlah lepas sahur tidur balik kemudian dah nak syuruk baru tergesa-gesa nak solat. Solat berjemaah di masjid lebih awal di bulan yang mulia ini.

     Berkenaan terawih jugak. Ramai umat Islam yang berterawih di masjid kerana ingin memeriahkan Ramadan. Niat itu patut dihapuskan kerana berterawih di masjid ialah untuk mendapat pahala yang berganda di bulan Ramadan. Bukan nak meriahkan Ramadan semata-mata. 

berehat sebentar bersama kit-kat. Tengok je yea jangan memandai gi carik kitkat then makan. puasa ni..

     Kita juga biasa mendengar kawan kita cakap, :aku penatla. Aku puasa". Mereka akan berasa malas dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Puasa bukan tiket untuk tidak melakukan kerja. Puasa tu puasala. Kerja lain jangan tak buat. Puasa tanggungjawab umat Islam untuk membuat persiapan di hari akhirat. Kerja dunia pula tanggungjawab setiap manusia untuk kesejahteraan hidup dan sebagainya. So sesiapa kawan korang cakap mereka puasa dan malas nak lakukan kerja, korang bantai jer dia.. HAHAHA

     Kesilapan yang kelapan pula ialah memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia ialah ibadat. Ibadat apa dia kalau tidur memanjang. Kan makruh. Yang boleh tidur ialah tidur kejap sebelum zohor kerana ingin melakukan ibadah di malam hari. Tapi kalau tidur tetapi malam on9 facebook. TAK PAYAH. Mengurangkan pahala puasa jer.

      Yang kesembilan pula umat Islam menjadikan waktu imsak itu sebagai lampu merah untuk berhenti makan. Waktu imsak tu boleh makan lagi. Cuma itu waktu kritikal. Umpama lampu kuning. Bukan dah tak boleh makan terus. Tapi seeloknya makan sebelum imsak la. Yang pasti, waktu imsak bukan tak boleh makan. Masih boleh makan selagi azan subuh belum berkumandang.

      Nombor sepuluh. Wanita berterawih ramai-ramai tapi tak menjaga aurat. Perkara ni lazimnya dilakukan para remaja la. Pergi masjid nak berterawih. Bawak telekung. Tapi dalam perjalanan nak pergi masjid tu pakai baju lengan pendek, baju ketat dan sebagainya. Nak pergi terawih tu dah betul. Tapi pakaian tak betul. Jadi, nak mudah pakai jer telekung dari rumah. Aurat complete terjaga. 

     Yang kesebelas dan terakhir. banyaknya. Memasuki bulan ramadan bersama-sama harta yang haram. Apa harta yang haram tu? Contohnya hasil mencuri. Nak masuk bulan ramadan ni sepatutnya sucikan diri daripada benda-benda yang haram. Barulah berkat berpuasa. 

     Inilah sebelas kesilapan yang umat Islam tidak sedari ketika berpuasa. Diharap dengan wujudnya entry ini umat Islam khususnya para blogger dapat memperbetulkan apa yang telah disenaraikan tadi jika ada yang melakukan. 

Sunday, July 15, 2012

Kereta Paling Mahal Sultan Johor

Assalamualaikum, Salam 1 Blogger dan Salam 1 Malaysia. Siapa kenal Sultan Johor? Ala tak kan la tak kenal. Sultan yang sangat kaya tu. Sultan yang beli no pendaftaran kereta WWW1 tu. Nama baginda ialah Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Di bawah ini merupakan sedikit info tentang Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim Ismail (سلطان ابراهيم اسماعيل) (lahir pada 22 November 1958) adalah Sultan Johor ke-25 dan terkini serta merupakan sultan ke-5 dari Wangsa Temenggong. Baginda adalah anakanda kepada Sultan Iskandar. Baginda juga merupakan pengasas kepada acara jelajah bermotosikal iaitu Kembara Mahkota Johor disebabkan oleh minat baginda terhadap motosikal terutamanya yang berkuasa tinggi. Sumber : Wikipedia

     Dibawah ini pula merupakan gambar beliau. agak segak bergaya betul tak?



     Baiklah berbalik kepada topik asal. Sultan Ibrahim mempunyai sebuah kereta yang sangat mahal dan terlalu mahal. Sebenarnya baginda sememangnya penggemar kenderaan berkuasa tinggi ni. Tetapi 1 kereta ni sangat mahal dan tidak dapat dibeli oleh rakyat Malaysia dek kerana kemahalan kereta itu. Kereta yang dimaksudkan ialah Bugatti Veyron. Harganya dianggarkan sebanyak RM10 Juta! Gila mahal kereta ni. Untuk pengetahuan semua, Baginda membeli kereta ni dengan menggunakan duit sendiri. Bukan duit rakyat yang biasa pihak 'belah sana' cakap tu. 

     Kereta tu ialah kereta yang paling mahal pernah dibuat dan paling laju iaitu boleh mencecah selaju 360km/j. Punyalah laju. Tetapi kat Malaysia paling laju boleh bawak 110km/j jer. Di bawah ini merupakan kereta milik Sultan Johor.


     Lawa kan kereta ni? Kalau aku dapat ni fuh alangkah bangganya. Di bawah ini pula merupakan sedikit info tentang Bugatti Veyron yang mahal giler ni. 

1. Satu liter minyak yang di isi untuk Bugatti hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer sahaja. Biar betul!! Lebih baik aku pakai motor jer. 1 tangki jauh perjalanan.

2. Sistem brake yang digunakan untuk kereta Bugatti mampu bertahan untuk suhu setinggi 1800°C. Wow! Ini macam brek kereta Formula 1 lah pulak.. 

3. Tenaga yang digunakan bagi menjalankan enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji. 

4. Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi mana-mana kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar yang ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000.

5. Sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.

6. Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa kurang 14 saat. Tapi dekat Malaysia, had laju kebangsaan ialah 110km/j. So kalau beli pun tak dapat nak bawak laju.

7. Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat sahaja. Sungguh hebat.

8. Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja. So jangan bawak laju-laju.

9. Difahamkan harga bagi sebuah kenderaan yang dihasilkan di Perancis ini mencecah RM4 juta sebelum cukai. Jika termasuk cukai, harga terus melambung ke RM12 juta. Berminat?

10. Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai 10 enjin Campro CPS.

11. Sebuah enjin Bugatti mempunyai 16 silinder iaitu menyamai 4 buah enjin kereta biasa.

12. Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.

13. Berat kosong Bugatti ialah kira-kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah kereta MyVi.

14. Pada kelajuan 400km/j ke atas, Bugatti menggunakan lebih kurang 1.2 liter petrol.

15. Pada kelajuan 400 km/j juga, jumlah udara yang disedut oleh enjin Bugatti membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari


     Inilah sedikit sebanyak info tentang kereta milik Sultan Johor ini. Baginda boleh la beli sebab baginda kaya. Kita rakyat biasa ni mampu ke nak beli? Tak terkata mahalnya. fuhh...

Friday, July 13, 2012

Aurat Lelaki Yang Sering Terdedah

Assalamualaikum, Salam 1 Blogger dan Salam 1 Malaysia. Bertemu lagi kita di dalam segmen 'Tazkirah Malam'. Cewah.. Baiklah. Hari ini aku nak cerita sikit la pasal aurat. Korang tau kan apa benda aurat tu? Tak payah la aku nak terangkan lagi. Seperti yang kita sedia maklum aurat lelaki ni terletak diantara pusat hinggalah lutut manakala perempuan pula seluruh badan kecuali muka dan telapak tangan


     Sikit jer aurat lelaki. Tetapi itu pun lelaki tidak dapat nak jaga. Tak percaya dengan apa yang aku cakap ni? Sebelum korang marah aku sebab tulis entry macam ni baik korang teruskan membaca entry ini sebab aku akan bagi bukti-bukti yang lelaki sememangnya kurang menitikberatkan tentang aurat lelaki. Bukan perempuan sahaja yang sering terdedah auratnya. Lelaki pun sama.



     Seperti yang kita sedia maklum, lelaki ni suka sangat pakai seluar pendek. Tak payah cakap dalam rumah la. Dekat luar rumah pun sama. Dekat shopping complex ramai lelaki yang pakai seluar pendek. Tengah basuh kereta pun pakai seluar pendek. Kononnya nanti tak basah sangat. Baiklah. Mungkin seluar pendek yang dipakai tu jenis di bawah paras lutut ataupun dipanggil bell-bottom. Tapi fikir balik, adakah dengan pakai seluar cenggitu aurat tetap terpelihara? Cuba korang pakai seluar pendek then korang duduk, cangkung. Mesti lutut nampakkan? So di situ dah dapat 1 dosa dah. Aurat terdedah. Korang mungkin cakap,"mana ada lutut terdedah.. Ok jer aku pakai?" Tapi aku nak tanye balik, betul ke ok? Korang pasti ke aurat korang terjaga? Yang paling penting sekali, macam mana korang nak solat andai pakai seluar macam tu?

     Contoh kedua. Orang melayukan suka pakai kain sarung atau bahasa glamournya kain pelikat dan kain itu digunakan di dalam solat. Adakah korang yakin dengan pakai kain tu aurat korang terjaga? Kalau waktu biasa mungkin aurat terjaga. Tetapi waktu solat? Ok kita buat eksperimen. Cuba korang sujud dengan pakai kain pelikat then suruh la sesiapa tengok dari belakang kalau korang tak malu. Korang rasa orang yang tengok tu nampak apa? Kat situ pun aurat dah terdedah dah. Jadi sah kah solat korang itu kerana aurat dapat dilihat oleh orang lain? Sah atau tidak? Fikir-fikirkan lah.

     Contoh ketiga. Kadang-kadang seluar yang kita pakai tu terkoyak. Tetapi mungkin kesan koyaknya sikit sahaja jadi kita beranggapan aurat terjaga. Tetapi sebenarnya tidak. Cuba seluar yang koyak tu korang buat solat. Apa akan jadi apabila kita buat pergerakan dalam solat. Bahagian yang koyak tu pasti akan kelihatan jugak. Jadi solat kita tidak sah. 


     Cukuplah tiga contoh yang telah diberikan. Tapi kita tengok remaja sekarang terutamanya bila bersukan la. Suka sangat dedahkan aurat. Perlawanan bola sepak la paling ketara. Pakai seluar di atas lutut. Stokin pulak tak sampai lutut. Jadi lutut? Bayangkan sepanjang korang bersukan tu dosa berjalan sahaja. Belum lagi dalam aspek renangan. Sut renang zaman sekarang ni bukan menitikberatkan soal aurat. Seluar renang jer pendek.. Bukan lutut jer nampak. Peha pun nampak tau. Dapat lagi dosa.

     Bila lepak dengan kawan di pusat membeli-belah. Remaja suka mengenakan seluar pendek dengan alasan ikut trend terkini. Kalau tak dianggap skema. Trend pebendanya macam tu? Itulah remaja sekarang. Suka sangat ikut barat yang ingin merosakkan akidah umat Islam. Seluar pendek yang dipakai mungkin di bawah lutut. Tetapi time duduk belum tentu aurat terpelihara. 

     Ada orang mengatakan yang seluar pendek paras betis tu ialah sunnah nabi. Sunnah nabi apa bendanya? Hadis mana yang cakap tu? Tiada sebarang hadis yang mengatakan pakai seluar macam tu ikut sunnah nabi. Yang ikut sunnah nabi tu sebenarnya ialah jubah paras betis. Diulangi JUBAH. Bukan seluar pendek. Mungkin ada diantara kita yang mungkin nak marah aku. Tapi itulah hakikatnya. Tak dapat nak disangkal lagi. Kalau seluar macam tu sunnah nabi, kenapa para ulama' tak pakai pun seluar macam tu? UAI pun tak pakai seluar macam tu.

     Kesimpulannya, aurat lelaki ni sikit. Tetapi sering juga terdedah. Jadi, sesiapa yang biasa membuka aurat tu, perbetulkanlah cara pemakaian korang. Jangan peduli orang nak cakap kita skema ke apa ke. Menjaga aurat itu satu tuntutan. Diharap dengan entry yang boleh dikatakan 'pedas' ni dapat memberi sedikit ilmu yang bermanfaat kepada kita semua.

p/s : Maaf kerana entry ini agak kasar penulisannya.. :D

Sunday, July 08, 2012

Tips Menguasai Subjek Sejarah

Assalamualaikum. Salam 1 Blogger dan Salam 1 Malaysia. Hari ini aku nak share dengan blogger-blogger sekalian yang kebanyakan daripadanya ialah pelajar sekolah yang akan menduduki SPM pada tahun ini atau tahun hadapan. Aku nak share tentang tip menguasai subjek Sejarah. Seperti yang kita sedia maklum, Sejarah merupakan subjek wajib lulus SPM pada tahun 2013. Maknanya kalau sejarah tak lulus, maka gagallah SPM. Tetapi, ramai di antara kita yang tidak menggemari subjek sejarah. Betul tak? Aku pun dulu masa PMR paling tak suka Sejarah tapi bila naik sahaja tingkatan 4, subjek sejarah ialah antara subjek yang aku sangat minat.


     Kenapa aku minat sangat sejarah? Sebabnya ialah Sejarah SPM mempunyai kertas 2 iaitu yang mengandungi soalan struktur dan juga soalan esei. Kelebihan soalan struktur dan esei ni ialah kita boleh menulis ikut pengetahuan sejarah kita. Jika kertas satu yang menggunakan soalan objektif, ianya agak susah kerana jika kita salah pilih, maka salahlah soalan itu. Kertas 2 selagi jawapan itu betul, maka betullah jawapan kita. Lagi satu, cikgu yang mengajar aku Sejarah ialah seorang guru yang sangat sporting dan sangat hebat dalam mengajar sejarah.

     Baiklah, terdapat beberapa cara untuk kita sebagai calon SPM ni untuk menguasai Sejarah. Antaranya ialah dalam buku nota sejarah, buat nota menggunakan peta minda. Jangan buat nota yang mempunyai tajuk di atas, then point di bawah macam dalam buku rujukan tu.. Melalui peta minda, kita akan lebih ingat fakta-fakta sejarah. Ataupun korang beli buku rujukan yang menggunakan teknik peta minda. 

     Seterusnya, korang tak payah buat latihan soalan objektif kerana ianya hanyalah membuang masa.. Sebaiknya ialah korang tiru sahaja jawapan dalam buku latihan itu dan baca. Tetapi ingat, teknik ini sesuai pada kertas soalan objektif DAN mempunyai banyak soalan daripada berbagai model soalan. Teknik ini diajar oleh guru sejarah aku dan aku menggunakan teknik ini ketika mengulangkaji Sejarah. Aku hanya buat latihan sejarah pada kertas 2 sahaja. 

     Akhir sekali ialah korang tonton video-video yang berkaitan dengan Sejarah terutamanya Sejarah Malaysia. Video-video tersebut korang boleh cari di alam maya ini. Melalui video, korang sebenarnya lebih faham daripada korang hanya baca dalam buku.

     Sebenarnya subjek sejarah ini kita kena faham. Kalau kita tak faham, habislah kita. Soalan SPM sekarang banyak soalan KBKK berbanding fakta dalam kertas 2. Jadi kita hendaklah faham dalam sesuatu topik. Baiklah sampai di sini sahajalah entry aku pada hari ini. Insyaallah aku akan update lagi tips2 belajar..


p/s : Apa salahnya kan berkongsi ilmu yang ada..

Monday, July 02, 2012

Teka-teki Albert Einstein : Siapa Dapat Jawab Dia Sangat genius

Assalam. Setelah sekian lama menyepikan diri daripada dunia blogging kerana faktor pelajaran, hari ini aku kembali dengan membawakan korang satu teka-teki yang aku sendiri pening kepala nak jawab. Teka teki ini  berasal daripada saintis terkenal iaitu Albert Einstein. Baiklah sebelum aku teruskan entry aku dengan soalan Albert Einstein ni, aku nak beritahu sedikit sebanyak info tentang Albert Einstein ni.



Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April1955) adalah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantummekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada Fizik Teori".
Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai kemashyuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan kecerdasan.
SUMBER : Wikipedia


     Baiklah, semua sudah mengenali sedikit sebanyak siapakah Albert Einstein kan? Kalau nak ketahui lebih lanjut, rujuklah dekat wikipedia. Ok sekarang ini aku ingin mengemukakan soalan daripada saintis terkenal ini. Sebelum aku beritahu soalannya, terdapat beberapa maklumat yang berkaitan dengan soalan. Maklumatnya ialah :

  1. Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna yang berbeza.
  2. Setiap rumah dihuni oleh seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza.
  3. Setiap penghuni menyukai saru jenis minuman tertentu.
  4. Setiap daripada mereka merokok rokok yang berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
  5. Tidak ada satu pun di antara mereka yang merokok rokok yang sama, minum minuman yang sama dan memelihara haiwan yang sama.

Soalannya berbunyi begini :
SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN?


     Di bawah ini merupakan petunjuk kepada soalan yang telah dikemukakan di atas ini.
  1. Orang Inggeris tinggal di rumah yang berwarna merah.
  2. Orang Sweeden memelihara anjing.
  3. Orang Denmark suka minum teh.
  4. Rumah berwarna hijau terletak tepat di sebelah kiri rumah berwarna putih.
  5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi. 
  6. Orang yang merokok PallMall Memelihara burung.
  7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
  8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
  9. Orang Norway tinggal di rumah pertama.
  10. Orang yang merokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing.
  11. Orang yang memelihara kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill.
  12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
  13. Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
  14. Orang Jerman merokok Rothmans.
  15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum AIR.

     Baiklah. korang semua dah dapat soalan serta petunjuk soalan ini. Namun, adakah korang dapat menjawab soalan yang telah dikemukakan di atas? Albert Einstein menyatakan bahawa seramai 98% orang tidak dapat menjawab soalan di atas. Jadi, hanya 2% sahajalah yang dapat jawab. Adakah korang antara 2% itu? Cuba jawab soalan ini. Jawab dengan jujur dan JANGAN sekali-kali menggunakan sebarang alternatif lain. Dah dapat jawapan yang betul, sila tinggalkan komen di bawah.


Soalannya : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN?


PEMBETULAN : Petunjuk no 15 salah.. sepatutnya air bukan bir.. sebelum ini aku tulis bir.. Patutlah aku pun tak dapat nak jawab.. Maaf atas kesalahan.. :)

Sunday, May 27, 2012

Manusia Suka Makan Ovary?

Assalamualaikum.. Manusia suka makan ovary? Biar betul! Tak kan ada manusia yang sanggup makan ovary? Blogger Fizs ni mana dapat sumber yang mengatakan manusia suka makan ovary? Sebenarnya manusia suka makan ovary. Adakah anda mempercayainya atau kurang mempercayainya? Mesti ramai di antara pembaca tak percaya. Jadi untuk merungkai persoalan ada ke manusia yang makan ovary, teruskan membaca entry ini.


     Sebenarnya, manusia memang suka makan ovary. Percaya ke atau tak percaya ke tapi inilah kenyataannya. Manusia memang suka makan ovary. Tetapi mungkin juga ada yang tak suka. Tapi aku memang suka makan ovary ni. Rasanya sangat sedap. 

     Korang pernah tak makan buah mangga? Mesti korang pernah dan suka akan buah yang bernama mangga ni kan? Sebenarnya, isi yang korang makan itu ialah ovary bagi pokok mangga dan biji yang korang buang tu ialah ovum bagi pokok mangga!! Ovary yang aku maksudkan ialah ovary pokok yang menghasilkan buah yang sedap untuk kita makan. Bukan ovary manusia. 

     Seperti manusia, pokok juga ada sistem reproduktif ataupun bahasa mudahnya sistem peranakan. Sebab itulah ada istilah pokok jantan dan pokok betina. Jadi, bukan manusia dan haiwan sahaja yang akan menjalani sistem reproduktif ni. Tumbuh-tumbuhan pun sama. Tapi ada berbagai cara. Bagi pokok-pokok bunga yang tiada buah, ia berlaku di dalam pokok bunga tu sendiri. Aku nak terangkan pun tak reti. Jadi gambar di bawah ini boleh membantu korang untuk lebih faham.



ini sistem untuk pokok bunga


     Gambar di atas inilah gambar rajah dalam pokok bunga. Tengok, kan ada ovary tu. So tumbuhan pun ada sistem reproduktif juga. Cuma bagi pokok yang berbuah, ovary dia ialah isi yang kita makan manakala ovumnya pula ialah biji yang kita buang.. 

     Diharap entry ini dapat memberikan pembaca sedikit info berkaitan dengan tumbuhan ini.. Kesimpulannya, tumbuhan juga ada sistem reproduktif cuma caranya berlainan bagi setiap pokok. Kalau ada yang salah dalam entry ini, sila beritahu di ruangan komen yea..

p/s : Baru belajar Biology Chapter 4 (Reproduction and Growth)

Thursday, May 24, 2012

Maksud Sebenar 'Copy And Paste' Dalam Bahasa Melayu

Assalamualaikum. Korang semua mesti tau apa bendalah copy and paste ni atau senang cerita copy paste. Ala perkara yang blogger termasuk aku tak suka lah. Kita sering cakap yang copy and paste ni maksudnya salin dan tampal. Tapi dalam karangan bahasa melayu betul ke maksud perkataan salin dan tampal ni? Jom kita bincang sama-sama.


     Korang cuba fikir balik yea. Kita selalu cakap kat kawan-kawan kita macam ni, "kau copy paste jer kat facebook..". Maksudnya memanglah kita mengambil sesebuah artikel atau post di facebook then sebarkan. Tapi korang fikir yea.. Nama dia copy and paste. Copy maksudnya ialah salin. Paste pulak maksudnya tampal. So copy paste tu maksudnya salin tampal.

     Kan kelakar ayat tu. Aku rasa dalam karangan bahasa melayu kalau kita guna perkataan salin tampal dekat kerangan, mesti cikgu akan beri telur besar di dalam kertas karangan. Jadi apakah makna sebenar bagi perkataan copy paste ni? 

     Bagi blogger pula, yang masing-masing marah apabila ada blogger yang tak bertanggungjawab ambil artikel tanpa kebenaran dan tulis kat blog dia, mesti akan cakap "blogger tak guna tu copy paste entry aku laa!!". Tapi, fikir balik yea.. Perkataan copy tu dah betul dah iaitu membawa maksud salin. Tetapi perkataan paste tu yang buatkan pelik sedikit. Macam mana blogger tak bertanggungjawab tu tampal entry yang telah dia curi? Adakah dia tampal dengan menggunakan gam? Jadi di situlah persoalannya.

     Betul, maksud sebenar copy paste bukanlah salin dan tampal. Tetapi maksudnya kita faham sendiri. Aku tergerak nak tulis entry pasal copy paste ni sebab pagi tadi semasa aku berada di dalam kelas Bahasa Melayu, ada kawan aku bertanya kepada cikgu Bahasa Melayu aku apakah maksud copy paste? Jadi timbullah idea untuk mewujudkan entry ini pada hari ini. 

     Kesimpulan yang boleh aku buat di sini ialah maksud copy paste tu semua orang faham. Tak kiralah maksud macam mana sekalipun korang faham perkataan copy paste ni. Bukan masuk dalam karangan pun kan? Baiklah sampai di sini sahaja entry aku pada hari ini. Diharap korang semua dapat sedikit ilmu, pengetahuan atau dapat mengisi masa lapang apabila membaca entry merepek aku pada hari ini..


p/s : Apa pula pandangan pembaca mengenai maksud copy and paste ni??

Saturday, May 12, 2012

Sebab-sebab Mengapa Lelaki Kahwin Lambat

Salam. Tazkirah malam pada hari ini ialah mengenai perkahwinan. Seperti yang kita sedia maklum lelaki pada zaman sekarang gemar berkahwin lambat. Yang tak kahwin-kahwin pun ada macam salah seorang cikgu di sekolah aku. Umur hampir sebaya ayah aku, tapi masih bujang.. Haha aku bukan cakap pasal cikgu tu. Nak cakap pasal kenapa lelaki kahwin lambat.

     Baiklah. Cerita ni bukan aku reka tapi aku dapat daripada sebuah laman sesawang IluvIslam. Buat masa sekarang ni aku copy paste jela sebab aku tiada masa sangat nak menulis. Musim exam ni. Masa berblogging aku kena kurangkan tapi aku tetap mencuri masa. haha. Tanpa melengahkan masa, mari kita teruskan membaca sebab apa lelaki kahwin lambat.


Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.
Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.
Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.
Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.
Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.
Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.
Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.
Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.
Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.
Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.
Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.
Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.
Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.
Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.
Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.
Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.
Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.
Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.
pekena kitkat dulu.. penat niyh nk bace panjang berjela-jela..
Bertunang
Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.
Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.
"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.
Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.
Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"
Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."
Anda : "RM 5000, okay?"
Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"
Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.
"Mana aku nak dapat duit lebih?"
Kerja Lebih Kuat
Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.
Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.
Suatu pencapaian yang amat membanggakan!
Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :
"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"
Pengiraan pantas dijalankan :
1000 orang x RM 10 = RM10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.
"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.
Anda 'slow talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"
"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."
"Tapi mak..?"
"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"
yey dah nak habis!!
Akhirnya..
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.
Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.
Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.
Akhirnya? Bercerai..
Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.