Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Saturday, October 29, 2011

Sebab-sebab kenapa Aku Minat LEFTHANDED

Salam semua. Korang tau tak aku suka kumpulan muzik apa? Sudah tentulah LEFTHANDED. Tau kan kumpulan yang mana tu? Tak kan tak tau pulak kan? Ala kumpulan yang ada pemain gitar kidal tu. Yang nama dia Man Keedal tu. Kumpulan Lefthanded merupakan salah satu kumpulan yang sangat popular di Malaysia. Di bawah ini merupakan gambar kumpulan Lefthanded.


     Sebab pertama kenapa aku sangat meminati kumpulan Lefthanded ialah kerana namanya. Aku kan kidal. So nama kumpulan ini lebih kurang sama dengan sifat aku yang sememangnya Left Handed. Segala-gala yang aku buat semuanya menggunakan tangan kiri kecuali makan. main bola sepak pula menggunakan kaki kiri.

     Sebab kedua pula ialah kerana vokalis kumpulan itu iaitu Nash. Aku sangat meminati Nash kerana suaranya yang semulajadi. walaupun bila dia jerit suaranya macam nak keluar anak tekak, tapi suara dia tetap mahal. Aku sendiri tak boleh nak jerit macam dia. lagi satu keistimewaan Nash ialah, dia berambut pendek dan kemas.

     Sebab ketiga pula ialah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan ini sangat merdu. Lagu-lagu yang dinyanyikan Lefthanded, walaupun kebanyakannya versi ROCK, tetapi boleh membuatkan aku tidur. Itulah keistimewaan Lefthanded. Kumpulan baru sekarang ini, lagu dia ntah ape2 jer. Lagu Lefthanded lagi sedap.




     Sebab terakhir pula ialah apabila kumpulan ini buat konsert, konsert mereka masih bertenaga macam orang muda. Walaupun suara dah berubah, tetapi tetap bertenaga. Aku rasa kumpulan zaman sekarang masih belum boleh lawan kumpulan Rock Lagenda ni.


     Kesimpulannya, kumpulan yang paling aku minat ialah Lefthanded, diikuti dengan May, Wings dan Search. XPDC pula, aku jarang dengar. Kumpulan sekarang pula yang aku minat ialah TIADA. Aku cuma minat Lan & The Typewriter. hahahahahaha


2 comments:

  1. lefthanded memang legend!! sampai sekarang kat karaoke boleh dengar lagu tiada lagi kidungmu..

    ReplyDelete
  2. @bobby.b btol tu bro.. lom ade lagi kumpulan sekarang yg boleh lawan lefthanded..

    ReplyDelete

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..