Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Friday, July 15, 2011

Lima Tips Hilangkan Stress

Salam. Semua mesti pernah alami stress kan? Tak kiralah stress sebab kerja, sebab belajar ataupun tekanan dari orang sekeliling. Yang pasti setiap manusia mesti pernah mengalami stress. Di sini aku ingin berkongsi tips-tips yang sangat berguna jika stress. 



     Tips-tips yang akan diberikan ini ialah tips-tips yang semua orang guna. Dan tips-tips ini juga biasa dilakukan oleh aku. Harap dengan tips-tips ini korang dapat kurangkan korang punya stress.

     Tips yang pertama ialah tidurlah dahulu. Apabila kita tidur, otak kita akan berehat dan akan berasa lebih tenang. Apabila otak kita tenang, kita akan dapat ketenangan apabila kita bangun tidur nanti. Teknik ini aku biasa sangat buat. Bila aku stress jer, mesti tidur.


     Tips yang kedua ialah menyanyi sepuas hati. Tak kiralah nak nyanyi lagu rock ke, balada ke, nyanyi lagu Nash ke, asalkan hati puas. Melalui cara ini, korang akan rasa seronok dan stress korang akan hilang. Kalau tak hilang jugak, buat cara lain pulak. Teknik ni biasanya aku buat masa rumah aku tiada orang. Dan biasanya aku akan nyanyi lagu-lagu nyanyian Nash Lefthanded.


     Tips yang ketiga ialah berjumpa kawan rapat. Kongsikan masalah yang membuatkan korang stress kat kawan korang tu. Mesti hati korang akan lebih tenang. Aku biasa kongsikan masalah aku kat abang angkat aku. Dialah tempat aku meluahkan perasaan. Tapi pastikan kawan korang tu kawan yang boleh dipercayai.

     Tips yang keempat pula ialah bermain permainan video kesukaan korang. Mesti bila dah main permainan video, stress yang kita hadapi akan hilang. Maklumla main game. Lumrah manusiakan, lumrah manusia, bila dapat game mesti tak ingat dunia. Macam aku juga. Tapi ada juga yang tak minat game.

     Tips yang kelima dan terakhir ialah ambil wuduk dan solat sunat dua rakaat. Teknik ini paling berkesan dan disarankan oleh ustazah aku. Apabila kita solat, hati kita akan lebih tenang dan stress yang kita hadapi akan hilang.

     Kesimpulannya, memang banyak cara untuk hilangkan stress. Apabila stress, kita patut menanganinya. Lima tips di atas ini hanyalah sedikit sahaja. Sebenarnya banyak lagi cara kita untuk menangani stress.


Kontest STRESS (10 Julai – 15 Ogos 2011) anjuran Blog AkuStressGiler dan ditaja oleh blog gnetdaniel , gobblogz2dayblogger dan azrijohan

1 comment:

  1. aku nak hilang stress gi jenjalan je la. tengok alam ni rasa lapang skit otak.. hehehe

    ReplyDelete

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..