Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Monday, July 25, 2011

3 Sebab Kenapa Blogger Popular Tidak Suka Blog Berlagu

Salam.. tak boleh ke tanpa lagu? Blog itu tidak menarik ke tanpa lagu? Blog itu tidak popular ke tanpa lagu? Inilah persoalan yang aku selalu sangat menjadi tanda tanya aku. Setiap blog yang baru muncul mesti ada lagu. Dahulu pun semasa aku baru kenal blog, aku pun letak lagu. Tetapi sekarang blog aku sunyi sahaja. Tiada widget lagu pun. 



     Terdapat banyak sebab kenapa blogger popular tidak suka blog berlagu ni. Tetapi biasanya blogger-blogger yang mempunyai blog berlagu ni buat endah tak endah sahaja. Mungkin bagi mereka sebagai hiburan kot. Tetapi yang penting blog berlagu ni blogger popular memang tak suka.

     Sebab pertama kenapa blogger popular tidak suka blog berlagu ialah ia menyakitkan telinga. Bagi yang bukan pakai widget lagu autoplay tu selamat la lagi. Bayangkan kalau blogger popular tengah blogwalking 10 blog dalam satu masa, dan 10 blog itu juga ada lagu!! Confirm blogger popular tidak akan membaca entry yang telah ditulis oleh blogger yang mempunyai blog berlagu.

     Sebab kedua pula ialah blog berlagu ni 'menghalau' pengunjung. Kenapa aku cakap menghalau? Sebabnya ialah tidak semua pengunjung suka blog yang berlagu. Yang suka blog berlagu hanyalah teman-teman rapat yang tidak tahu pasal selok-belok arena blogging dan orang yang gemar lagu yang dimainkan di blog itu. Harap-harap boleh paham yea..

     Sebab ketiga dan terakhir ialah Blog berlagu ni berat!! Widget lagu itu yang menyebabkan blog menjadi berat. Dahla menyakitkan telinga, berat pula tu. Itu yang tak best. 


     Kesimpulannya, blog berlagu ni memang tak best. Bagi pengunjung yang baca entry ini, aku mohon maaf jika entry ini buat korang kecil hati. Tetapi entry ini sangat bagus untuk orang yang ingin popular di arena blogging ini. Bagi yang hanya membuat blog untuk peribadi dan bukan untuk popular, tak salah nak letak widget lagu ini. 

Friday, July 15, 2011

Lima Tips Hilangkan Stress

Salam. Semua mesti pernah alami stress kan? Tak kiralah stress sebab kerja, sebab belajar ataupun tekanan dari orang sekeliling. Yang pasti setiap manusia mesti pernah mengalami stress. Di sini aku ingin berkongsi tips-tips yang sangat berguna jika stress. 



     Tips-tips yang akan diberikan ini ialah tips-tips yang semua orang guna. Dan tips-tips ini juga biasa dilakukan oleh aku. Harap dengan tips-tips ini korang dapat kurangkan korang punya stress.

     Tips yang pertama ialah tidurlah dahulu. Apabila kita tidur, otak kita akan berehat dan akan berasa lebih tenang. Apabila otak kita tenang, kita akan dapat ketenangan apabila kita bangun tidur nanti. Teknik ini aku biasa sangat buat. Bila aku stress jer, mesti tidur.


     Tips yang kedua ialah menyanyi sepuas hati. Tak kiralah nak nyanyi lagu rock ke, balada ke, nyanyi lagu Nash ke, asalkan hati puas. Melalui cara ini, korang akan rasa seronok dan stress korang akan hilang. Kalau tak hilang jugak, buat cara lain pulak. Teknik ni biasanya aku buat masa rumah aku tiada orang. Dan biasanya aku akan nyanyi lagu-lagu nyanyian Nash Lefthanded.


     Tips yang ketiga ialah berjumpa kawan rapat. Kongsikan masalah yang membuatkan korang stress kat kawan korang tu. Mesti hati korang akan lebih tenang. Aku biasa kongsikan masalah aku kat abang angkat aku. Dialah tempat aku meluahkan perasaan. Tapi pastikan kawan korang tu kawan yang boleh dipercayai.

     Tips yang keempat pula ialah bermain permainan video kesukaan korang. Mesti bila dah main permainan video, stress yang kita hadapi akan hilang. Maklumla main game. Lumrah manusiakan, lumrah manusia, bila dapat game mesti tak ingat dunia. Macam aku juga. Tapi ada juga yang tak minat game.

     Tips yang kelima dan terakhir ialah ambil wuduk dan solat sunat dua rakaat. Teknik ini paling berkesan dan disarankan oleh ustazah aku. Apabila kita solat, hati kita akan lebih tenang dan stress yang kita hadapi akan hilang.

     Kesimpulannya, memang banyak cara untuk hilangkan stress. Apabila stress, kita patut menanganinya. Lima tips di atas ini hanyalah sedikit sahaja. Sebenarnya banyak lagi cara kita untuk menangani stress.


Kontest STRESS (10 Julai – 15 Ogos 2011) anjuran Blog AkuStressGiler dan ditaja oleh blog gnetdaniel , gobblogz2dayblogger dan azrijohan

Tuesday, July 05, 2011

Istimewanya Pakai Tangan kiri (Lefthanded)

Salam. Hari ini aku nak berkongsi sikit satu maklumat yang akan membuatkan orang pakai tangan kanan jeles. Bukan jeles apa, memang orang kidal ni banyak keistimewaan. Jadi janganlah jeles wahai golongan tangan kanan yea. Pemilik blog si Hafizaiman95 @ Fizs ni pun kidal. haha


     Antara kelebihan-kelebihan orang yang pakai tangan kiri ni ialah mudah untuk menulis tulisan arab. Maklumla tulisan arabkan tulis dari kanan ke kiri. Selain itu, orang kidal ni boleh melakukan dua kerja sekali gus. So bolehla buat kerja sambil makan. hahaha

     Orang kidal ni juga lebih kreatif berfikir berkaitan tentang seni dan juga muzik. Tapi aku tak pandai lukis. Orang kidal ni juga lebih cepat berfikir dalam bidang olahraga, permainan komputer dan sebagainya. Selain itu  orang kidal ni pun mempunyai kelebihan dalam permainan olehraga.


     Tetapi ada juga kekurangan golongan kidal ni. Antaranya ialah susah nak pakai gunting. Bila guna gunting lama-lama mesti sakit. Satu kelebihan untuk yang tak kidal. Orang kidal juga payah nak pakai pen dakwat basah kerana tulisan yang kita tulis tu akan disapu balik oleh tangan. Faham-fahamla macam mana. 

     Lagi satu kekurangan kidal, menurut psikologi orang yang kidal ni lebih banyak masalah psikologi berbanding orang yang guna tangan kanan. Sebabnya ialah orang kidal ni dikawal oleh otak kanan yang lebih fokus pada emosi dan pemikiran artistik. 

     Kesimpulannya, orang kidal ni istimewa kerana hanya 10% sahaja penduduk dunia yang kidal. Orang kidal ni juga kebanyakannya orang yang pandai-pandai belaka. Ada juga pemimpin negara yang kidal. Oklah nanti aku sharekan siapa orang ternama yang menulis kidal.

P/S : Ruangan komen di bawah tajuk entry ini yea!!