Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Saturday, July 31, 2010

Langkawi Shopping Drive WishClubM7

     Salam. Sudah lama aku tak update blog ini. Maklumla sibuk dengan aktiviti dunia luar. Sebenarnya aku mencari USB wire untuk aku masukkan gambar-gambar Langkawi. Tapi malangnya aku tiada benda tu. So cerita konvoi kali ni tiada gambarlah.

     Konvoi ni terjadi pada 28-30 Mei yang lalu. Dah lama kan?? Baru sekarang aku nak update. Konvoi ni melibatkan lebih kurang 24 MPV jenis Toyota Wish termasuk 2 biji Honda Stream. Kenapa ada sesat 2 biji kereta lain ni? Sebenarnya geng2 1streamer ada banyak tugas lain. So abah aku dengan sorang lagi member 1streamer yang join konvoi ni..

     Biasala konvoi gerak malam. Dengan kelajuan purata 140 km/j.. Bukan laju sangat pun... Sampai ke Perlis dalam pukul 7 pagi. Sarapan jap lepastu terus gerak ke Jeti Kuala Perlis. Kereta2 ni parking la kt jeti tu.. Nasib takde tahi ayam. haha..

     Sampai Langkawi, dah ada dua biji bas yang bawa kitorang pergi ke hotel. Dalam hotel rehatla kejap. Kat Langkawi, kitorang pergi tempat ikan tu. Tapi ade yang pergi Tasik Dayang Bunting. Macam-macam tempatla kitorang pergi. Yang paling best naik kereta kabel. Syok betul naik benda tu. Macam nak naik lagi. Tapi agak menggerunkanla bila tengok bawah.

     Dah pergi Langkawi, tak sah kalau tak pergi beli Coklat kt Haji Ismail Group tu dan juga beli minyak gamat kat satu kedai gamat popular. Apa yang best pergi Langkawi ni ialah waktu pergi beli barangan mahal kat Idaman Suri.

     Dekat Idaman Suri, AKU BERJUMPA DENGAN PENGETUA SEKOLAH AKU IAITU CIKGU AZIZAH!! Macam tak percaya boleh jumpa pengetua kat situ. Tapi pengetua yang perasan aku dulu. hehe.. Maklumla aku ni boleh dikatakan popular kat sekolah. Tapi kepopularan aku tu membuatkan ada yang tak suka. Tapi aku tak kisah asalkan aku disayangi oleh cikgu2.. Erk tukar topik pulak.

     Balik hari ahad petang. Konvoi pun balik bersama-sama. Seperti biasa kelajuan purata 140 km/j. Tapi sebenarnya lebih daripada kelajuan itu. Nak tau tak aku sampai rumah pukul berapa? AKU SAMPAI RUMAH PUKUL 6 PAGI!! Lepastu pulak kul 7 nak kena pergi sekolah. Fuhh dalam kelas ngantuk giler..Time exam pulak tu..

      Oklah inila cerita aku pergi Langkawi. Maaf sebab cerita tidak menarik kerana aku tak dapat tunjuk gambar-gambar yang aku dah ambil menggunakan 3120c aku tu..

P/S : DOAKAN AKU UNTUK TRIAL PMR K..