Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Sunday, March 14, 2010

Berjumpa Dengan Angkasawan Pertama Negara

Salam..
pada 13-03-10 SMK Pasir Putih dan beberapa sekolah lain di sekitar daerah Pasir Gudang berpeluang berjumpa dengan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bertempat di Hotel Selesa, Pasir Gudang..
Seronok betul dapat berjumpa dengan angkasawan pertama negara..
secara LIVE pulak tu!!!
Tak sia-sia aku habiskan masa cuti hari Sabtu aku..
Bukan senang nak dapat jumpa orang yang yang dah naik ke angkasa..

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar bercerita kepada kami semua tentang pengalaman beliau ketika menjalani latihan di Rusia dan juga pengalaman di ISS..
video yang ditayangkan sangat menarik..
malangnya, aku terpaksa duduk di bahagian tengah sebab di depan sudah penuh..
walaupun begitu, aku tetap dapat mengambil gambar beliau menggunakan handphone Nokia 3120c murah aku tu...
orang lain semua keluarkan kamera digital.. paling kurang pun handphone 4 megapixel ke atas.. handphone aku plak hanya 2 megapixel..

di bawah ni beberapa gambar yang aku ambil daripada handphone murah aku...













manakala gambar di bawah ni aku bluetooth dari handphone kawan aku...


ketika sign autograf..


oklah.. smpai di sini sahajalah post aku kali ni.. jangan lupa, selalulah kunjungi My Second Blog di PORTAL SMK Pasir Putih.. 


p/s : sila tekan pada gambar untuk saiz gambar lebih besar... 

1 comment:

Mohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan komen terhadap entri ini..