Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di laman facebook 'Hafiz Aiman' atau cari 'hafizaiman95'. Kadangkala saya tidak mengemaskini blog dalam jangka masa yang lama.

Wednesday, September 01, 2010

1Streamer Southern Berbuka Puasa

     Salam.. Semalam iaitu pada 31-08-10 merupakan tarikh kemerdekaan negara kita. Lagi satu, semalam juga merupakan Majlis Berbuka Puas di Restoran Pondok Mak Tok di Setia Tropika, JB.. Seramai lebih kurang 14 orang pemilik Honda Stream bersama ahli keluarga menyertai aktiviti ni. Daripada saya terus membebel panjang, jom kita tengok video di bawah ini. Video ini merupakan gambar-gambar aktiviti..

video

     Harap korang seronok tengok video ni.. Jangan terliur tengok makanan-makanan yang ditunjukkan.. Sedap-sedap belaka..

Saturday, July 31, 2010

Langkawi Shopping Drive WishClubM7

     Salam. Sudah lama aku tak update blog ini. Maklumla sibuk dengan aktiviti dunia luar. Sebenarnya aku mencari USB wire untuk aku masukkan gambar-gambar Langkawi. Tapi malangnya aku tiada benda tu. So cerita konvoi kali ni tiada gambarlah.

     Konvoi ni terjadi pada 28-30 Mei yang lalu. Dah lama kan?? Baru sekarang aku nak update. Konvoi ni melibatkan lebih kurang 24 MPV jenis Toyota Wish termasuk 2 biji Honda Stream. Kenapa ada sesat 2 biji kereta lain ni? Sebenarnya geng2 1streamer ada banyak tugas lain. So abah aku dengan sorang lagi member 1streamer yang join konvoi ni..

     Biasala konvoi gerak malam. Dengan kelajuan purata 140 km/j.. Bukan laju sangat pun... Sampai ke Perlis dalam pukul 7 pagi. Sarapan jap lepastu terus gerak ke Jeti Kuala Perlis. Kereta2 ni parking la kt jeti tu.. Nasib takde tahi ayam. haha..

     Sampai Langkawi, dah ada dua biji bas yang bawa kitorang pergi ke hotel. Dalam hotel rehatla kejap. Kat Langkawi, kitorang pergi tempat ikan tu. Tapi ade yang pergi Tasik Dayang Bunting. Macam-macam tempatla kitorang pergi. Yang paling best naik kereta kabel. Syok betul naik benda tu. Macam nak naik lagi. Tapi agak menggerunkanla bila tengok bawah.

     Dah pergi Langkawi, tak sah kalau tak pergi beli Coklat kt Haji Ismail Group tu dan juga beli minyak gamat kat satu kedai gamat popular. Apa yang best pergi Langkawi ni ialah waktu pergi beli barangan mahal kat Idaman Suri.

     Dekat Idaman Suri, AKU BERJUMPA DENGAN PENGETUA SEKOLAH AKU IAITU CIKGU AZIZAH!! Macam tak percaya boleh jumpa pengetua kat situ. Tapi pengetua yang perasan aku dulu. hehe.. Maklumla aku ni boleh dikatakan popular kat sekolah. Tapi kepopularan aku tu membuatkan ada yang tak suka. Tapi aku tak kisah asalkan aku disayangi oleh cikgu2.. Erk tukar topik pulak.

     Balik hari ahad petang. Konvoi pun balik bersama-sama. Seperti biasa kelajuan purata 140 km/j. Tapi sebenarnya lebih daripada kelajuan itu. Nak tau tak aku sampai rumah pukul berapa? AKU SAMPAI RUMAH PUKUL 6 PAGI!! Lepastu pulak kul 7 nak kena pergi sekolah. Fuhh dalam kelas ngantuk giler..Time exam pulak tu..

      Oklah inila cerita aku pergi Langkawi. Maaf sebab cerita tidak menarik kerana aku tak dapat tunjuk gambar-gambar yang aku dah ambil menggunakan 3120c aku tu..

P/S : DOAKAN AKU UNTUK TRIAL PMR K..

Tuesday, April 06, 2010

Konvoi Team D The Great ( TITAN) Ke Melaka (Part 2)

Salam..


kita sambung cerita... nmpak tak Banner kt atas ni??  kat sini lah kitorang berehat & mengisi perut yg kosong (tetapi perut aku dah penuh sebab makan nasi goreng yang dibekalkan dari rumah)... tapi aku makan jugak... kami dilayan oleh pekerja restoran dengan baik sekali.. biasa lah kami kan tetamu (padahal pelanggan!!)...

setelah puas makan, konvoi pun diteruskan... tetapi, konvoi agak problem ckit sebab team berpecah.. tapi akhirnya sampai ke destinasi dgn selamat.... destinasinya ialah di

inilah lokasinya.... KINGS APARTMENT.. (siapa orang Melaka mesti tau punya tempat ni..) terselah jugak kereta Merah tu...

kami tiba di sini lebih kurang pukul 2 petang.. dah sampai ape lagi, berehatlah!! aku pulak bukan berehat, tetapi sibuk dgr lagu yang ada kat dalam handphone murah aku tu... (walaupun handphone canggih sedikit daripada tahun lepas)..
bila dah puas berehat, konvoi pun diteruskan ke restoran ala kassim... tujuannya ialah nk makan!!
bergerak kira2 pukul 6 petang.. hurm.... tapi malangnya, time nk makn time tu la aku nak tidur.... lepas jek makan, masing2 buat haluan masing2.. sebab nak jalan2 kt Banda Hilir... (tapi lepastu balik apartment lah).. aku pula dalam kereta melantak tidur... syok gilerlah.. tidur dalam kereta macam tidur kt atas katil...


keesokan harinya, konvoi diteruskan ke A'Famosa Water World...
dah sampai sana, mandila ape lagi kan?? tapi aku tak snap gambar kt water world ni.. malas lah pulak rasenye.. gambar2 yang ade pun aku ambik dari facebook...
seronok gilerlah dapat mandi kt Water World.. dapat main gelongsor air yang mcam kt sunway lagoon tu.. tapi aku tak pernah pergi sunway lagoon tu.. tgk harga satu kepala pun bleh pengsan..


itu sahajalah konvoi pada kali ini.. insyaallah konvoi yang seterusnya ialah 'Konvoi WishClubM7 & 1streamer  Langkawi...

Tuesday, March 30, 2010

Konvoi Team D The Great ( TITAN) Ke Melaka (Part 1)

Salam...
kali ni aku nak cerita pasal konvoi TEAM D...


konvoi ni bukan macam konvoi WishClubM7 & MyStreamClub (kini ayah aku join 1streamer)
tapi konvoi ni melibatkan macam2 jenis kereta.... sampai tak boleh nak sebut satu persatu...

konvoi ni terjadi pada 27-28 March yang lalu.. (kat dalam logo dah tulis...)
seronok betul dapat ikut konvoi ni...
sebelum perjalanan dimulakan, taklimat ringkas oleh encik sani (My Dad) serta bacaan doa dilakukan...

sesi taklimat

gambar beramai2....

konvoi berjalan dengan lancar...


ketika berkonvoi

bersambung................ (ade masa lagi sambung cerita... nk study)

p/s : sori arr gambar kecik....

Sunday, March 14, 2010

Berjumpa Dengan Angkasawan Pertama Negara

Salam..
pada 13-03-10 SMK Pasir Putih dan beberapa sekolah lain di sekitar daerah Pasir Gudang berpeluang berjumpa dengan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bertempat di Hotel Selesa, Pasir Gudang..
Seronok betul dapat berjumpa dengan angkasawan pertama negara..
secara LIVE pulak tu!!!
Tak sia-sia aku habiskan masa cuti hari Sabtu aku..
Bukan senang nak dapat jumpa orang yang yang dah naik ke angkasa..

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar bercerita kepada kami semua tentang pengalaman beliau ketika menjalani latihan di Rusia dan juga pengalaman di ISS..
video yang ditayangkan sangat menarik..
malangnya, aku terpaksa duduk di bahagian tengah sebab di depan sudah penuh..
walaupun begitu, aku tetap dapat mengambil gambar beliau menggunakan handphone Nokia 3120c murah aku tu...
orang lain semua keluarkan kamera digital.. paling kurang pun handphone 4 megapixel ke atas.. handphone aku plak hanya 2 megapixel..

di bawah ni beberapa gambar yang aku ambil daripada handphone murah aku...













manakala gambar di bawah ni aku bluetooth dari handphone kawan aku...


ketika sign autograf..


oklah.. smpai di sini sahajalah post aku kali ni.. jangan lupa, selalulah kunjungi My Second Blog di PORTAL SMK Pasir Putih.. 


p/s : sila tekan pada gambar untuk saiz gambar lebih besar...