Sebab-sebab Perayaan April Fool DIHARAMKAN..

Thursday, 2 April 2009

Berbalik kepada perayaan April Fool ni,adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang oleh tentera-tentara Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.Tentera-tentera Kristian tidak puas hati dan berusaha untuk menghapuskan semua orang Islam di Sepanyol.

Penduduk-pendudk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran itu satu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal tersebut.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barang-barang keperluan menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah tentera-tentera Kristian mengambil lesempatan untuk menggeladah rumah dan membakar semua rumah orang Islam.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya membunuh kesemua orang Islam, lelaki, perempuan dan anak-anak kecil. Yang paling menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi di seluruh dunia.

Yang paling menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil tentang peristiwa ini turut meraikan APRIL FOOL tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara islam mereka sendiri.

p/s : adakah kita merayakan APRIL FOOL ini untuk mengenakan orang? Padahal orang kafir menyambut APRIL FOOL kerana berjaya menjatuhkan Islam. So, jangan sesekalli kita menyambut perayaan ini. Bagi yang telah merayakannya, jangan merayakannya kembali. Sebarkan maklumat ini kepada seluruh umat ISLAM yang tidak tahu tentang peristiwa ini.

Rujukan : http://dakwah2u.blogspot.com/

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP